31

26 0 0
                                    

"Tak nak laa!!" Zaki jerit kuat dari seat belakang.

Hampir terlepas stereng dalam pegangan dek terkejut. Uzair pandang dari cermin pandang belakang. Apa jadi budak ni?

Amirul yang tersentak ikut lipat kepala. Terpisat mata dek bangun dengan mengejut. Nak luruh jantung dalam dada. "Dia kenapa?" Serak suara bertanya pada Uzair.

"Entah. Tiba-tiba jerit." Uzair ikut mengurut dada dengan sebelah tangan pada stereng. Nasiblah jantung along kau ni sihat lagi dik oi. Kalau dibuatnya jantung ni memang ada sindrom orang-orang kaya, tak pasal-pasal kita gol bersama-sama.

Zaki elok kembali lena mengiring memeluk sweater Uzair. Sesekali berdecip bibir dan berlaga gigi. Tenang terbaring di seat belakang.

Sah mengigau. "Main kuat sangat lepas tu buat terperanjat orang." Uzair membebel. Malam-malam jalan gelap gelita tak ada lampu kiri-kanan ni boleh dia buat terjerit melalak tak tentu hala. Tadi mereka keluar dari tapak air terjun pun hari dah menginjak senja. Lepas Amirul dengan Zaki salin baju, mereka makan lagi seround buat alas perut sebelum makan besar kejap lagi. Dah berjanji nak makan ikan bakar Juara.

Singgah solat maghrib di masjid pun sempat lagi dua beradik ni lelap mata sekejap sebelum masuk isyak. Ingatkan nak terus jalan selepas solat maghrib tapi bila tengok dua-dua dah melepek pada tiang, biarlah mereka rehat. Boleh terus solat isyak, tidaklah terkejar mana nanti. Dah masuk kereta kena sejuk aircond, lentok pula tak berkutik. Zaki sahaja yang bangun merengek selepas setengah jam. Sejuk katanya minta slowkan aircond. Lepas tu ambil sweater Uzair yang bersangkut pada seat buat peluk.

"Long depan tu ada stesen minyak kan?" Amirul tarik sweater rapat ke badan yang terasa merinding dingin malam.

"Rasanyalah. Asal?" Uzair jeling pada navigation. Petrol pump lagi 150meter.

"Nak pergi tandas." Amirul lentok kepala nak sambung pejam mata.

"Kata nak pergi tandas?"

"Jauh lagi kan."

"Jauh apanya tu dah nampak signboard." Uzair muncung mulut pada lambang Petronas sebesar alam dengan lampu hijau menyala.

Amirul buka mata. Dipusingnya badan nak mengejut Zaki. Tangan dipanjangkan menepuk lengan Zaki yang bergulung dalam sweater. Dah gaya beluncas tidur pun. Karang bangun jadi rama-rama pula.

"Apa?" Zaki buka mata yang berpisat bila rasa lengan disentuh.

"Nak kencing tak?"

"Dah kan semalam." Zaki menjawap polos dengan dahi berkerut.

Uzair pecah gelak besar dengan tangan masih kemas pada stereng. Mamai lagilah tu. "Tu kan semalam. Hari ni tak nak dah?" Sengaja nak mengusik adik di belakang.

"Kenyang lagi." Zaki kembali sambung pejam mata yang masih berat.

Amirul tepuk dahi. Apalah yang budak ni mengarut sakan. "Bukan makanlah! Nak kencing tak?"

Zaki buka mata, pandang Amirul lama-lama. Mata menyoroti pula pada tangan Uzair yang tengah tarik handbrake. Dah sampai ke? Dia bangkit dari baring. Oo...isi minyak. "Orang nak kencinglah long." Katanya pada Uzair sebelum pintu kereta dibuka.

Amirul garu kening. Yang aku dok potpetpotpet tanya tu apa? Mangkuk cendawan sungguhlah.

Uzair sengih tak tertahan tengok Zaki dah terkedek-kedek berlari anak ke tandas. "Belikan Nescafe dua tin." Arahnya pada Amirul yang baru melompat keluar dari kereta.

Uzair hantar langkah Amirul dengan mata. Dah besar dah adik-adik aku ni. Mirul dah final year dah pun. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Tadi rasa macam vibrate. Tapi malas nak tengok lagi dah tengah memandu.

2 missed calls

Uzair swipe muka telefon. Yayang sekali. Faizul sekali. Dia call Faizul dahulu. Keluarga lebih penting. Yayang pun penting tapi Yayang kalau urgent sangat dia tak akan telefon sekali. Adalah lima enam belas kali.

"Hello."

"Assalamualaikum." Faizul bagi salam. Tiba-tiba tukar mode stok pencetus ummah pula malam ini.

"Waalaikumsalam. Apa?" Uzair senyum pada Zaki yang bising membontoti Amirul ke kedai serbaneka Mesra. Herot bibir Amirul membebel pada Zaki yang sibuk menempel.

"Kau kat mana?" Suara Faizul tenggelam timbul.

"Kat Petronas. Lagi sejam setengah sampailah kot."

"Nanti balik singgah rumah Wan." Masih kurang jelas.


