64

26 0 0
                                    

"Betul ni??" Terjungkit kening Faizul. Hampir dia tidak percaya dengan apa yang Uzair katakan sekarang.

"Iyaa."  Malas-malas Uzair menjawap perlahan.

"Betul nii??"  Amirul pula bertanya.  Bersungguh sedikit dari pertanyaan Faizul kali pertama tadi.

"Iyaaaa."  Mengeluh.  "Dah laaa sampai berapa kali nak tanya ni?? Aku ubah fikirankan??"

"Alhamdulillah."  Faizul usap dada.  Lega. Rasa nak sujud syukur pula tiba-tiba. Terkejut juga dia bilamana Uzair tiba-tiba bersuara sebalik bingit Amirul dan Zaki memekak.

"Aku rasa aku okey je kalau nak buat surgery."

Dan kepalanya terus laju berpaling ke belakang. Termasuk Amirul serta Zaki yang tiba-tiba diam. Entahlah Uzair mahu katakan kepada siapa. Atau sebenarnya dia berhalusinasi, tiba-tiba cakap sendiri. Tapi tak kisahlah halusinasi ke apa. Uzair dah terbuka hati nak buat surgery pun dah Alhamdulillah.

"Tadi dia jumpa awek."  Amirul bisik perlahan pada telinga Faizul dengan balang biskut diriba atas paha.

Patutlah cepat benar berubah fikirannya. Ada motivasi tersendiri rupanya.  "Awek nombor berapa?"

Amirul gelak besar.  Buat gaya Uzair ni Kasanova macam dia.  Doktor Faizul ni tak boleh harap mana, mulut manis mengalahkan gula.  Sqmpaikan ada kes pesakit jadi tak nak sihat sampai ke sudah.  Pergi klinik sampai tiga empat kali seminggu. Mula-mula batuk, lepas itu demam pula. Dah demam alih-alih selsema pula yang datang. Belum masuk part hari ni teman mak, esoknya teman kakak, lusanya bawa adik. Itu yang naik angin tak beragak Kak Cila tu nak melayan.

"Long...betul eh nak operate??"  Zaki dah merangkak naik atas riba Uzair yang bersandar pada kerusi dengan matanya luas terbuka.

Hampir terhantuk kepala Uzair bila dia tersentak dek terkejut ada yang memanjat pahanya. Cepat-cepat Uzair tolak bahu Zaki jauh-jauh. Budak ni aku cepuk juga karang.  Kalau tak halang ni nanti dia panjat naik sampai kepala ni. Budak tak cukup umur memang macam ni. Dia buat aci redah tak fikir apa dah.

Zaki gelak besar.  "Nanti along dah sihat kita pergi makan ikan bakar Juara eh?"  Bersungguh Zaki memujuk.  Terbayang ikan bakar berbalut daun pisang yang berasap nipis.  Sedapnya sampai menjilat sudu. Walhal janjinya nak makan ikan bakar Juara tu dari bulan-bulan lepas lagi. Konon nak bawa opahlah. Bawa maksu samalah. Akhirnya, kempunan juga.

Uzair angguk kepala.  Hailah pendek ni.  Tak habis-habis ikan bakar.  "Tepilah along nak makan nih."  Uzair cubit perut Zaki yang masih menempel padanya.

"Janji?" Masih belum puas nak mengusik Uzair yang dah mula jengkel. Walhal dia tahu, kalau buat pembedahan pun bukan boleh sembuh sepenuhnya. Hanya sekadar ada harapan tinggi sedikit berbanding seratus peratus bergantung pada ubat hospital yang Doktor Anita bekalkan setiap kali appointment tu.

"Iya...janji."

Faizul geleng kepala sambil mengeluh.  "Kau ni tak habis-habis nak mengikis harta orang."  Cuba dicubitnya betis Zaki yang melunjur ke bawah dari atas sofa.

"Dengki!"  Zaki jelir lidah.  Remote Astro di tangan dibawa mengetuk lengan Faizul yang panjang tangan nak mencubit. Faizul ni tak boleh, kalau dia cubit tu terasa macam kena bara api. Pedihnya mengalahkan kena cucuh puntung rokok.

"Apa nama budak perempuan yang kirim epal tu?"  Faizul cuit bahu Amirul.  Sengaja menyebut walaupun off-topic dari perbualan asal. Kalau cara kasar dia tak boleh menang, harus dicubit dengan cara halus pula.

"Sarimah."  Selamba Amirul menjawap dengan mata masih terpaku pada tv dan mulut tak berhenti mengunyah kerepek dari balang tin yang masih setia diriba.

Mangai!  "Kau biar betul?"  Faizul buntang mata seluas alam.  Rasanya masa Maksu sebut hari tu tidaklah dia ada rasa lawak nak tergelak sebegini.  Atau dia sebenarnya yang tidak fokus dengan cerita Maksu?

