84

21 0 0
                                    

"Abang ada kat mana ni?"  Amirul kepit telefon bimbit pada bahu dan telinga. Kemeja biru laut yang tersarung pada badan sudah berganti dengan t-shirt lengan pendek putih kosong dan jeans lusuh seasoned juga disarung menggantikan slack hitam yang dia pakai buat kerja.

"Kat outpatients clinic lagi." Faizul skrol arrow pada skrin komputer. Last patient untuk hari ini. Female, teen pregnancy. Eh??  Dah kenapa tak rujuk pada doktor perempuan? Bukannya tak ada doktor perempuan yang bertugas. Bilik sebelah kiri kanan ini dua-dua doktor wanita.

"Nak jumpa kat sana ke kat mana?" Susah kalau dah berjanji ni. Nak makan sama-samalah. Nak balik sama-samalah. Mengada sungguh. Kemeja biru laut yang sudah dibilas sekali lalu dilipat kemas sebelum dimasukkan ke dalam plastik bersama slack yang masih barbau hanyir. Tak pasal-pasal kotor baju kerja. Nasiblah dalam loker ada sedia pakaian sepasang. Bolehlah buat tukar.

"Datang sinilah, along kau tidur tak bangun-bangun lagi.  Abang kat bilik dua belas." Mata diangkat pada nurse yang baru masuk dengan chart board di tangan. "Okeylah abang ada patient ni."  Panggilan terus dimatikan dan telefon diselit dalam poket slack.  "Kenapa teen pregnancy tak rujuk pada doktor perempuan?"  Polos bertanya pada nurse yang baru masuk.  Lagipula ini kes O&G, kenapa jadi outpatient case pula? O&G penuh ke apa sampai campak ke sini?

"Mana teen pregnancy?"  Nurse separuh usia itu berkerut dahi menambah kedut pada muka. Biar betul doktor Faizul ni, salah tengok rekod ke apa?

Faizul ikut berkerut dahi. "Ini dalam rekod ni kata teen pregnancy?" Dipusingnya monitor komputer pada nurse yang berdiri depan meja. Kak Haslina ini lama sudah dia kenal, sejak dia jadi houseman lagi.

"Doktor."  Liur ditelan dalam rengkung. "Patient ni trans."

Ngee???  Jatuh rahang bawah hampir menyentuh dada.  "Janganlah gurau kak." Cuba mencari nada gurauan dalam getar suara Kak Haslina yang dah hampir mencecah usia lima puluh itu.

"Betullah. Ini written record dari MO yang buat earlier check-up." Bersungguh dia cuba terangkan pada doktor muda yang masih belum ada riak nak percaya di depan matanya itu.  Muda sangat pesakit pun.  Datang pula bukan kes berat mana. Sekadar kecelaruan jantina.

Faizul belek rekod yang dihulur kepadanya.  

Gender : Unidentified.  (Clearly Male)
Age : 16y/o
**active

Buntang matanya membulat pada rekod sehelai depan mata. Cuba beristighfar berkali-kali. Mata diangkat pada raut wajah anggun yang berlenggang-lenggok masuk dari celah pintu bilik rawatan yang terbuka sedikit. Pandangan jatuh pula pada bentuk tubuh seksi yang terhidang sebalik baju sendat yang dipakai. Tobat kalau bukan kerana halkum yang berbonjol tu aku rasa boleh gugur iman dapat patient seksi macam ini. "Sini dik, jemput duduk."  Arahnya selepas berdehem dua tiga kali.

Adik manis anggun itu melabuhkan punggung perlahan-lahan pada kerusi banquet empuk sebelah meja Faizul yang nampak serba tak kena.

Seriuslah meremang bulu roma.  Matanya jatuh pada senyum meleret kakak misi di belakang adik manis.  Mungkin ketawakannya yang dah seperti rupa cacing kena sinar UV.  "Sakit kat mana tu darling?"  Poker face doctor mode in action. Senyum cuba dileretkan selebar mungkin.

"I rasa I pregnantlah doktor."  Sengau manja suara yang keluar dari halkum pecah yang masih setia menyilang kaki depannya. Allahu gebunya kaki. Tak pernah dibayang dalam kepala dapat patient pakai mini skirt macam ini.

Ya Allah, kuatkan aku. "Period you delayed ke macam mana?" Tangan yang sedikit menggigil membawa mouse lari atas padnya. Cuba mengalih tumpuan dari ujian yang terhidang depan mata. Sungguhlah tidak menyenangkan bila terfikir remaja muda yang baru berusia enam belas tahun sudah terjebak jauh sebegini.
Adik manis itu angguk berkali-kali. Bersungguh nak mengiakan bahawa dia kemungkinan besar telah mengandung.

Line BetweenWhere stories live. Discover now