65

34 0 0
                                    

"Dah dapat duit gaji terkumpul tiga bulan nanti tu bayarlah muka kereta."  Uzair tiup keledek di tangan yang masih berasap nipis.  Kematu tapak tangan dek kerana bahang dari keledek yang baru keluar dari periuk.

Amirul kerut dahi.  Kepala ditoleh dari majalah di tangan. Abang aku ni macam faham-faham je aku tengah tengok majalah kereta. Pakai ilmu mata hati ke apa?  "Kau dah tak suka kita pakai kereta kau ke?" Kotlah nak cakap tu tak tergamak, jadi kias sikit-sikit.

"Tidaklah.  Ranger tu kan dah lama."  Keledek sebesar lengan itu dipatah dua. Betullah Ford Ranger tu dah lama.  Dia beli pun dari tangan orang masa tengah belajar dulu. Bayar bulan-bulan pun guna duit gaji dia kerja sambilan dengan Zeep. Ikat perut sebab nak bayar kereta.  Punyalah singkat fikiran dulu.

"Tak apalah.  Kalau nanti bila kau dah sihat betul, nak pakai kereta pun ambillah. Aku boleh pakai motor."  Amirul kembali tekun membelek majalah di lantai.  Faizul tu elok je hidup tak berkereta. Dah berapa tahun dah pun dia jadi doktor.  Tak ada pula alergic matahari ke apa sebab naik motor. Lagipula, gaji farmacist macam dia bukan besar gedabak mengalahkan menteri. Ciput secuit je pun.  Nak tunjuk pay slip ke orang pun rasa malu. Ada hati lagi nak berangan beli kereta baru.  Ini pergi kerja ulang-alik naik Ranger pun orang dah pandang serong kemain sampai tergeliat urat mata. Walhal kereta pinjam sementara tunggu tuan punya badan sembuh sihat walafiat je pun.

"Kalau nak ambil lain aku tak kisah pun.  Bulan-bulan adakan duit kedai nak buat tampung. Cuma tambah mana tak cukup je."  Uzair masih setia memujuk. Kasihan juga Amirul, pandu kereta bekas tangan orang.  Uzair pernah muda.  Dia pun tahu rasa nak bergaya tu macam mana.  Kalau ambil kereta yang biasa-biasa, duit sewa kedai tu dah lebih dari cukup dah.  Tapi kalau rasa nak perasan lebih sikit, pandai-pandailah tambah sendiri. 
Yang lain jangan risau, duit nak kahwin ke apa memang dah cukup dah serba sedikit untuk adik berdua.  Dah lama dah pun dia menabung sikit-sikit untuk adik-adik.  Duit yang tidak boleh diusik dalam akaun. Bila hidup tidak berbapa tidak beribu macam mereka, banyak yang perlu diambil kira sedari awal muda remaja.  Sebab itulah Uzair buka akaun khas untuk mereka. Pelaburan masa depan.  Kotlah dibuatnya Zaki nak kahwin dengan Sarimah tahun depan, ada dah juga duit kecemasan nak buat belanja sementara tunggu bekerja.

"Apalah kau ni.  Duit tu kau simpanlah. Aku dah ada kerja tetap pun.  Kalau nak apa-apa pandailah aku usaha."  Amirul mengeluh berat.  Banyak dah Uzair korbankan untuk dia dan Zaki. Motor yang dia dengan Zaki buat merempit tu pun Uzair yang bayarkan. Sekarang duit sewa kedai tu pun Uzair bukan pakai mana.  Banyak dibelanja untuk Zaki yang nak itu ini tak kira masa dan ketika. Sejak Uzair sakit ni, mana pernah dia beli keperluan sendiri selain RayBan baru yang bersusun atas meja solek itu. Baju, seluar, kasut. Jauh sekali nak berbelanja baru.  Kalau setakat shopping boxer sebulan sekali itu bukan namanya penuhi kehendak. Tapi dah memang keperluan wajib dah pun. Bukan namanya shopping.  Mungkin kerana mata tak dapat melihat, dan rasa nak bergaya itu mati terenjat.

"Kalau Mirul tak nak beli kerata, beli motor barulah long."  Zaki mengiring dengan telefon bimbit di tangan.  Style jugak kot dapat motor baru.

"Motor tu kan elok je lagi."  Uzair geleng kepala.  Sejak ada kereta ni pun bukan selalu sangat nak ke mana-mana pakai motor.  Pergi situ naik kereta, sini pun naik kereta.

"Ambil lesen dulu.  Baru fikir nak tukar motor lain."  Amirul tunjal dahi Zaki di sebelah.  Selama ni memang dia naik motor secara haram.  Budak kampung, mana ada yang tak betah bawa motor.  Apalagi gangster kampung macam Zaki.  Tak rocklah kalau jalan kaki.

Zaki cebik bibir.  Mentang-mentang dia ada lesen.  Kau tunggulah, nanti aku cukup umur dapat lesen.  Aku tayang depan muka.  Tepek dekat dahi tu biar juling mata.

Uzair gigit keledek yang dah suam sedikit demi sedikit.  Manis.  Keledek baru gali.  Pak Long gali belakang rumahnya semalam.  Disuruhnya Faizul hantar ke mari. Tapi itulah, doktor Faizul kadang-kadang kalau retrograde amnesia datang dia lupa segala benda. Terpaksalah Pak Long sendiri yang gerakkan keledek seguni tu.  Dah elok sampai, Amirul pula rajin nak merebus.  Jadilah keledek rebus ni supper diorang adik-beradik.