"Betullah.  Ada nama dia dalam kad."  Amirul juling mata ke atas.  Aku cakap tak percaya.  Dah aku yang jadi tukang kutip bunga sekuntum dalam bakul sampah tu. Ingatkan ada orang sihir ke apa tiba-tiba mawar sekuntum tumbuh dalam bakul sampah. Kotlah sisa perut ikan boleh buat tumbuh bunga, nak juga dia pergi tanam segala sisa perut ikan keliling rumah. Alih-alih mawar siap bersangkut kad kecil.

Dear Zakiuddin
From me, Sarimah

"Klasiknya nama awek kau dik."  Faizul gelak mengekek.  Terbayang Sarimah Ibrahim yang dia dan Uzair gila-gilakan masa muda dulu. Sekarang ni pun mungkin masih gila tapi tak segila zaman tv segiempat bontot gemuk dahululah.

Zaki cebik bibir.  Ini semua Maksulah yang bawa mulut lembik suka bawa cerita bukan-bukan.  Buat malu aku je. Memuncung bibirnya sebal dengan usikan Faizul.

"Sarimah mana Mirul?"  Uzair kerut kening.  Asal aku tak tahu ni? Ketinggalan zaman dah ni sampai hal adik-adik sendiri pun tak tahu. Ke memang dia dah disingkirkan dari hal adik-adik?

"Tak payahlah tahu!!"  Zaki bentak kuat dengan kusyen kecil diangkat buat senjata nak memukul kepala Amirul.

"Ingat tak ada hari yang Zaki tiba-tiba baik tolong potong epal kat kau?" Amirul senyum simpul pada Zaki yang dah ada gaya semeweh nak menangis.  "Ada budak perempuan bagi."  Berbisik perlahan sekadar mengusik.

Uzair kerut dahi.  Hampir bertaut kening sepasang.  "Bagi kat aku?" Dah kenapa?

"Aiyaak kau ni."  Faizul tepuk dahi.  Tak logik dek akal langsung.  "Bagi kau buat apa?? Dia mana kenal kau pun. Bagi kat Muhammad Zakiuddin katanya."

"Lepas tu asal bagi aku makan pulak??"  Uzair tepis angin dengan harapan serba sedikit mengena pada Zaki.

"Sebab takut kalau dia guna-gunakan ke apa paling tidak dah terbabas dah kan."  Zaki menjawap perlahan.  Malu. Tak guna punya Maksu. Siaplah ada ubi ada batas.

Bingit ruang tamu dek ketawa yang pecah besar.  "Kau pun satu.  Kalau along kau tiba-tiba angau ke Sarimah macam mana? Tak ke melepas tak pasal-pasal."  Faizul lap air mata yang mengalir bahana tergelak kuat.

"Apa dia kisah.  Yang penting dia lepas."  Amirul ketawa hingga bahu terenjut kecil.  Semuanya Maksulah yang pecah tembelang.  Diceritanya pada Faizul yang sah-sah mulut tak boleh simpan rahsia. Habis dicanangkan sampaikan Mak Long pun boleh tahu sama.

Ada orang gilakan fighter.  Kata Maksu.  Budak tingkatan satu kelas Maksu mengajar. Boleh pula budak tu mula-mula kirim salam.  Dah puas berkirim salam tak bersambut mungkin. Dia kirimkan epal Fiji sebiji dengan bunga ros sekuntum petik dari taman sains sekolah.  Romantik sungguhlah adik Sarimah ni.

"Apalah fighter, cuba cari yang nama moden sikit nak menyebut."  Uzair tepuk bahu Zaki di sebelah.  Tahu benar dah, mesti muncung boleh lawan jambatan kedua Pulau Pinang dah ni kena usik macam ini.  "Dapat adik iparlah kita Mirul oii."

Amirul hulur botol biskut ikan pada Faizul di belakang bila Faizul hulur tangan melepasi bahunya tiba-tiba nak meminta.  Seronok juga rupanya menyakat orang ni.

"Aku tak habis fikir apalah yang Sarimah berkenan sangat dengan Zakiuddin ni."  Faizul belum puas menyakat. Dipandangnya Zaki atas bawah dengan muka mengejek.

"Perempuan kan suka kalau aci bajet-bajet fighter ni.  Muka pecah pun tak apa."  Uzair ikut galak nak menyakat adik bongsu seorang.

"Mana ada muka pecah.  Dalam gang fighter tu nih Zakiuddin ni laa yang paling handsome kot."  Zaki bela diri yang terasa seperti diperkotak-katikkan abang-abangnya.

"Duhh terasa??"  Uzair tahan gelak.

Zaki juling mata naik atas.  Benci sungguhlah.  Siaplah Maksu, jangan ingat boleh lepas eh.  Ada ubi ada batas. Ada hari aku balas.

"Zawa apa cerita Mirul?"

Gulp! Telan liur.

Line BetweenWhere stories live. Discover now