"Kau kenapa suara tak clear?" Uzair cari kelibat Amirul dengan Zaki dalam kedai.

"Hujan." Faizul jerit pada telefon bimbit di telinga. "Balik singgah rumah Wan." Sekali lagi dia menyuruh sebutir-sebutir. Faizul menilik jam di tangan. 9.45...Sebelas suku sampailah mungkin.

"Lewat dah ni." Uzair ikut memandang jam pada papan navigation.

"Tak apa. Datang tu jangan buat-buat malas tak nak datang."

"Iyaa." Uzair tekan central lock. Tadi pintu automatic lock lepas Amirul keluar. "Apa beli yang sampai penuh plastik besar?" Uzair angkat kening sebelah pada Amirul.

"Haa??" Faizul bertanya pada telefon di telinga. Beli apa pula? Aku dok tengok tv kot bila masa nak membeli.

"Tak tak. Nanti aku singgah." Panggilan dimatikan. Uzair tengok plastik atas riba Amirul yang sarat sampai ke tangkai.

"Air kau." Amirul hulur dua tin Nescafe classic dengan biodegradable straw putih. "Air aku." Tropicana Twister Epal ditarik keluar. "Makanan cenonet." Plastik putih Mesra dihulur ke belakang.

Uzair ikut memandang arah plastik itu pergi. Zaki dah tersengih-sengih macam kerang busuk berendam air lada. "Makanan apa yang banyak sangat ni?"

Zaki tarik paket Super Ring keluar dari plastik Mesra. "Taraa." Buat muka comel ala-ala Telletubies.

"Semua jajan dalam tu??" Uzair angkat kening Ziana Zain pada Amirul.

Amirul angguk malas. Jus epal diteguk dua kali. Dah nama pun Zakiuddin, kalau tak sentuh jajan memang sehari boleh kena hydration sampai kurus-kering.

"Jangan makan banyak sangat nanti muntah dalam kereta." Uzair bagi amaran. Dari bunyi plastik berlaga pun Uzair tahu ada lagi empat lima paket dalam tu. Budak ni kalau tak ditegah, tak sampai sejam boleh habis dia hadap sorang-sorang. "Kenapa suka beli makanan tak elok tu?" Uzair bertanya rambang sambil tarik seatbelt.

"Kau bayangkan boleh dia buat muncung itik dekat kaunter tu?" Amirul juling mata ke atas. Malu aku dengan cashier tu.

Uzair geleng kepala. Dipandang Zaki yang tenggelam dalam dunia sendiri dengan headset pada telinga dan mulut krup krap krup krap kunyah jajan. Malas nak dengar Mirul bebellah tu. "Dinner kita tapau Subway makan dalam kereta jelah ye? Ada kerja nak cepat sampai."

"Haa nak cepat pergi mana?? Kata nak makan ikan bakar Juara?" Amirul buntang mata. Dah terbayang ikan bakar Juara terhidang depan mata.

"Esok kita keluar lagi. Malam ni tak sempat dah." Uzair cuba memujuk. Memang tadi di medan selera air terjun dia yang melarang Amirul makan banyak. Risau terlebih kenyang nanti nak makan ikan bakar di Juara. Bersinar mata dia bila dengar ikan bakar. Tapi tak sangka pula nak jadi macam ini. Mesti ada benda penting, kalau tak Faizul tak akan sesuka hati arah dia singgah rumah Wan. Lagipula Wan tak bercakap lagi dengannya selepas kes dia pecah kepala dulu.

Amirul sandar kepala pada seat. Tadi nak makan banyak tak bagi. Saja bagi harapan palsu.

"Esoklah kita pergi. Ajak Maksu dengan opah sekali. Ramai-ramai barulah seronok." Uzair cuba memujuk. Janganlah kempunan. Simbut sala.

Amirul angguk laju. Dengar nama Maksu dengan opah buat hati jadi terubat. Lama dah tak keluar makan dengan Maksu dengan opah sama.

Uzair senyum senang bila tengok rajuk Amirul macam dah kendur sedikit. Risau juga Amirul merajuk berpanjangan. Jenuh nak memujuk. Mata menyoroti Zaki dari cermin pandang belakang. Kepala dah terlentok senget pada seat. "Cuba simpan jajan dia karang tumpah habis jenuh nak cuci." Arahnya pada Amirul.

Amirul pusing kepala. Ek ena tak padan dengan beli jajan berpaket-paket. Sebungkus pun tak habis lagi dah tidur dah.


Zaki tersentak bila rasa ada yang menyentuh tangan. Dipandangnya Amirul tajam-tajam gaya nak keluar laser pun ada. Jahat. Suka kacau orang.

Amirul lepas keluh kecil. "Tidur elok-elok nanti sakit badan. Sini hedadphone tu pakai ni nanti patah lagi." Earphone dihulur mengganti headset yang dipakai Zaki. Ni dah tak tahu yang ke berapa ratus dah. Asyik patah je bahana tertindih tidur. Sampai along pun dah bising habiskan harta nak beli headset baru.


Line BetweenWhere stories live. Discover now