21

22.4K 1.2K 36
                                    

Tok! Tok! Tok!
Pintu di ketuk. Adam menolak pintu perlahan, dia menjenguk sedikit melihat haura. Namun tiada di dalam bilik.

"mana haura?" soalnya. Matanya melilau mencari kelibat haura.

"siti!!" jerit adam, bergegas siti berlari dari tingkat bawah ke tingkat atas.

"ye, encik adam."

"mana haura?"soal adam. Siti terdiam. Tangannya sudah menggeletar. Tidak tahu ingin memberi jawapan apa.

"aku tanya isteri aku mana?"soal adam lagi.

"sa.. Saya tak tau encik adam."

"tak tau? Apa kau buat dalam rumah ni? Takkan kau tak nampak haura? Ish! Sia2 lah bayar gaji kau!" sindir adam.

Dia terus melangkah ke tingkat bawah. Di setiap sudut dia mencari haura namun tiada.

"Haura!!!" panggil adam. Namun tidak di sahut. Sampai ke luar rumah dia memanggil nama haura. Pun sama juga jadinya. Adam mencekak pinggang.

"takkan lari rumah? Ish, baru pagi tadi elok aje dia layan aku."

Pin!

Hon kereta di tekan. Mel dan datin faridah baru saja pulang daripada pusat membeli belah. Adam menjeling apabila sudah melihat mel keluar daripada kereta.

"Hai, sayang!" tegur mel, namun sikit pun adam tidak melayan.

Faridah melangkah keluar daripada kereta menuju ke arah adam.

"alang-alang adam dah ada dekat rumah, bolehlah bawa mel makan. Maklumlah.. Mama tak sempat bawa mel pergi keluar makan."

"haah lah you. I lapar.. Jom makan?"

"mama nampak haura?" soal adam, dia hanya mengabaikan ajakan mel tadi. Topik mereka beralih pada haura pula.

"entah. Kenapa?"

"haura takda dalam rumah."

"ish, entah-entah dia lari rumah? Yela, dia mana suka mama. Adam tahu tak? Semalam dia pecahkan pasu yang adam beli tu sebab mama tegur dia tentang adam." ujar faridah, mereka-reka cerita tentang haura.

Adam mengerut kening. Takkan dia sanggup buat macam tu?

"haura bukan macam tu ma.."

"depan adam memanglah dia tak tunjuk. Siti saksi masa tu.. "

"tangan dia berdarah kan semalam? Mesti dia terpecahkan."

"haihh.. Tangan dia berdarah Sebab dia pukul mama." tuduh faridah.

"ish, you ni. Takkan you tak percaya dekat mama you sendiri? Hmm.. Mentang2 dah sayang isteri sanggup lupakan mama you sendiri. Yela, isteri you je baik dalam dunia ni kan?" mel mencelah.

"eh, yang kau sibuk lebih ni kenapa? Kau pergi baliklah! Menyemak aje!" bentak adam.

Dia terus melangkah pergi mencari haura. Mel mencebik mulut, tak pasal-pasal kena marah.

"biar aje dia cari. Dia takkan jumpa, silap2 perempuan tu dah mampus baru kita tunjuk dekat adam." bisik faridah.

"bagus anti. Kalau perempuan tu mati cepat lagi bagus!"

Hampir ke senja adam mencari haura, namun tiada. Ke rumah suraya sudah, ke tempat haura selalu berada menjual tisu pun sudah. Namun tiada kelibatnya. Adam kini sudah tiba di rumah, dia mencekak pinggang. Ke hulu ke hilir dia merisaukan tentang haura.

"biar betul dia lari rumah? Tapi kenapa? Takkan dia marah dekat aku? Aku buat apa dekat dia semalam.. Cubit hidung je pun." ujar adam seorang diri.

"Adam? Kenapa duduk luar?" tegur anuar.

"pa, haura takda dalam bilik. Papa ada nampak haura tak?"

"papa baru aje balik. Takkan takda? Haura mana biasa keluar daripada bilik. Dia mana tahu selok belok rumah tu." ujar anuar.

"habis tu? Dia dekat mana? Adam risau,pa. Takut jadi benda bukan2."

"haih? Sayang jugak kamu dekat dia rupanya ye."

"ish,papa ni.. Ke situ pulak. Orang tengah risau."

"takpalah, kita solat maghrib dulu. Nanti sama2 papa tolong cari haura." cadangnya.

Adam mengangguk kepala sahaja. Mereka pun masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat maghrib yang tidak lama lagi akan berkumandang.

Selesai solat berjemaah bersama ibu dan ayahnya, adam pun melangkah keluar daripada bilik. Faridah pula sedang sibuk melipat kain telekung. Adam mengecilkan matanya,fokus pada siti yang berjalan ke bilik store dengan membawa sepinggan nasi.

"apasal siti bawa nasi tu? Takkan curi makan?" adam pun berlari turun ke tingkat bawah.

Siti mencapai kunci di dapur, dia melangkah ke bilik store. Bergetar tangannya ingin membuka bilik itu. Tapi dia tidak boleh membiarkan saja haura terperangkap di dalam bilik tanpa makanan dan minuman.

"siti!!"

"opocot mak kau!!" terpelanting kunci yang dipegang siti dek kerana terkejut. Dia terus menoleh ke belakang memandang adam yang Berdiri di belakangnya.

Adma menunduk mengambil kunci di lantai.

"nak buat apa dengan nasi tu?" soal adam.

"Err.. Ta.. Tak.. Sa.. Saya lapar.."

"lapar? Kalau lapar kenapa tak makan dekat tempat biasa? Kenapa nak buka store ni?" soal adam lagi.

Siti menelan air liur. Wajah siti sudha berpeluh menahan ketakutan. Adam seperti mengesyaki sesuatu.

"ada apa dalam store ni?"soal adam.

Siti mendiam. Takut untuk menjawab.

"siti.. Pekak ke? Ada apa dalam store ni?"

"ha.. Ha.. "

"HA APA?!!"

"HAURA ENCIK ADAM! Ops!?" siti menutup mulutnya, terhempas pinggan yang dipegang siti. Tergamam adam mendengarnya.

"haura?!" pantas adam membuka kunci bilik itu, siti di tolak ke tepi dengan kasar. Pintu itu sedikit ketat, adam terpaksa menendang pintu itu.

Terkejut adam melihat haura terbaring di lantai, dia seperti lemah. Terus adam berlari mengangkat haura.

"haura.. Macam mana kau boleh ada dalam store ni?! Haura bangun Haura!"

"astaghfirullah hal Azim.. " ucap anuar, yang tiba2 muncul. Faridah pula sudah menelan air liur.

"adam! Cepat bawa dia ke hospital!"

"baik, pa!" adam menurut perintah, dia terus mengendong haura keluar daripada store itu. Anuar hanya mengikut adam dariapda belakang.

Faridah memandang siti dengan wajah tidak puas hati.

"kau ni memang tak guna kan? Siap kau!" ugut faridah.

Siti hanya menundukkan pandangannya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now