88

28 0 0
                                    

"Naik mandi, solat dulu lepas tu baru makan."  Arahnya pada Zaki yang masih setia tunduk melonggarkan tali sandal pada kaki.  Langkah yang bersarung capal dibawa merapat ke arah kereta Maksu yang masih belum dimatikan enjin.  "Amboi Maksu, pulih semangat ke pulih perut?"  Mata dijeling pada dua plastik besar KFC yang setia berayun di kedua belah tangan Zaki.

Maksu senyum lebar.  "Alang-alang semangat dah pulih, kita kena isi perutlah sekali. Along kau mana?" Tak nampak batang hidung pun Uzair siang-siang hari ni. Selalunya jarang sekali Uzair tak keluar bertemu mata kalau ada tetamu yang menyinggah. PR budak Uzair ini memang tip top. Pandai ambil hati orang tua, sebab itulah ramai yang sayang dia.

"Tidur. Tak sedar apa. Kalau angkat pergi hanyutkan kat laut pun belum tentu bangun." Dia dah kejutkan Uzair bangun solat asar tapi dah masuk kali ketiga Uzair tunjuk tapak tangan terbuka luas. Lagi lima minit. Tak tahulah dia minta tangguh dengan siapa.

"Mengantuklah tu dari semalam tak tidur."  Dia dapat panggilan dari Uzair minta tolong datang jengukkan Zaki, tak tahu kenapa meracau sampai cakar-cakar muka. Nasiblah tak luka banyak mana hanya terguris pipi sahaja. Mulanya hanya meracau minta tolong, bila Uzair dah start Ruqyah dia start juga cakar-cakar muka. Itu yang Uzair berhenti tak habis Ruqyah, takut jadi benda lain pula. Kalut pula nak mencari ustaz di waktu pagi yang hening dingin macam itu.  Dah pukul dua pagi kat manalah nak cekau orang yang sanggup datang berubat selain dari doktor Faizul yang siap sedia 24jam.

Dia bawa opah balik pun dah pukul lima pagi.  Lelap mata sekejap, bangun mandi lepas tu solat subuh terus bersiap nak pergi sekolah. Masa dia singgah pagi tadi sebelum ke sekolah pun Uzair belum tidur.  Berjaga tengokkan Zaki risau kotlah dibuatnya meracau lagi dengan mata panda lebam membulat.  Waktu dia singgah sekali lagi sebaik habis waktu sekolah nak jemput Zaki pun Uzair masih belum lelapkan mata. Sibuk tak tahu buat apa sampai ralit sangat dengan tablet pada tangan.  Padanlah kalau dah tidur tu sampai lima petang pun tak rasa nak bangun lagi.

"Berapa tu Maksu?"  Amirul seluk poket belakang seluar menarik keluar dompet yang berlipat.  Cukuplah dia segan kalau orang beli-belikan makanan pada mereka. Risau dianggap mereka nak menumpang senang.

Maksu jengil mata mencerlung pada Amirul. "Tak payah mengada nak bayarlah."  Penumbuk segenggam di tala depan muka Amirul yang setia membilang not kertas dalam dompet kulit di tangan.  Uzair dan Amirul memang cukup pantang kalau ada yang tiba-tiba nak belanja.

Amirul gelak kecil pada penumpuk yang ditala.  Patutlah pun cikgu Suria boleh jadi guru penasihat persatuan silat cekak, tunjuk penumbuk pun dah buat orang gerun. "Dengar khabar Inspektor Azhar nak balik dah?" Saja nak mengusik Maksu yang jelas pipi merona merah. Cehh malu konon. Baru sebut nama.  Belum bawa tuan depan mata.

"Minggu depan."  Maksu senyum meleret.  Aduhai, dengar nama pun boleh buat senyum tak lekang.  Apalagi kalau nampak rupa depan mata.  Tidur tak pejam mata mungkin.

"Ooo..."  Bulat mulut Amirul menyakat.  "Patutlah makin berseri-seri sekarang ni." Menyakat.

Panjang tangan dihulur cuba nak mencubit perut Amirul.  Genetik along dialah ni kuat menyakat orang.  "Kamu tengok kereta dengan Faizul sampai mana tadi?"  Kepala ditopang pada lengan yang berlipat di pintu kereta.

Amirul garu belakang kepala.  Terguris rasa hati ni bila teringat.  "Tak adalah banyak mana sebab mula-mula tu pergi showroom Toyota. Lepastu tak berkenan, brainstorming pun dah dua jam.  Pergi Honda, dia punya seller tak mesra Faizul pun ajak balik.  Esok nak cuba tengok Naza lagi." Tapi tobat dia tak nak ikut dah. Parking kereta punyalah jauh dekat Arena Wisana sebab ingatkan nak pergi Toyota yang seberang jalan tu je.  Sekali Faizul bawanya berjalan sampai showroom Honda yang selang tiga blok dari parking kereta Wisana. Nak melepuh kaki gara-gara pakai Timberland tak pakai stokin.  Kalau dah berjalan tak tentu hala sampai berpeluh ketiak, Timberland yang smooth cushion pun tak dapat tolong. Terbayang Timberland Uzair yang dia cilok tadi.  Sangat selesa pada kaki tapi selepas dah rentas dua blok dan bayang-bayang Honda pun tak nampak mata. Sungguhlah ada terdetik rasa nak terajang muka Faizul dengan boot tapak tebal itu. Barulah jadi sinetron Timberlandku di mukamu.

