42

32 0 0
                                    

"Masalahnya boleh bendahari tu tanya aku, nak isi borang pengurangan kadar bayaran tak? Kami ada peruntukan untuk mereka kurang berkemampuan." Yayang kacau straw dalam gelas tinggi. Muka dan nadanya jelas ada rasa jengkel.

"Lepas tu kau isi tak?" Burn koyak roti canai kosong sebelum cecah dalam kuah kari. Herot bibirnya menahan gelak yang hampir terlepas.

"Isilah dah dia hulur. Karang kecik pula hati orang tu."

"Lepas tu?" Damia ikut bertanya. Terjungkit sebelah kening menunggu jawapan dari Yayang.

"Bila aku submit borang tu balik kat dia, boleh dia pandang aku atas bawah. Siap buat muka seposen cakap, jujur je tak apa. Damn!! Aku macam nak belasah orang je. Sial betul."

Kuat mereka yang lain tergelak besar dengan cerita Yayang. Baguslah, boleh jadi pelakon. Menjiwai watak betul dalam bercerita. Siap dengan gaya dan mimik muka lagi.

"Dah kau pun gaya tekong laut dalam, siapa suruh isi income empat kosong." Burn menyapu air mata sisa gelak. Kasihan pun ada pada Yayang, tapi lawak tu yang lebih lagi buat mereka yang tahu cerita terus nak gelak tak berhenti.

"Sorrylah weh, kopak duit kau." Uzair ikut menyapu sisa air mata bahana gelak tak berhenti. Dia sedar-sedar tadi dah terlantar atas katil hospital. Keruh wajah Faizul mula-mula menjamah mata sebelum satu-persatu wajah yang lain menerpa.

"Kau tahu tak sejak aku take over Zeep, ni kali pertama aku rasa terhina bila orang persoalkan pasal income aku." Yayang geleng kepala perlahan. Serius betul mukanya.

"Apa je ada pada harta dunia ni Yang." Burn memerli dalam hujung-hujung sisa ketawa. Sengaja nak tambah panas hati kawan. Yayang ni bukan orang lain, sepupu sendiri juga.

"Dah kau pun gaya mengalahkan kerbau, acilah dia nak kata kau gelandangan pun." Uzair sambut cawan yang dihulurkan Faizul padanya. Cawan air suam berasap nipis itu digenggam erat menghalau sisa sejuk dingin hujung jari. Cafe hospital agak lengang bila hari dah menginjak ke tengah malam sebegini. Sejuk dingin angin dan tempias embun jelas memeluk tubuh.

"Ni kau nak terus balik kampung ke apa?" Burn siku lengan Uzair di sebelah.

Uzair jongket bahu sebelah. "Entah. Tanya Mr. Driver la." Matanya menjuling pada Faizul yang ralit dengan telefon bimbit di tangan. Sibuk betul Doktor Faizul malam ni. Sampai hilang suara. "Cat got your tounge?" Dia jeling sekilas pada Faizul di sebelah.

"Ni bukan kucing, ni Opah and the gang got my tounge." Rendah Faizul bersuara. Sekadar menjamah telinga Uzair.

Uzair senyum segaris. Hambar mendatar. Hantar report pada orang kampunglah tu. "Kenapa kau buat dorang risau. Aku bukan kritikal pun."

Faizul juling mata ke atas. Tak kritikal. "Kau tahu tak kau jatuh bangunan? Tak kritikal lagi?" Tinggi sedikit suaranya hingga menarik perhatian mereka yang lain.

"Mana ada jatuh bangunan. Tergelincir dari staging je pun. Over je kau ni." Uzair tergelak kecil. Lucu pula bila Faizul melatah sebegitu. Risau mungkin Faizul pada dia.

"Kalau tak kerana snap hooks tu betul-betul lekat dengan anchorage, kau dah Innalillahiwainnailaihirojiun dah Jay." Burn geleng kepala perlahan. Minta jauh semua tu. Minta simpang malaikat. Takut nak membayangkan.

"Kau tak tengok macam mana cuaknya kitorang bila tiba-tiba safety helmet kau jatuh depan mata. Nasiblah kau tak jatuh sama,  kalau tak..." Yayang telan liur. Tak mampu nak habiskan kata-kata. Sungguhlah dia takut. Sungguhlah dia terkejut bila safety helmet putih itu tiba-tiba belebukk dalam lopak pada kakinya. Dan diikuti walkie-talkie hitam sebesar tapak tangan yang mana nyaris-nyaris menimpa kepalanya. Bila didongak ke atas, Uzair dah longlai tergantung pada besi staging dengan full-body safety harness kemas memeluk tubuhnya. Terbuai-buai ditiup angin bunga-bunga hujan.

Damia pandang Uzair yang tak lekang dari senyum herot. Senyum tak ada perasaan. Rasa macam nak ketuk dahi je. Nasib tak tercabut jantungnya bila Yayang mesej kata Uzair accident di site. Mahu tak pitam. Ayat accident tu pun dah buat hatinya nak terlompat keluar, apalagi bila kemalangan itu melibatkan orang yang dia kenal rapat.

"Aku minta maaf. Nak buat macam mana dah benda nak jadi. Bukan aku minta pun." Ayat selamba nak defend diri. Tapi betul juga, bukan dia minta pun nak terbongkang dibuai harness di tiingkat lima bangunan separuh siap tu. Dah memang takdir, redha je la.

"Satu je aku fikir tadi. Kalau apa-apa jadi kat kau, mesti bapak aku belasah aku." Yayang geleng kepala laju. Seram. Sebab itulah cepat-cepat dia pasang harness, lompat naik panjat staging bertingkat-tingkat itu sambil mengarah pada Burn call emergency line. Dalam kepala tak dapat fikir apa, hanya fikirkan Uzair yang terbongkang longlai di atas.

"Kenapa pulak??" Damia kerut dahi.

"You buat macam tak tahu pe'el Tuan Haji Mustaffa tu. Kadang-kadang I confuse tahu tak mana satu anak kandung dia. I ke Jay yang mak I beranakkan." Yayang senyum senget.

Uzair ikut tersenyum. Tuan Haji Mustaffa memang baik padanya. Baik yang teramat baik. Dibuatnya Uzair macam anak sendiri.

"Entah-entah kau bukan anak Pak Ngah kot." Burn tambah minyak pada bara.

"Kau memang batu api kan?"

"Dah nama pun Burn." Damia senyum lebar.

Line BetweenWhere stories live. Discover now