56

25 0 0
                                    

Uzair selak pintu bilik dari dalam.  Rapat.  Kalau kata lipas tersepit pun mungkin terus penyet tak sempat bernafas.  Hatinya terluka.  Sungguhlah sejak mata tak nampak nak melihat ni hati jadi sensitif tak tentu hala.  Air mata pun murah asyik nak tumpah tak beragak. Mengalahkan perempuan tengah period.

"Uzair.  Marilah makan."  Opah ketuk pintu bilik perlahan-lahan dari luar.

Uzair diam.  Meraba dinding mencari katil.  Dari pintu bilik, jalan lima langkah, katil sebelah kanan.  Jumpa.  Badan direbahkan pada tilam empuk dan kepala jatuh pada bantal kekabu gebu.  Jarang tersasar sejak dah masuk seratus kali practice nak cari katil ni.  Badan digulung seperti tenggiling dan air mata yang mengalir dibiar jatuh pada cadar tebal.

"Tak jawap?"  Faizul berdiri sebelah opah dengan cup polistrene air sirap selasih di tangan.

Opah geleng kepala.  Dikalih pandangan pada Zaki dan Amirul yang ikut berdiri di hadapan pintu yang rapat tertutup. Pintu ni sejak-sejak Uzair balik dari hospital ni jarang sekali berkunci rapat sebegini.

Sejak Uzair kurang sihat, jarang sekali pintu bilik ini ditutup rapat atau dikunci dari dalam.  Kata Uzair, kalau nak pergi tandas susah nak meraba cari selak. Amirul pandang Faizul yang mengeluh berat.

"Biarlah dia rehat."  Nak buat macam mana lagi.  Dah pintu berselak dari dalam. Takkan nak tendang pintu sampai pecah. Rosakkan harta benda je. Lainlah kalau kunci tombol, boleh buka pakai kunci pendua.  Lagipun Uzair bukan kritikal, sakit tergolek terlentang mulut berbuih muka biru.  Sakit hati je pun, atau kata lain terguris perasaan.  Biarlah dia rehat.  Dia lapar, dia penat dia keluarlah. Lagipun kalau nak tendang-tendang, dibuatnya Uzair tu tengah berdiri belakang pintu. Tak pasal-pasal amnesia pula orang tu kena hantuk pintu.

"Opah risau dia tak makan dari pagi lagi."  Opah ketuk pintu lagi. Memanggil-manggil Uzair supaya bangkit.  Keluar, makan.

"Biarlah.  Dia lapar nanti dia keluarlah tu."  Faizul teguk sirap dari cawan polistrene. Dia pusing bahu opah, menjauh dari pintu yang diselak kemas dari dalam itu.

"Wan kamu ni, tak habis-habis cari pasal.  Apa salah Uzair tu pun opah tak tahu."  Opah bebel pada pintu yang masih rapat tak terbuka. Berat hati nak tinggalkan cucu kesayangan makan hati sendirian dalam bilik.

Kisahnya hanya kerana pasu kristal tepi tv jatuh.  Pecah.  Padahal bukan salah Uzair pun.  Hanya kerana Uzair yang kebetulan berdiri dekat dengan pasu tu. Jatuh sekadar jatuh tanpa disentuh sesiapa.  Atau mungkin jatuh dek anak jiran yang berlari dari dapur terjun turun ke anjung.  Lantai bergegar sedikit dan pasu kristal dua jengkal tinggi itu jatuh.  Ditambah pula nak dijadikan cerita penyedap rasa sebelum sempat Amirul ambil penyapu nak tolak segala kaca kristal ke tepi, Wan dah terpijak sisa kaca yang berterabur.  Luka pada kakinya pun tidaklah dalam mana.  Sekadar tergores sedikit, keluarlah darah.  Tapi mungkin dek kerana panas bahang matahari pukul tiga, Wan naik darah. Laju tangannya dihayun menampar pipi Uzair yang tercengang setia berdiri tak berganjak.

