44

31 1 0
                                    

"Mak Long ni masa Faizul telefon kata kamu jatuh bangunan terus kemas beg baju nak pergi sana." Mak Long hidang sayur campur masak bening dengan keledek pada Uzair.

"Nasib Pak Long ni telefon balik Faizul tu. Tanya dia betul-betul. Kalau tak dah sampai sanalah jawapnya. Dia dah siap telefon Mak Su kamu suruh ready." Pak Long sudu kuah sayur ke atas nasi.

"Minta maaflah Pak Long, buat susah semua orang." Uzair garu belakang kepala yang tak gatal. Hailahh Faizul mulut tempayan betul. Habis orang jadi kalut tak pasal-pasal.

"Kamu tu anak Mak Long. Macam mana tak risau. Dahlah pergi tak bagitahu. Tupp tupp Amirul cakap kamu dah balik kerja kat bandar." Mak Long duduk sebelah Faizul yang diam tak menyampuk. Rasa bersalah la tu kalau diam tak mengah kepala.

Faizul buat tak reti pada jelingan sisi Mak Long. Faham betul dia dengan mak bonda sorang ni. Kalau dah mulut tu start pot-pet-pot-pet mengalahkan bertih jagung baiklah diam. Jangan nak jadi peramah menegur sapa karang elok-elok nama kau bersih suci murni, tiba-tiba jadi bahan makan bebelan hari ni. Jadi langkah bijaknya diam, makan apa ada. Bagi kat Uzair sorang je yang telan.

"Bukan pergi kerja sana. Bos lama minta tolong, kita pergilah. Tak lama pun seminggu je. Tapi dah jadi macam ni tak sampai seminggulah." Uzair sengih sumbing pada Mak Long di depan.

"Makan lagi Uzair ambil lauk tu. Kamu kalau melayan Mak Long kamu ni jawapnya kebulurlah nanti." Tegur Pak Long pada Uzair bila nampak nasi dalam pinggannya langsung tak luak. Sibuk dok layan Mak Long dia bebel. Uzair ni bukan macam Faizul. Bila orang bercakap dia dengar, tadah telinga kiri kanan. Kalau Faizul tu makin mak dia bebelkan makin laju dia menambah. Tak tahulah ikut perangai siapa.

Dulu masa dia houseman beriya kata nak terus kerja hospital. Malas nak fikir apa. Katanya nak sambung specialist ortopedik ke apa entah yang dia sebut dulu. Dah habis housemanship yang mana buat dia jadi separuh orang dan separuh kongkang tu, Faizul masih lagi semangat sambung compulsary services dalam proses nak further study. Alih-alih hujung-hujung nak habis tu katanya nak buat locum kat klinik kawan dia.

Masatu mereka belum nampak lagi hala tuju Faizul ni. Rata-rata dok pegang Faizul nanti nak jadi specialist je. Surat tawaran sambung belajar pun dah dapat. Sekali dah habis compulsary services dah cukup duit, dia berhenti dari hospital. Mengamuk maknya sehari semalam membebel tak berhenti. Rupanya dia dah planning lama nak buka klinik kat pekan tu. Allahu...anakku. Nyaris gugur jantung dia bila Faizul tiba-tiba bentang plan masa depan. Katanya hospital bukan jiwa dia. Pulak dah. Tapi Faizul tetap Faizul, dia buat dekk je bila mak dia bising. Nak buat macam mana, dah dia minat kot tu. Terima jelah.

"Ayah kenapa pandang-pandang?" Faizul jungkit kening. Dah kenapa bapak aku ni? Tiba-tiba pandang orang tak pasal-pasal.

"Ayah fikir, kalaulah kamu ni macam Uzair. Sejuk hati ayah ni nak tengok." Selamba Pak Long memerli sebelum sambung suap nasi yang tergendala.

Faizul jeling mata tajam. Cishh mengumpat dalam hati rupanya. Nasib bapak sendiri kalau tak dah lama kena jentik telinga ni.

"Uzair malam ni tidur sini. Rumah tak ada orang pun kalau balik." Mak Long sudu paha ayam masuk pinggan Uzair.

Berkerut keningnya. "Kenapa tak ada orang?"

"Wan bawa adik-adik kamu pergi ziarah siapa entah. Esok baru balik katanya. Pergi dari hari Khamis lagi." Pak Long tolong menjawap.

"Pergi dengan apa?" Makin bertambah kerut pada dahi.

"Tu Hilux Pak Long kamu. Amirul yang drive." Mak Long juih bibir ke arah tingkap nako yang terbuka.

Oo..bulat mulutnya. Berjalan makan anginlah tu.

Line BetweenOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz