61

35 0 0
                                    

"You look terribly worse."  Faizul duduk atas birai katil yang bersepah dengan selimut dan bantal bergelimpangan. Dia pandang belakang badan Uzair yang sedang meraup muka mengaminkan doa. Bengkak mukanya lebam membiru jelas berbekas.

Uzair pusing kepala dari simpuh atas sejadah.  "Perlu ke double cognition dalam satu ayat?  Dah terrible, worst pula."  Tapi sungguh, rasa muka lain semacam. Tebal mengalahkan perut lembu.  Tadi Amirul dah sapu ubat siap ber-tape segala bagai macam nak bungkus hadiah kenduri kahwin pun ada.

"Cost me dua batang gigi for that terrible face."  Faizul baring badan atas katil dengan kaki terjuntai berayun perlahan.  Tak pasal-pasal kena hadap dentist nak tanam balik gigi yang hilang.  Tak sedap pula kalau nak tinggal gusi kosong missing tooth macam ni.  Dah besar tahap bapak budak pun kena hadap dentist lagi.

Uzair senyum segaris.  Sejadah dibawah punggung ditarik perlahan ke riba. "For being a jerk."  Tarik nafas dalam-dalam.  Hembus.

Faizul jeling mata pada Uzair yang tunduk tekun mengutil sejadah.  Malulah tu.  Hekk...sekarang baru nak rasa malu. Masa buat tu tak ada rasa malu ke bersalah ke. Dah jadi baru rasa malu nak mengaku.

"Double sorry, pronounce with highlighted, bolded, capital letters."  S-O-R-R-Y.  Satu nafas Uzair lafaz.  Lega.  Hilang satu buku di hati yang buat dia rasa tak selesa dari siang tadi. Sungguh dia khilaf. Tak patut dia lukakan hati Faizul sebegitu. Tak patut juga dia kurang ajar dengan Wan seperti itu.

Faizul senyum tawar.  "Kecil hati aku kau tak mengaku adik beradik." Perlahan dia menggumam pada sawang pada bumbung rumah.  Sangat kecil hati hingga dia gelap mata.  Sedar-sedar badan dah ditolak ke belakang, dan Uzair terbatuk-batuk ludah air liur hanyir berdarah.  "Aku abang kau, sampai liang lahad. Sampai syurga.  Ingat tu."  Faizul senyum segaris.  Jangan lupa Uzair, aku abang kau.

Uzair senyum semeweh dengan belakang badan bersandar pada kaki Faizul yang terjuntai.  Itu ayat dia, yang dilafaz berpuluh tahun lalu.  Tika Faizul tolong cabutkan lintah sejengkal yang melingkar pada kaki selepas naik dari harung baruh bendang cari haruan dengan puyu.  Dek kerana rasa terhutang nyawa pada Faizul, dia angkat sedikit darjat Faizul yang pada ketika itu lebih tinggi lebih sasa dari dia yang kecil cenonet terbantut untuk kanak-kanak usia lima tahun.

"Kau abang aku sampai liang lahad, sampai kita masuk syurga."

"Zul.."

Hmm..

"Insurans cover tak luka bertumbuk?"

"Kau terdesak nak pakai duit ke apa?"  Faizul kerut kening.

Uzair ketawa besar.  Saja nak mengusik.  "Aku ada jumpa lawyer." Perlahan.  Sekadar menyentuh cuping sendiri. Masih berkira-kira nak luahkan atau tak. Nak sebut atau tak. Nak bagitahu atau tak.

"Bila?"

Uzair senyum.  Faizul memang telinga lintah.  Bisik macam mana pun dia akan dengar.  "Semalam. Tak adalah jumpa as mean jumpa face to face. Aku call dia. Lawyer aku yang memang aku hire lama dah."

Badan dikalih mengiring atas katil dengan tangan menongkat pipi. Bantal guling kekabu dekepit celah paha. "Untuk?"

Uzair lepas nafas dalam.  "Aku tambah nama ibu untuk penama Darul Aswad."

Faizul diam.  Dia tahu lama dah akan kewujudan tahfiz seliaan Uzair di Selangor. Lama dah dia tahu tahfiz tu jadi sumber pendapatan sampingan Uzair bulan-bulan selepas untung bersih tolak segala kos pentadbiran, utiliti dan sebagainya dibahagi dua -separuh masuk poketnya- dan separuh diderma pada Yayasan Saidatina Khadijah -rumah perlindungan anak-anak terbiar.
Uzair bukan jenis yang duduk mengikut telunjuk orang, yang masuk pagi keluar petang.  Uzair kerja pagi hingga ke pagi esok lusa tulat tanpa fikir mana masa nak berehat.  Kalau sekarang Uzair boleh goyang kaki tadah tangan tunggu duit terbang pun tak akan ada yang hairan.  Semua itu hasil dia kerja keras selama ini.  Tak pernah Faizul tengok dia serehat sekarang, bersenang-lenang tidur awal bangun lewat sampai naik badan.  "Buatlah Uzair apa yang kau rasa patut buat."

Uzair senyum.  "Dia ibu aku juga.  Baik buruk pun, tetap ibu.  Fakta yang tak boleh nak diubah.  Lainlah kalau masa beranak dulu tertukar kat hospital."

"Sinetron Uzair, sinetron."  Faizul sekeh kepala Uzair yang tengah melayan perasaan.

Line BetweenWhere stories live. Discover now