26

46 0 0
                                    

"Samdol.  Makan."  Uzair tala mangkuk tomyam pada Faizul yang baru nak melangkah naik bendul pintu. Serabai betul rambutnya gaya cina kalah judi je.

"Kau pintu tak tutup.  Naik jembalang karang, siapa nak halau?"  Faizul letak beg silang atas lantai sebelah Uzair.  Punggung dilabuh atas kerusi panjang belakang Uzair yang bersila rapat di meja kopi.

"Kaulah halau.  Dah kau dukun kan."  Uzair jeling pada Faizul di sebelah.  Tomyam merah berasap nipis disudu masuk pinggan nasi atas meja.

Zaki berlari anak dengan pinggan nasi pada tangan.  Ikut bersila sebelah alongnya.  "Makan bang."  Zaki sudu kuah tomyam. Perghh pekat likat along masak.  Kalah kedai siam Jenab Habsah depan sekolah.

"Beli kat Jenab ke?"  Faizul lipat lengan kemeja.  Bau macam menarik hati.

Uzair dabik dada.  "Apa baran Jenab tu.  Nih Chef Uzair masak, nombor satu selepas Chef Wan."

"Mana jadi satu dah kalau dah selepas orang."  Faizul menunduk sudu tomyam dari mangkuk masuk mulut.  "Mangaii panas."  Melecur lidah aku.

"Dah kau nampak berasap tu yang pergi hirup kenapa?  Tamak haloba memang bawa rugi."  Uzair hulur tisu dengan air putih dari cawan tinggi.

"Bukan tamak Long.  Gelojoh."  Zaki buat muka toya dengan jelingan along.  Tamak dengan gelojoh pun tak reti nak beza masa bila nak guna.

"Weh! Nak nasi."  Faizul sepak punggung Uzair di lantai.

"Kat dapurlah.  Kau ni pun satu sepak aku agak-agak keluar nasi dari poket ke apa?" Uzair merengus perlahan.

"Zaki ambil nasi kat abang sat."  Arah Faizul.  Malas sungguh aku nak bergerak. Penat betul hari ni.  Rasa nak makan sambil meniarap pun ada.

"Kau jangan gerak.  Duduk je situ makan."  Uzair bentak dengan telunjuk ditala pada muka Zaki yang dah nak bangkit.  "Dasar pemalas."  Tajam dia jeling Faizul yang bersandar pada kusyen melepek kepenatan.  Sungguh penat kalau tengok pada gaya.  Uzair tahu macam mana penatnya bekerja.  Dulu dia dengan Zeep, sungguhlah penat.  Sebelas, dua belas malam baru keluar dari office.  Kadang-kadang satu dua pagi baru sampai rumah.  Esoknya bangun pagi-pagi lagi keluar nak hadap jammed lagi.  Sangatlah memenatkan nak cari nafkah.

"Mana orang sakit?"  Faizul kuis punggung Uzair dengan hujung jari kaki.

"Dalam bilik."  Telur dadar diletak atas bukit nasi dalam sudu.  "Nah."  Dihala sudu dengan nasi membukit pada Faizul di belakang.

Dan seperti biasa Faizul dengan patuhnya terus nganga mulut, kunyah-kunyah-kunyah, telan.  Dari zaman budak-budak kecil cenonet hingga remaja besar gedek dah terbiasa makan bersuap bila ada yang melepek tak larat.  Dulu masa kecik-kecik, budak-budak suka main bendang.  Tangkap ikan.  Lepas itu penat melepek.  Uzairlah yang rajin kayuh basikal pergi rumah opah minta nasi.  Lepas tu disuapnya Faizul selang-seli dengan suap diri sendiri.  Wajar pun Uzair lebih ke-abang-an. Diakan anak sulung. Hatta Faizul tua dua minggu dari Uzair, tapi Faizul kan anak bongsu. Relate tak?

"Lagi."  Minta Faizul pada Uzair.  "Tak nak telur.  Nak ayam."  Mengada-ngada.

"Tak ada telur macam mana datang ayam."  Uzair merengus tapi tetap di cucuk isi ayam dengan garpu disua pada mulut Faizul.  Sudu nasi pula disuap ke mulut berganti garpu ayam.

"Korang serius bukan gay kan?"  Zaki tanya tanpa angkat pandangan pada along dengan Faizul.  Nasi depan mata lebih menarik hati dari aksi mesra abang-abang yang tak pernah nak matang bila dah berjumpa.

"Gay ke kita?"  Faizul buat muka kosong.

Uzair jongket bahu.  "Kau gay kot. Aku belum sampai level tu lagi."

"Ya Allah.  Bawa-bawalah bertaubat wahai abang-abangku."  Zaki menadah tangan tinggi.

Uzair gelak kecil.  "Nak lagi?"

Faizul geleng.  "Nak tomyam, tak nak nasi."

Uzair angkat pinggan kosong nak bawa masuk dapur.  Mangkuk besar berisi tomyam ditnggalkan bersama piring telur dadar.  Biar Zaki habiskan, masih ada separuh nasi dalam pinggan Zaki.

"Aku tengok Mirul dulu."  Beg silang diangkat, sangkut pada bahu.

Pintu bilik ditolak dari luar.  Pandangan mata jatuh pada Amirul yang terbaring berselubung sampai menutup kepala. Faizul duduk pada birai katil.  Berselimut dah gaya duduk Greenland ni bila nak baiknya.  Berkepam tubuh tu nanti.

Amirul buka mata bila rasa katil dihenyak seseorang.  Dipandang Faizul dari celah selimut dengan mata sepet yang berat nak diangkat.

