92

31 1 0
                                    

Kopi pekat hitam berasap dalam kole dikacau perlahan dengan mata masih terpaku pada bara unggun api yang menyala terang. Unggas dan cengkerik yang saling sahut bernyanyi riang mewarnai kelam pekat malam. Dingin yang menikam liang roma malas nak dihiraukan. Dia dah pun sarung dua pasang sweater benang kait pada tubuh tapi masih juga menyengat dinginnya. Memanglah kulit sekarang dah tak tahan sejuk. Tapi paling tidak ada juga unggun api nak buat bahang suamkan badan.

"Kau percaya tak api boleh hidup dalam air?" Tangan yang memegang kayu panjang yang dicucuk marshmallow gebu pada hujungnya dihala mendekat pada unggun api yang belum surut dari tinggi oren terang memerah. Makanan budak-budak sekarang ni -roasted marshmallow.

Bahu dijongket ke atas. Sesekali tangan yang bebas dibawa menguis ketul-ketul keledek berbungkus aluminium foil yang sedang berguling dalam bara api. Belum masak betul lagi ni kena tunggu lagi lima minit. "Kau jangan nak buat dongeng Spongebob kat sinilah Zul."

Faizul senyum segaris meleret ke telinga. "Oh come on laa Squidward. Kau memanglah pemusnah impian sungguh." Mata ditala pada Amirul dan Zaki yang sedang terbongkang berdengkur dalam khemah igloo yang luas terbuka. Dua pasang kaki berlunjur keluar dari pintu khemah yang diselak ke atas. Sungguhlah kurang stamina, baru daki Berembun dah muntah berkali-kali. Nasiblah tak lembik segala sendi badan. Kalau tak jenuhlah dia dan Uzair nak mendukung dua makhluk yang sakan berlawan muntah. Mountain sickness. Muntah-muntah terus sampai ke sudahnya jadi hypoglycemia. Sampaikan cadbury bar dengan Snickers yang berkeping-keping tu tak boleh lepas dari mulut dek nak cover balik tenaga yang kena burn.

"Aku tak expect pula diorang akan k.o macam gini sekali." Mata ikut ditala pada Zaki dan Amirul yang elok terbaring sebelah-menyebelah dalam khemah berbantalkan Deuter Uzair dan Faizul. Kasihan adik-adik aku berdua ini. Stamina ke laut betul. Harapnya esok nak berlari turun tak lembik sangat dah. Trek turun esok tak adalah pacak seperti waktu mula-mula mendaki.

Selalunya kalau dia dan Faizul yang mendaki berdua, mereka akan all out berlari kejar masa. Cuba nak beat record yang mereka sendiri cipta. Tapi kali ini ada Zaki dan Amirul, mungkin tidaklah dia kalut nak berlumba esok hari. Santai dan tenang je mungkin seperti santainya mereka mendaki tadi yang sampai masa yang diambil ke puncak Berembun dan patah balik turun ke puncak Langsir jadi dua kali ganda dari waktu biasa yang mereka selalu ambil.

Faizul senyum nipis. "Kita dulu baru-baru kenal Bukit Taubat tu pun tak tahu berapa kali istighfar bertaubat Uzair oi. Normallah tu budak baru nak rasa." Sampai je Kem Balak terus Amirul dan Zaki muntah-muntah sampai jatuh terduduk. Terpaksalah mereka rehat lebih lama dari biasa sambil dia mengambil-alih tugas masakkan segala rendang tin segera Adabi dan Uzair tolong tenangkan adik-adik yang tersebek-sebek menangis. Aku rasa macam Uzair tengah bela anak-anak umur setahun je. Nak sampai ke tapak camping di puncak Langsir pun berjam-jam makan masa disebabkan Zaki dah mental koyak-rabak.


Nak meniti jalan berpasir Taman Bonzai dalam gelap malam yang hanya bercahayakan headlamp seketul pada dahi dan dalam masa sama juga mereka galak bernyanyi dalam lelah gara-gara nak pulihkan semangat Zaki yang dah terbang jauh. Semuanya cukuplah mengajar dia erti sabar. Mendaki ini bukan hanya stamina yang kena kuat, mental perlu lebih gagah dari fizikal. Dan paling penting, jangan penting diri.

"Tapi aku tak salahkan Zaki. Kalau aku yang uwwekkk uweekkk selang tiga langkah berjalan pun aku boleh down." Uzair kuis keluar seketul keledek yang bergolek dalam bara api. Ini sudah kali kelima dia naik Berembun. CBL dah jadi taman permainan sambilan buat dia dan Faizul. Sengaja kali ini dia galak nak mengajak adik-adik supaya sama mendaki. Kenangan terakhir sebelum dia dan Faizul selamat bergelar suami orang. Harapnya mereka berdua tak serik nak datang lagi. Berembun ni banyak kenangan dia dan Faizul.

"Kau ingat tak masa kita dua naik Tebu dulu?" Faizul duduk pada batang kayu pokok tumbang sebelah Uzair yang tekun membuka balutan aluminium keledek.

Angguk kecil dengan senyum segaris. Faizul mental breakdown seperti yang Zaki alami tadi sampai keluar air mata. Itulah kali pertama dan terakhir dia lihat air mata Faizul yang keluar seikhlas hati. Berderai sampai malin gunung itu terpaksa tahan mereka berdua supaya berehat lebih dua jam untuk pulihkan tenaga yang hilang. "Untung kau dapat kopi o air tangan abang renjer."

Faizul senyum semeweh. "Aku rindu sungguh-sungguh dengan dakapan hangat dia tu weh."

Uzair gelak besar. Mungkin abang renjer itu dah tak sanggup nak tengok orang dewasa menangis terlampau sampai bengkak mata, dia peluk Faizul kemas-kemas hinggalah mat ni terlelap bertongkat dagu pada bahu dia. "Aku tahulah abang renjer tu sado. Tapi janganlah buat jatuh air muka."

Faizul ikut tergelak. Gunung Tebu mungkin antara gunung yang mereka selalu daki. Tapi Tebu amatlah tidak seronok seperti mendaki Berembun. Ini kerana punca air di Gunung Tebu tersangatlah limited dan jauh. Bila hypo, dan dehydrated. Fikiran pun mulalah jadi biul tak pasal-pasal. Nasiblah ada abang renjer yang baik hati dan pandai main psikologi. Merasa juga mereka berdua kopi o dan megi bodoh dalam mestin air tangan abang sado.

"Long."

Uzair lipat kepala ke belakang. Terus mata jatuh pada Amirul yang terpisat-pisat menenyeh mata yang sepet tak berangkat. Masih lemau seluruh badan macam keropok masuk angin. Letih, lesu.

"Lapar."

"Sini." Tangan melambai pada Amirul yang merengek dengan muka sememeh kusut-masai.

Amirul merangkak keluar dari muka khemah menuju pada kole berasap nipis yang dihulur Uzair. Wangi aroma kopi kampung yang dibancuh terus menusuk hidung. Amatlah menarik hati. Terasa segar terus segala penat lemau badan.

"Makan dulu, lepas tu solat jamak takhir." Uzair pandang Amirul yang mencangkung di sebelah. Keledek yang dah suam dicubit sedikit lalu disuapkan pada Amirul yang setia mencangkung di sebelah. Mereka sampai di puncak Langsir tadi lebih kurang pukul sembilan malam. Dia terus jamak takhir isyak dan maghrib beriman dengan Faizul beralas canvas celoreng 10x10 sebelum dirikan khemah seketul yang setia dipikul atas belakang. Igloo tent yang size sebesar-besar alam boleh memuatkan enam orang dewasa itu tumbuh berdiri tak sampai tiga puluh minit. Bila expert buat kerja masa pun tak adalah terjarak mana. Dah siap pasang khemah cepat je Zaki dan Amirul merangkak masuk berguling lalu terus lawan berdengkur.

"Nak daging ke ayam?" Faizul sedia nak senduk lauk dari mestin yang masih suam bersusun sebelah dapur kayu yang berbara.

"Ayam." Amirul letak kole suam atas tanah sebelah Uzair. "Aku nak mandi dululah. Badan berlemuih." Bibir dicebik pada Uzair yang masih setia memerhati.

"Mandi sana." Telunjuk ditala pada selfie light terang-benderang yang dia sepit pada ranting kayu sebelah alur sungai puncak air terjun Langsir. "Kejut Zaki sekali, nanti makin tengah malam sejuk pula." Ini pun dah sejuk menggigil. Dia yang dua lapis sweater pun masih rasa macam duduk Alaska awal bulan Januari je. Mata menyoroti langkah Amirul mendekat pada Zaki yang masih nyenyak tidur tak berganjak.

"Walawei, masak pakai Adabi ni buat aku rasa macam boleh lawan Chef Wan je." Faizul berseloroh pada tin rendang ayam yang baru dibuka pada tangan. Nak panaskan buat lauk Zaki dan Amirul nanti diorang habis solat. Lauk yang tinggal tadi tidaklah banyak mana. Cukup-cukup untuk seorang makan, itupun kalau jenis tidak pelahap mana.

"Kau tahu tak Damia memang gagal dalam bab masak-memasak ni?" Toya muka Uzair nak mengusik Faizul yang masih tekun membaca tulisan tercetak pada badan tin bulat Adabi di tangan. Sebelum ini tak pernah pula dia baca, hari ini rajin nak membaca segala maklumat nutrisi bagai tu. Tersampuk ke apa.

"Tak." Malas nak menjawap. Dia pinang Damia pun bukan sebab gadis itu pandai masak ke apa. Tapi sebab dia yakin Damia tu InshaAllah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz, sebab itulah segala perancangan dimudahkan.

Uzair senyum tawar. Chaitt! Tak jadi nak mengusik bila Faizul langsung tak tunjuk minat nak berbalah. Tin Adabi di tangan lebih seksi dipandang daripada Uzair yang ada sixpacks bertingkat-tingkat. "Agak-agak dah kahwin nanti kita still macam ini ke?"

"Macam ini macam mana?" Sebelah kening diangkat tinggi.

"Well..." Sebelah bahu dijongket naik. "Being a lovely brother yang saling ada untuk each other." Dia tahan senyum yang nak menyimpul pada hujug bibir.

"Cheesy." Mata dijuling ke atas. "Geli aku bila kau dah keluar ayat gay macam ini." Senyum meleret hampir ke telinga. Bahang bara api yang dikuis bagi rata nak meletak susun mestin makin terasa menjamah kulit muka kuning langsat yang dah tanned. "InshaAllah Uzair. Selagi hayat dikandung badan. Kau kan adik aku sampai syurga."

Uzair senyum pada keledek di tangan. InshaAllah Faizul. "Kalau nanti kau tak jumpa aku di syurga, cari aku di neraka ye?"

Faizul senyum pada bara api yang membahang. "Kau memang kena banyak taubat nasuha. Kau gangster. Aku tak apa, doktor banyak pahala." Sengaja dia berseloroh nak mengusik.

"Kau yakin ke semua imam akan masuk syurga? Kalau ada imam pun masuk neraka, apa yang buat kau yakin doktor akan masuk syurga?" Pulang paku buah keras dengan senyum semeweh sinis pada bibir.


Line BetweenWhere stories live. Discover now