"Honda belakang wisma tu memang tak mesra customer.  Tapi sales diorang highest tahu?"  Maksu belek muka pada cermin sisi yang memantulkan kembali wajahnya.

"Seriously??"  Kenapalah orang suka sangat ambil kereta tempat tak mesra customer macam itu.  Padahal kalau rajin pergi atas sikit dalam lima kilometer ada lagi showroom Honda yang sangatlah mesra pelanggan.  Dia pernah temankan kawan kolej pergi pandu uji kereta di sana.  Siap dapat token Honda percuma lagi walaupun kita tak beli kereta dia.

"Seriuslah ni. Kawan Maksu orang kuat Honda. Along kamu macam mana dah?"  Hujung jari dibawa pada bibir meleset baki lisptik yang dah lari dari alur bibir. Dah seharian aku berjalan sana-sini, baru perasan lipstik tak rata.  Zaki bukan nak menegur pun.

"Alhamdulillah recovering.  Tapi still tak lepaslah kalau nak masuk air force." Tangan disilang pada dada.

"Macam mana nak masuk air force kalau mata tak clear.  Karang patut tembak komunis tapi salah nampak tertembak kubu sendiri."  Ada hati nak masuk air force. Spek yang dia pakai tu pun tak tahu dah berapa pasang patah riuk sebab terpijak. Yang mula-mula patah disebabkan Zaki terpaut lengan baju. Kali kedua patah dipijak diri sendiri.  Ketiga pun pecah cermin sebab terpijak. Yang paling last retak seribu digilis tayar kereta. Tragis betul riwayat hidup kaca mata Uzair sampaikan opah minta Mak Long kaitkan tali yang boleh disangkut pada batang leher supaya spek Uzair tak lagi jatuh merata.

"Maksu tahu tak cara nak masak bihun kungfu macam mana?"  Amirul garu pula hujung pelipis. Malas nak susahkan Uzair padahal Uzair reti je.

Maksu senyum semeweh menampakkan gigi putih sebaris.  "Kamu pandang tinggi sangat ni pada Maksu."  Lupakah Amirul pasal tragedi dia letupkan oven opah sebab nak masak akok telur.  Serik sampai ke sudah dia gerun nak memasak.

Amirul ikut tergelak kecil.  Memang salah oranglah kalau tanya Maksu. Paling hebat Maksu pandai buat pun tanak nasi dengan rice cooker.  Itupun kadang-kadang lupa tekan plug. Nasib badanlah Inspektor Azhar nanti nak bertahan dengan skill memasak cikgu Suria. Semoga terus istiqomah untuk bertabah.

"Maksu nak balik dah ni. Apa-apa hal call Maksu ye."  Tangan kiri menolak gear kereta dengan tangan kanan melambai pada Amirul.  Pedal minyak ditekan mengundurkan kereta keluar dari laman rumah. Laman rumah ini luas, boleh nak kona-kona kereta pusing-pusing buat gaya F1 kat Sepang.  Tapi kalau dah salah cara masuk, dia punya susah nak keluar tu mengalahkan nak jawap soalan struktur biologi tingkatan lima. Terkial-kial jadinya.

Amirul angkat tangan pada kereta Maksu yang dah meluncur keluar.  Ganas sungguh bawa kereta. Kunci motor dalam poket dikeluarkan. Tadi niat nak keluar mencari pisang goreng ke apa boleh buat kudap-kudap minum petang.  Alang-alang nak singgah kedai runcit Uzair kutip duit sewa bulanan dan terus ke bank nak deposit ke akaun Uzair terus.  Semalam Wak Man dah telefon suruh datang sambil membebel pada Uzair yang tak cakna akan duit sewa.  Bagus Wak Man ni, kalau dah lebih dua tiga hari tarikh bayar sewa tapi belum lagi dikutip terus dia call minta datang ambil.  Kat mana lagilah nak mencari penyewa berdedikasi dan amanah macam gini.  Dalam kampung ni baru ada Wak Man je yang memunculkan diri.

"Mirul!  Nak gi mana??"  Zaki melaung dari tingkap yang terbuka.

Amirul angkat kepala dari motor yang baru ditarik keluar dari bawah rumah. Zaki terjongol kepala dengan paha ayam tersungging di mulut.  Dah gaya musang dah aku tengok gonggong tulang macam begitu  "Pergi kedai lepastu gi bank."  Tangan dipanjangkan ke atas pada Zaki.  "Nak fries."  Terliur pula pada fries sekotak di tangan kiri Zaki. Makan KFC pakai kiri kanan tangan.  Syaitan sungguh.

Zaki hulur kotak french fries pada Amirul yang menghulur tangan. "Beli aiskrim kat Wak.  Habis dah dalam peti."  Vanilla Wall's dalam peti ais dah tinggal sesudu.  Masa mana diorang makan pun tak tahu.

Amirul angguk sekali. Kotak fries dihulur balik pada Zaki yang masih setia mengulum tulang paha ayam seketul. "Kejutkan along solat asar."

Zaki pusing kepala pada Uzair yang terlentang atas kusyen panjang siap berdengkur lagi.  "Ma Rabbuka Uzair.  Ma Rabbuka??"  Garau suara Zaki mengusik Uzair yang masih pulas dalam dengkur halus.

Line BetweenWhere stories live. Discover now