"Bahaya ni my dear. Kalau pregnant doktor risau ni sayang, nanti nak bersalin susah."  Senyum tawar segaris diukir bibir. Mata menjeling pada kakak misi yang hampir tersembur tawa. "Dah buat urine test kan tadi?  Blood test?"  Tanya pada kak Haslina yang setia menanti.

Kakak misi angguk senang hati. Rasanya dah masuk kot dalam database. Outpatient doctor selalunya tak perlukan nurse setia menunggu sebegini. Bukannya klinik swasta sampai kena ada pembantu uruskan segalanya, doktor goyang kaki. Tapi pesakit kali ini luar biasa keadaannya, jadi sengaja dia berdiri menanti kotlah dapat tonton drama percuma. Untung juga mata. Sudahlah doktor Faizul ni pun ada rupa yang tak kalah kacaknya.

Faizul gerakkan mouse pada landai mouse pad. Berkerut-kerut dahi cuba menghadam segala patah butir yang terpapar pada database maklumat pesakit. Tiba-tiba terasa benak otaknya nak faham. "Kalau ikut test ini, Alhamdulillah adik tidaklah mengandung. Hanyalah masalah hormon yang buat bulan tak datang-datang tu." Iyalah kalau dah nama jantan macam mana nak datang bulan pula.  Faizul ketap bibir. Aku luku juga dahi budak ni. Tapi risau juga kutlah urine test positive, pengsan mungkin dia. Matanya dibawa meniti wajah hampa depan mata.  "Sekolah lagi?" Cuba menyerang psikologi pula.

Geleng kepala. "Saya tak minat sekolah."

Faizul mengeluh kecil.  "Adik tahukan adik sebenarnya lelaki?"  Aku kalau masalah macam ini rasa macam bersalah pula kalau tak bendung. Kasihan pada usia muda remaja yang tergelincir dari landasan. Nanti kat sana tiba-tiba Allah tanya masa sipolan-sipolan ni pergi dapatkan rawatan ada kau tegur dia? Kalau jawap tak ada, agak-agak terus terbang masuk neraka ke macam mana? Nauzubillahiminzalik.

Angguk.

"Kenapa nak jadi perempuan? Tak suka dengan anugerah diri?"  Badan dirapatkan pada pesakit depan mata. Tidaklah keras mana hatinya. Cuba nak memujuk, atau berdakwah sedikit pada adik yang masih punya masa depan.

"Saya nak jadi perempuan. Mak saya lebih sayangkan anak perempuan." Air mata mula menitik di pipi.

Ya Allah. Sabar jelah. Pesakit yang datang hari ini banyak mengingatkan dia pada Tuhan pencipta sekalian alam. Sungguhlah jadi doktor buat dia rasa sedikit beriman walaupun sekadar nipis selaput bawang.

"Mak saya tak suka anak lelaki. Dia selalu menangkan kakak-kakak saya." Luahnya lagi. Seperti menyalahkan sepenuhnya pada ibu yang tidak Faizul dikenali.

"Ayah ada lagi?" Faizul tarik tisu lalu dihulurkan pada adik manis yang terisak-isak mengulum tangis.

Angguk laju dengan tangan menyambut tisu yang dihulurkan Faizul padanya.

"Ayah okey?" Faizul buka napkin hijau muda dari instruments tray terus buat alas pada paha putih gebu yang bersilang depannya. Aku bukan berkocak iman ke apa, tapi rasa malu pula nak duduk rapat-rapat.

Geleng kepala. "Ayah saya garang."

Faizul mengeluh. Dipandangnya rekod pesakit pada monitor komputer.  "Ayah Jazimin kerja apa?"

"Jaja. Semua panggil saya Jaja." Tisu dibawa ke hidung bagi menahan hingus dari mengalir turun. Sangatlah keperempuanan. Tidak seperti Damia yang tanpa segan silu hembus hingus tak beragak sampai merah buntut hidung. Senyum segaris bila teringat pada gadis manis itu. Aduhaii rindu pula tiba-tiba.

"Polis. Kat balai Setia Tiga."

Faizul telan liur yang tiba-tiba kelat pekat payau.  Balai Ami tu.  Dikerling sekali lagi pada dada monitor. Jazimin Abd Rahman.  Sarjan Rahman???  Ditahan rahang dari jatuh menganga. Kalau benarlah ini anak Sarjan Rahman, masaklah kau nak oii. Faizul angkat muka pada kak Haslina bila tiba-tiba suasana yang tenang tadi bertukar bingit bising sampaikan Uzair pun ikut terjaga dan menyelak langsir bidai. Berkerut-kerut dahinya pada kak Haslina dan Jazimin yang ikut mendongak kepala.

Uzair jelas terpinga-pinga. Mungkin penangan terjaga dari tidur secara terkejut buat dia nampak kelam dan melucukan.

Faizul bangkit dari kerusi dengan niat nak mengendap siapa yang naik minyak di petang hari sebegini. Belum sempat tombol dicapai, pintu suda terbuka luas. Faizul bulat mata pada Sarjan Rahman yang bengis dan perlahan-lahan kepalanya berpusing ke belakang bila rasa seperti ada bendasing menempel pada badan.

Bulat terbuntang mata Uzair yang masih berpisat gara-gara terjaga dengan terkejut. Umum mengetahui bahawa mata dia memang ada masalah. Tapi apa yang tersaji depan pandangan sekarang ini rasanya bukan berpunca dari masalah matanya.

Amirul yang berdiri tidak jauh dari pintu bilik rawatan dua belas ikut terkedu. Ditenyehnya mata sepasang risau dia tersalah pandang. Wow!!  Rezeki datang bergolek ke apa?

"Anak tak guna!!!"  Suara Sarjan Rahman memetir kuat seperti bergoyang bangunan.  "Aku bunuh kau!!!!!"

Line BetweenWhere stories live. Discover now