"Abang farmasi macam mana boleh demam ni?"  Faizul gelak kecil sambil keluarkan segala perkakas dari beg.  Stetoskop Winnie the Pooh disangkut pada leher.  Digital termometer dirapatkan pada dahi Amirul. Beep! 39.2°..."Angkat baju."
Patuh pada arahan.  Baju diangkat ke atas. Mata masih dipejam rapat dek berat sungguh nak diangkat.

"Kau makan dah?"  Faizul lekapkan stetoskop pada kiri dada.

Amirul angguk lemah.  Tadi along dah suap bubur nasi campur isi ayam racik halus. Lepas itu Zaki pula suap tomyam.

"Tarik nafas."  Kepala Winnie the Pooh berlari pada dada Amirul. "Lepas." Mata ditancap pada Amirul yang mengikut arahan dengan mata terpejam rapat. Bagus sungguh kalau dapat pesakit yang mendengar kata begini.  "Pusing sikit."

Amirul mengiring ke kanan.  Sejuk rasa belakang bila Faizul lekapkan kepala stetoskop pada kulit.  "Sejuklah."  Rengeknya perlahan.

Faizul senyum meleret.  Dasar budak manja.  "Dah.  Pusing depan." Faizul tunggu Amirul berbaring dengan selesa.  Diketuknya perut Amirul dengan dua jari. Kembung.  Wajarlah.  Budak manja ni memang gastrik angin sejak sekolah lagi. Lewat makan sikit mesti muntah, sakit kepala sampai migrain.  "Study okey?"  Faizul pandang muka Amirul yang pucat lesi.  Tak ada nampak gaya macam stress.

Amirul angguk kecil.  Bila jumpa Faizul, benda pertama dia tanya mesti "Study ok?".  Takpun, "Study macam mana?".  Atau hari jujur straight to the point, "Kau tak stress kan study?".  Risau sungguh Amirul stress nak ingat segala nama jenis kandungan ubat yang nak disuap ke mulut pesakit.  

"Selsema ada?"  Faizul gulung stetoskop di tangan.

Amirul angguk.  Tadi macam ada.  Tapi sekarang dah kurang.  Cuma rasa sumbat hidung.  Adalah lagi kiranya.

Faizul angguk kecil.  Senang communicate dengan budak science stream yang jadi sebahagian geng medikal ni.  Mudah kita nak faham ragam.  Ramai pesakit yang datang klinik kebanyakan tak reti nak explain kesakitan diri.  Susah nak bagitahu sakit macam mana.  Kadang-kadang datang pesakit, saya rasa geli-geli hati kadang pedih kadang geli kadang sakit.  Dah sudah macam mana doktor nak prescribe sakit geli hati?  Nak tanya ada rasa nak ketawa tak?  Karang naik kerusi singgah kepala pula.

"Macam mana?"  Uzair bertanya rendah dari pintu bilik.

Faizul pusing belakang.  "Demam rindu awek ni."  Senyum semeweh mengusik Amirul yang dah lali sekali lagi.  Dibawa tangan Amirul diletakkan atas paha yang berlipat di birai katil.  Alcohol swab yang dah siap dikoyak dari paket kecil disapu pada belakang tangan.  "Panas sangat nih.  Dok selimut lagilah tambah kepam haba."  Faizul cucuk jarum drip hijau pada belakang tapak tangan Amirul. Harap esok baiklah ni.  "Sini pegang."  Dipanggilnya Uzair suruh pegang beg saline drip IV water solution.  Amirul kalau demam memang akan dehydration.  Sebab tu kadang-kadang dia meracau tak tentu hala.  Sebab kurang air dalam badan.  Fikiran pun ikut kurang waras.  Perkara pertama yang dia selalu tekankan pada pesakit begini adalah pastikan pengambilan air seharian mencukupi.  Jangan kurang, kasihan badan.

"Sampai bila weh pegang?"  Tanya Uzair pada Faizul yang sedang tekun dok adjust kadar titisan air.

Karang terlebih laju kembang semangkuk pesakit aku ni.  "Sampai habislah."

"Pulas bagi lajulah weh.  Kalau tapp-tapp-tapp macam tu bila nak habis." Uzair muncung bibir. Sampai esok pun belum tentu boleh habis.

Faizul jeling mata tajam.  "Dah tu tak ada tempat sangkut.  Pegang je laaa." Sesuai jugak Uzair jadi tiang drip.  Jay the Drip's Poll.

"Kejap aku letak paku."  Beg saline water bertukar tangan.
Uzair kembali dengan kotak paku gaya foreman.  Paku tiga inci dikeluarkan dengan tukul besi dari kotak kuning hitam di lantai.

"Kau yakin ke?"  Faizul dah mula cuak.

"Seratus peratus aku yakin."  Uzair letak paku pada dinding.  Agak-agak ngam dengan panjang wayar drip.  Diketuk dengan tukul dua kali.

"Bising laaaa."  Amirul merengek sekuat hati siap dengan tangan menerawang menggapai udara.

Cepat-cepat Faizul pegang tangan Amirul.  Karang tecabut jarum ni jenuh pula nak cucuk balik.  "Aku dah cakap kan."  Faizul ketap gigi dengan jelingan sedas pada Uzair yang tersengih nampak gigi.

"Dah.  Boleh sangkut dah."  Maka selamatlah drip bag tersangkut pada paku di dinding.  Kreatif sungguh Uzair di malam hari yang bening ini. "Patutnya kau bawak sekali dengan tiang nak sangkut tadi. Tak susahkan aku tunjuk skill malam-malam buta ni."

Line BetweenWhere stories live. Discover now