5

16 0 0
                                    

Tangan ligat menimbang bola lalu ditolak laju ke dada Uzair yang sedang melenggang kangkung makin merapat padanya.

Cekap tangan menyambut bola yang menerjah sebelum sempat menerkam dada. "Aku dah tak fit bro."  Nasib sempat sambut, kalau tak naya je aku senak dada di petang Jumaat yang mulia ni. Silap hati bulan boleh merasa naik ambulans.

Senyum terus melebar rapat ke telinga. Muncung botol Bleu menyentuh bibir bagi membasahi rengkung yang kering dah gaya Sahara terbentang dalam tekak je. "Kau jumpa Cheng macam mana tadi?"

Bola dilantun ke tengah gelanggang mengena pada paha Bahrin yang berkaki ayam tanpa kasut.  Terkedek-kedek lelaki itu berlari anak pada mereka dengan Boost Adidas pada tangan kiri.  “Aku rasa lama-lama boleh naik darah kalau negotiate dengan Cheng.  Seriously benda kecil macam typo-error pun harapkan archi.  Samdol betullah.”  Mata beralih pada Bahrin yang merapat dengan peluh berjurai di pipi.  "Pakai Boost sangkut di tangan buat apa." Uzair perli sambil lipat lengan kemeja.

"Datang court pakai slack apa cerita bro."  Bahrin pulang paku buah keras.  "Lama tak nampak, sekali datang aci smart gaya YB apa cerita?"  Tangan menyambut botol mineral yang terbang dibaling Yayang.  Matanya meniti atas bawah gaya smart Uzair berkemeja tuck-in dengan slack hitam side tajam membunuh. Iron pakai starch ke apa side seluar tajam-tajam.  Bukan kerja askar pun.

"Balik kampung."

Punggung dilabuhkan pada rumput sebelah Yayang.  "Aku jealous gila tengok kau."  Boost sepasang dicampak atas rumput di sebelah.

"Apa nak jealous.  Kau tu sungguh, hujung bulan masuk berdebuk ribu-riban."  Tangan dibawa ke belakang menongkat badan dengan kaki berlunjur.  Cikgu Bahrin ni otai.  Mana ada dah nak jumpa cikgu muda yang masuk kelas bawa marker pen sebatang tapi sempat cover dua chapter dalam satu masa.  Patutlah boleh naik pangkat jadi panitia tak sampai dua tahun mengajar.

"Masuk ribu-riban.  Keluar pula juta-jutaan."

Pecah ketawa mereka dek aduan polos Bahrin.

"Okeylah kan.  Aku ni naik turun tangga siap sujud sembah segala bagai sebab nak dapat sesen dua."  Uzair dongak pada langit.  Orang kerja yang hujung bulan tadah gaji tak sama macam dia yang bergantung pada adanya projek adalah income.  Kalau tak ada projek, meloponglah makan Maggie satu cup untuk tiga kali makan. 

"Kau sujud sembah pun bukan sujud sembah orang lain.  Si sayang intan payung ni je pun yang kau balik-balik sujud sembah cium kaki."  Bahrin kerling pada Yayang di sebelah yang diam sekadar menongkat tubuh.

"Weh janganlah amalkan mulut ringan nak panggil aku sayang.  Mak aku siap buat air Yassin air penawar tujuh kolah sebab fikir aku gay."  Yayang siku Bahrin di sebelah.

Ketawa Uzair dan Bahrin pecah terhambur dek rengekan Yayang.  "Apa nama ic kau?"  Bahrin bertanya selepas ketawanya reda.  Rasanya sepanjang mereka berkawan belum lagi dia tanya nama sebenar Yayang.  Kenal dulu pun dah memang Uzair panggil Rayyan tu Yayang.  Lekatlah Yayang sampai ke sudah.

"Rayyan Aminurrashid"  Uzair di sebelah tolong ringan bahasa nak menjawap.

Jatuh rahang.  "Lawa gila nama.  Yang mangai jadi manja ala-ala baby kenapa?"

"Secretary aku kan pelat R."

"Untunglah secretary dapat tokey baik hati."  Bahrin senyum simpul.

"Apa baiknya.  Dia siap bagi notis potong gaji."  Uzair gelak kecil.  Teringat kes Yayang berperang dengan setiausaha sendiri sampaikan merajuk amoi tu tak nak masuk kerja.

“Kenapa kau tak nak join Mojo?  Aku tak ada masalah kalau kau nak masuk bawah Cheng.” Rendah suaranya. Ikhlas. Kalau betul Uzair nak colaborate dengan Mojo, dia tak ada masalah. Malah, dia tahu talent macam Uzair perlu dikembangkan lagi.

“Aku tak rasa fun nak kerja bawah Cheng.  Mojo quite good kalau kau nak start career, dia ada harmony.  Tapi kalau kau skilled person yang ada intrigued factors demolished kau punya self quality, Mojo bukan tempat sesuai.” 

“Dey, cannot use layman’s term what?”  Bahrin tepuk kuat bahu Uzair yang sudah termenung sendiri gaya tekanan jiwa putus cinta.

“Kau tengok, macam inilah aku rasa bertahun kerja dengan dia.  Kadang-kadang aku rasa macam aku ni tunggul je kalau dia dah masuk mode bahasa self-understanding tu.”  Rayyan geleng kepala mengeluh perlahan.  Jay dan standard bahasa yang bukan semua orang faham.  Sama macam gaya kerjanya yang tak semua orang mampu bertahan.  Macam manalah Cheng tak tangkap cintun dengan otak luar alam Jay.  Even ayah dia pun tak habis-habis puji budak Uzair ni. Bagus budak tu bagus situ-sini.  Memanglah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Eh? Ke salah peribahasa?

Line BetweenWhere stories live. Discover now