Uzair pegang pipi panas.  Tak pasti apa salahnya.  Dia sekadar berdiri kejung kerana Amirul yang melarang.  Risau terpijak mana-mana kaca yang terburai. Tunggu sapu dulu baru jalan.  Alih-alih makan pelempang. Tulang rahang rasa seperti teralih ke tepi.  Nasib tak tanggal gigi geraham.

"Kalau dah buta tu jangan merayap sana sini.  Menyusahkan orang tak tentu hala."

Dan Uzair rasa terpukul sekali lagi pada hati.  Rasa disiat hidup-hidup. Merah bahang terasa mukanya. Pedih di pipi tidaklah sepedih luka yang Wan toreh pada hati. Uzair undur setapak demi setapak. Tangan meraba pada dinding, dan tombol yang digantung loceng itu dipulas.

Zakilah yang gantung loceng.  Nak membezakan biliknya dan bilik Uzair gara-gara Uzair pernah tersalah masuk bilik dan Zaki masih tertonggeng nak menyarung seluar. Hampir tergolek Amirul jatuh tersadung tangga dek terkejut ada orang menjerit bergegar rumah di pagi-pagi buta. Buat gaya macam Uzair tu boleh nampak dia yang sedang menonggeng tidak berbaju.

Faizul pusing badan ke belakang.  Maksu dan ibunya hanya menghantar pandangan kosong. Tadi sibuk dua wanita ini berceloteh membawang dengan tangan ligat membungkus bahulu untuk doorgift tetamu. Sisa kenduri orang kampung kata. Sekarang dua wanita itu ikut terdiam tak berani nak bersuara.  Kasihan Uzair.

Zaki bersila sebelah Mak Long.  Bahulu ikan seketul dibawa ke mulut. Kenapalah Wan dengki sangat ke Uzair.  Bukan salah Uzair pun.  Tadi dia sibuk gelakkan Uzair yang dah bertukar jadi patung Cendana depan tv.  Saja dia mengusik dengan bahulu ikan pada tangan.  Dan Mak Long juga ikut menjerit bila Uzair acah-acah nak menapak. Melatah bila tengok kaca kristal berkilat bersepai atas lantai, dan mulut Maksu pula bising membebel marah pada anak siapa tak tahu yang berlari-lari tak kena tempat.  Tiba-tiba papppp!! Uzair dah terteleng ke tepi.  Semua diam. Terkedu. Sehinggalah Uzair mengundur perlahan menapak ke belakang sebelum hilang ke dalam bilik.

Mak Long cuit lutut Zaki.  "Simpan sebekas kat Uzair, dia suka ni." Dihulurnya sebekas kecil bahulu ikan lima ketul yang bersusun cantik.  Terkilan rasa hati, tadi Uzair meminta.  Tapi Suria yang sibuk nak mengusik, disuruhnya Uzair datang ambil sendiri.  Sudahnya, sampai merajuk orang tu tak dapat nak merasa bahulu baru masak panas-panas.

"Kenapalah ayah dendam sangat dengan budak Uzair tu. Apa salah dia pun tak tahu."  Maksu gigit ekor bahulu ikan.  Banyak yang masuk perut dari masuk plastik goodies.

"Ayah tu marahkan Uda.  Dah tak ada orang nak sekeh kepala, dia lepas ke Uzair."  Mak Long tonyoh ikan seekor dalam plastik goodies. Geram pula rasa.

"Dah marah Uda, nak dilepas ke budak Uzair tu kenapa?"  Maksu ikut marah pada bahulu ikan yang berterabur dalam dulang besar.

"Membawang je kerja.  Bila nak siap tak tahu. Ikan luak, goodies tak bertambah." Faizul perli dengan cawan polistrina diremuk pada tangan.

"Kamu orang laki jangan sibuk hal orang perempuan.  Pergi tolong ayah kamu setting kanopi nuh."  Halau Mak Long pada anak sendiri.

Zaki gelak mengekek.  Nasib aku diam je patuh je mendengar.

Line BetweenWhere stories live. Discover now