82

23 0 0
                                    

Plastik keledek dan jagung mutiara mentah bertukar tangan.  Faizul ukir senyum semeweh pada wanita manis yang sedang berdiri di hadapannya.  "Ole-ole dari Cameron." Terus melebar senyum pada wanita kecil molek berkasut tinggi itu. Amboi malam-malam pun pakai kasut lima inci. Nak praktis jadi ratu cantik ke apa?

"Ni tak tahulah bila baru I sempat masak.  Minggu depan dah audit."  Nada sedih cuba meraih simpati.  Sungguhlah dia penat.  Orang lain masih sibuk beraya sakan, dia dah kena bertapa di pejabat.  Walaupun berada dalam company kecil yang sangatlah sejahtera dan harmoni, tapi bila audit nak datang terus ada satu rasa tak sanggup nak masuk kerja. Mana tidaknya kalau kena masuk kerja pukul tujuh pagi, ini dah sepuluh malam pun masih bertapa di office. Tadi Faizul mesej nak berjumpa, risau esok tak sempat nak bertemu mata kerana dia nak terus bertolak balik selepas subuh. Digagahkan juga curi masa seketika demi lelaki ini yang dah susah payah bawakan kiriman dia.

"Rebus je kat office.  Ini balik pukul berapa ni?"  Mata menyoroti wajah penat gadis berkemeja putih berselendang hijau yang jelas monyok tiada langsung sinar ceria di hadapan mata itu.  Terbit pula rasa kasihan bila difikirkan akan penat beban kerja yang ditanggung.  Malah dia sendiri pun masih penat tak beragak.  Semalam turun dari Cameron dia terus lapor diri di HKL untuk seminar separuh hari.  Penatnya tak usah kata, seperti nak tidur setahun terus rasanya.  Dah habis seminar ingatkan nak terus berjumpa, sekali nak hulurkan jagung mutiara dan keledek madu yang dikirim tuan punya badan depan mata. 

Niat yang pada mulanya bila habis seminar nak terus berjumpa, risau jagung mutiara masak sendiri kepanasan dalam kereta lama-lama. Tapi gadis manis ini ada urgent video conference pula.  Dan rancangan yang bertukar mendadak kepada nak lunch bersama-sama pada hari ini juga terpaksa dibatalkan bila Faizul terheret pula ke IJN untuk program Erat Kasih Penderma.  Dah terbawa ke malam hari baru kedua-duanya ada masa nak mencelah untuk mengubat rindu sedikit.

"Kejap lagi mungkin, atau terus pajamas party atas tu kali."  Mata dijeling pada tingkap kaca hitam aras dua bangunan rumah kedai yang disewa jadi pejabat. Kalau tengok pada keadaan haru-biru kat atas tu mungkin dia tak balik terus rasanya.  Lebih baik sengsara di hari pertama dari hari-hari terakhir sebelum auditors datang. 

Sebelum ini tidak pernah pula audit datang sekali harung semua department begini. Selalunya ikut bahagian, satu-persatu department kena mengikut jadual berkala. Tapi kali ini dia datang sekali lalu je nak settle semua. Sesak dada kalau fikir lama-lama. Jadilah semua orang pun stress menyinga pantang ditegur apa-apa.

"Dah dinner?"  Baru terfikir perihal makan malam gadis manis yang berdiri monyok depan mata ini.  Tadi Faizul dah kenyang hasil melantak nasi campur sebaik sahaja keluar dari IJN.  Pada mulanya sebu juga perut sibuk menelan segala imej anatomi manusia yang dilayang depan mata hampir seharian berada di IJN, hilang terus selera makan bila teringat. Tapi dek kerana difikirkan esok nak memandu jauh di pagi hari terpaksa juga dia telan tanpa perasaan nasi campur dari kantin IJN. Dari tak ada perasaan jadi bertukar pada tidak perasan dia dah bertambah untuk kali kedua.

Kepala diangguk lemah. "Tadi dah makan Maggie cup."  Iya, pantri mereka dah kehabisan makanan.  Hatta sekeping biskut tawar Hup Seng itu pun sudah habis. Rasanya tak ada sesiapa pun perasan creamer dari coffee machine dah bertukar jadi serbuk pemanis.  Sweetener.  Mungkin mak cik cleaner tersalah refill.  Tapi kalau tengok dari riak semua yang elok sahaja menelan tanpa perasaan, malaslah juga dia nak bising complaint ke apa.

Faizul lepas nafas dalam. "Jom kita pergi makan dulu.  Anywhere yang dekat-dekat ni je." Faizul pandang mata bulat gadis di hadapan yang pantas menggeleng akan ajakannya.

"I tak ada selera.  Lepas audit ni I nak ambil cuti panjang, pergi Bandung. Nak rehat minda."  Kendur sedikit bahu yang tadi tegang bila terfikirkan planning self vacay ke Bandung. Borang cuti dah isi, tunggu Chen approve je.  Selalunya Chen tak pernah berkira, tapi tak tahulah kali ni kot dia datang angin timur tenggara.  Doa je banyak-banyak harap Chen tak kedekut signature.

Line BetweenWhere stories live. Discover now