"Minggu depan start puasa dah."  Amirul terlentang pada lantai dengan mata memanah sawang pada bumbung.  Dah lama tak gotong-royong ni.  Esok cuti bolehlah bersih rumah. Tak serupa rumah orang dah ni bersawang sampai macam ini sekali.

Uzair angguk.  Puasa pertama kali Uzair di kampung.  Selama ini puasa dia selalu sibuk.  Tarawih tak tahu ke mana.  Kadang-kala dapat berbuka dengan nasi dah satu nikmat paling manis dapat rasa.  Kalau tak, hadaplah berbuka puasa dengan kopi dari coffee machine di pantry. Itupun dah bersyukur tak terkira.

Kalau hari yang kena hadap kerja tak boleh angkat muka, selamatlah teguk apa yang ada.  Atau kunyahlah sebarang gula-gula yang terjumpa.  Workaholic-nya seorang Muhammad Uzair satu ketika dulu.  Patutlah Allah uji bagi hilang mata seketika.  Sebab Allah nak Muhammad Uzair berehat dari sibuk hal dunia. Cubalah sekali sekala fikirkan saham akhirat juga.

"Aku habis syif awal satu jam.  Nanti kita pergi bazar eh?"  Amirul pandang Uzair yang dah berpindah pada keledek yang kedua.  Suka betul pada keledek.  Kalau dah ada keledek, tak makan nasi pun tak apa.  Rupa pun dah jadi bulat gebu macam keledek dah aku tengok.

"Baguslah tu. Nanti keracunan lagi macam tahun lepas."  Zaki gumam perlahan dengan kepala digeleng lambat-lambat.  Taubat.  Sampai lembik dia cirit-birit dan muntah-muntah. Nasib doktor in the house ada, tak payah susah-susah warded hospital. Itupun penat, orang beraya makan besar, dia beraya baju yang gedabak besar gara-gara susut badan banyak sangat dibuang keluar.

Uzair tergelak besar. Apalah yang dia makan sampai tiga hari berderet berumah-tangga dalam tandas.  Orang lain kena guna tandas luar. Yang dalam rumah Zakiuddin dah tempah awal-awal.  Tak boleh sentuh walau sesaat.  Nasiblah dia tak kena heart attack bila Amirul telefon kata Zaki jatuh dalam tandas.  Untung juga dah habis segala projek mega dek raya yang dah dekat lagi dua tiga hari, hanya tinggal saki-baki plan yang Rayyan sendiri tolong selesaikan. Ingatkan sakit kronik ke apa, sekali jatuh terhantuk pada paip air gara-gara terlelap. Letih sangat mencangkung dek cirit-birit. Tak pasal-pasal berganti paip air baru.

"Tak tahulah dia makan apa yang sampai kronik macam tu sekali. Orang lain elok je, tak ada masalah pun." Amirul ikut tergelak.  Bukan Zaki makan sorang-sorang semua makanan. Faizul dengan Amirul juga makan makanan sama.  Tapi perut Zaki satu je mungkin yang manja.  Kasihan Zaki bocor kepala dek terhantuk pada paip.  Sebelum tu elok je dia tarawih sebelah Amirul.  Sekali pusing bagi salam Zaki dah hilang.  Cari punya cari rupanya dia dah berlari balik rumah tak tahan perut memulas.  "Tak wehh. Masalahnya macam mana dia boleh berlari balik bawa kunci motor, tapi motor tinggal kat surau?"  Amirul gelak mengekek bila teringat dia dengan Faizul sumpah seranah kena tolak motor malam-malam buta.  Dahlah angin kuat tiup bunga-bunga ribut. Nasib tak sempat hujan, itupun basah ketiak tak kering dek exercise malam-malam.

Uzair gelak bertambah kuat sampai berair mata.  "Asal kau bawa lari kunci motor Faizul sekali?"  Sampai sekarang Faizul ungkit kes dia tolak motor dengan Amirul sampai putus selipar.  Sadis sungguhlah kes diorang.

"Dah dia tu sibuk nak menumpang poket orang.  Masa tu kan emergency.  Tak boleh nak fikir."  Zaki garu kepala tak gatal.  Sungguhlah dia rasa bodoh yang tersangatlah kritikal.  Dia ingat lagi, rakaat pertama dia boleh tahan. Sampailah Al-Fatihah rakaat kedua dia dah berpeluh sakan. Nasiblah duduk saf paling belakang.  Dia selak kain pelikat terus berlari balik.  Dah lupa dah akan motor dia dengan Faizul yang bersusun elok depan tangga.

"Nasib dia tak pakai selipar long, bolehlah buat ganti selipar Faizul."  Amirul tekan perut.  Lawak sungguh budak ni.  Dahlah buat marathon berkaki ayam malam-malam buta, kepala pula terhantuk paip.  Sampai sekarang lekat parut dua inci atas kening kiri.  Kepala bocor, paip patah.  Satu kerja pula malam-malam terakhir Ramadhan pergi cari hardware sebab nak baiki paip yang patah menyebabkan dapur dilanda banjir kilat dua jam.

Uzair geleng kepala habiskan sisa gelak.  "Makan apa sebenarnya yang boleh jadi tahap kronik sangat tu?"  Sampai ke sudah dia tak tahu apa yang pulas perut Zaki sampai tiga hari berturut-turut tidur di meja makan sebab tak larat naik turun tangga.  Sampaikan Amirul bentang toto depan peti ais buat katil sementara.  Terkejut dia sampai-sampai rumah, Zaki dah elok terlentang depan peti air dengan beg saline water IV drip tergantung pada kerusi.

"Tak tahulah.  Tapi yang penting itu malam paling azab orang dapat rasa." Zaki raup muka.  Sampai sekarang masih rasa gerun.  Seram.

Line BetweenWhere stories live. Discover now