95

20.9K 864 31
                                    

Haura menjamah nasi berlaukkan sup daging. Dia lihat haura langsung tidak kecewa dengan apa yang jadi.

"haura." panggil suraya.

"ye?"

"kau.. Tak kesah ke suami kau keluar dengan perempuan lain?" soal suraya.

Haura mendiam. Suraya berdehem seketika.

"aku bukannya nak sakitkan hati kau tapi aku nampak kau macam tunggul tau. Kau tak boleh berdiam diri biarkan mak mertua kau buat kau macam ni. Engkau tu isteri adam bukannya mel!" ujarnya.

Haura tersenyum sinis. Dia meletakkan sudu itu di atas pinggan.

"Adam tu nak sangat dengar daripada mulut kau supaya halang dia. Tapi kau tu je yang lemah sangat dengan mak dia. Cuba kau bantah apa yang mak dia cadang. Kau biarkan suami kau keluar dengan perempuan lain bergermbira itu pun dah dapat dosa tau."

"kalau haura buat macam tu, sampai bila-bila datin faridah akan anggap haura jahat. Cukuplah.. Haura dah sakit hati dengan hinaan dia. Haura tak nak kena buat kali kedua. Sebab.. Kalau boleh,haura tak nak simpan dendam." luahnya.

"habis kalau si datin faridah suruh mel ambil kesempatan dekat adam? Kau biar je lah? Macam tu?" soal suraya.

Haura menjongket bahu. Dia sendiri tidak pasti sama ada membiarkannya atau menghalang.

"kau tahu tak adam sayang kau?" soalnya lagi.

Haura menggeleng kepala, perlahan.

"ini lagi satu masalah kau,haura. Kau tak habis-habis fikir yang adam tak sayangkan kau. Cuba jadi orang yang positif. Adam dah tak nak kakak kau,sebab dia tahu kau cintakan dia. Dan dia pun cintakan kau. Aku yang tak kawin ni pun boleh tahu perasaan orang lain inikan pulak kau."

"sudahlah, kak. Haura tak pernah kesah pun dia sayang haura ke tak? Dalam dunia ni tak semestinya apa yang kita nak kita boleh dapat, kak. Takpa, biarlah haura jadi tunggul sekalipun, jadi mangsa dera mak mertua ke apa ke? Yang penting haura tahu yang Allah sentiasa ada dekat dengan haura." ujarnya.

"sakit tu memang sakit kak. Tapi kita takda peluang nak lari daripada masalah ni. Kalau adam dah serahkan masalah dia pada haura, haura takkan balas balik pada dia. Dia dah banyak berkorban dalam rumah tangga haura." sambungnya lagi.

"tapi haura.."

"cukuplah. Akak tak perlu pun tahu pasal perasaan Haura. Ini semua ujian yang haura kena tempuh dan bukannya lari. Dah nama pun ujian mestilah berat, kan? Jadi buat apa kita perlu merungut. Ada orang lain yang lagi besar ujian dia."

Ujar haura. Suraya hanya mengangguk kepala.

"akak.. Kalau haura pinjam duit akak kejab boleh?" pinta haura.

"haura nak beli apa?"

"akak tolong belikan manik kecil, kertas kad board dengan gam kuat."

"nak buat apa semua tu?"

"hadiah. Untuk adam."

"Okay. Nanti aku beli. Habiskan makanan tu dulu."


Amar melangkah keluar daripada kedai 7 eleven setelah membeli barang yang dia inginkan. Namun, langkahnya terhenti apabila terlihat kelibat adam dan mel yang masuk ke dalam mall.

"siapa perempuan tu? Takkan adam curang dengan haura?" soal amar.

"Tak guna punya suami! Heh,konon sayang haura lah sangat. Kau keluar dengan betina lain takpa pulak. Kau memang lelaki tak guna,adam!" sinisnya.

"bila haura jumpa aku bukan main lagi kau ek. Tapi bila kau jumpa perempuan lain boleh pulak? Mentang-mentanglah haura tu buta.. Kau mainkan perasaan dia. Kau tunggu adam!"

Amar terus melangkah pergi daripada situ dengan wajah tidak puas hati.

"sini sayang! Sini!" mel menarik tangan adam menuju ke kedai pakaian. Adam menepis tangan mel, dan terus berjalan ke kedai itu sendiri.

"ish, you ni.. Tunggulah i!" rengeknya. Dia mengejar langkah adam yang sudah masuk ke dalam kedai itu.

"wah, baju ni sesuai tak untuk i?"

Mel mengambil baju dress berwarna merah dan memadankan dengan tubuhnya.

"hari ni rasanya hari jadi aku bukannya kau. Yang kau nak shopping sakan kenapa?"

"alaa.. Sayang ni. Apa salahnya kalau you belanja i?"

"kau boleh tak jangan panggil sayang dekat aku. Bernanah telinga aku dengar. Kalau haura takpalah jugak." degusnya.

Adam terus melangkah pergi ke arah pakaian berlengan panjang. Zulaikha mengecilkan matanya, panas pula mendengar nama haura.

"you ni kan tak habis-habis pasal haura! Apa special sangat perempuan tu?! Yang ada dengan you sekarang mel! Bukannya perempuan tu so i tak nak dengar nama perempuan buta tu!" bentak mel.

Semua orang yang berada di dalam kedai pakaian itu mengalih perhatian kearah mel. Adam pula tiada respon. Dia hanya membelek baju blouse berwarna putih yang mengikut fesyen muslimah.

"hei,sayang! You dengar tak?! You jangan buat pekak dengan i!" bentaknya.

Mel menolak adam untuk memandangnya.

"apa kau nak? Kau ingat aku rela sangat ke keluar dengan kau? Semua ni sebab mama je. Kalau tak jangan mimpilah." sinisnya.

"you memang saja kan nak sakitkan hati i? Hanya disebabkan you sebut nama perempuan bodoh tu dia dah ganggu mood i, you know?!"

"kau cakap apa? Perempuan bodoh? Kau tu yang bodoh!"

Adam terus menolak mel sehingga ke belakang. Hampir sedikit lagi dia mahu jatuh tadi.

"dik!!" adam memanggil pekerja yang berada di situ.

"ye,encik."

"saya nak baju macam ni satu, ambil saiz M." pintanya.

Pekerja itu mengangguk kepala, dia pun melangkah pergi mengambil baju yang adam inginkan tadi.

"baju i saiz L lah.." degus mel.

"siapa nak beli untuk kau? Perasan!" sindirnya.

Adam pun melangkah ke kaunter pembayaran.

"Eeii geram aku!!" mel menghentak kakinya beberapa kali. Panas betul dengan layanan adam terhadapnya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now