47

20.6K 1K 14
                                    

"SAKIT!!!" teriak haura apabila kakinya di urut oleh wanita yang dikenali sebagai mak intan.

"kalau tengok lebam ni. Nampaknya lambat lagi nak pulih." ujar mak intan.

"lambat? Bila agaknya nak pulih?" soal adam.

"dalam tiga atau dua hari insyaallah dah okay. Kalau kita teruskan takut jadi apa-apa pula dekat saraf dia." ujar mak intan.

Adam mengangguk faham.

"alaa.. Abang adam kerja nanti. Takkan dia nak ulang alik datang kampung." rungut haura.

"tidurlah sini. Apa susah." cadang fatimah.

"abang adam kerja. Mana boleh sesuka hati cuti." ujar haura.

"takpalah macam ni. Buat masa ni abang balik,tinggal haura dekat kampung. Nanti lepas dah sihat abang datang ambil haura." cadang adam.

"hmm.. Okaylah kalau macam tu. Cuma.. Arghh!!! Sakitt!!"

Bum sempat haura menghabiskan kata, mak intan sudah sambung mengurut. Terasa pedih sangat. Tapi itu saja cara untuk cepat pulih.


Haura baring diatas katil, penat menjerit sampai tertidur di buatnya. Adam meletakkan cawan yang berisi air suam di atas meja. Dia melabuh punggung di sebelah haura.

"kesian kau. Sakit punya pasal sampai menjerit macam tu sekali." ujar adam.

Dia tersenyum. Rambut haura yang di tiup angin di selak ke belakang telinga.

"Aku Harap aku tinggal kau nanti kau jangan pulak menggatal dengan abang amar kau tu. Aku dapat tahu, aku lenyek kau dengan lori!" ugut adam.

Dia mencuit sedikit hidung haura. Geram melihat wajah isterinya.

"Adam" panggil farid yang baru pulang. Adam tersenyum.

Dia bangun melangkah ke arah farid dan menyalamnya.

"bila sampai?"

"dah lama dah. Adam nak kena balik. Esok start kerja. Tinggalkan haura dekat sini sebab kaki dia sakit." ujar adam.

Farid mengangguk faham.

"kalau macam tu, ambillah ni. Ayah baru balik daripada kebun. Adalah sikit buah-buahan." ujar farid.

Menyerahkan beg plastik berisi durian, manggis dan buah rambutan. Adam tersenyum lebar.

"terima kasih ayah. Buat susah aje. Adam balik dulu ek." pinta adam.

Dia kembali menyalam tangan farid.

"nak balik dah ke adam?" tegur fatimah. Adam mengangguk kepala, dia menyalam tangan fatimah pula.

"hati-hati,Bawa kereta tu." ucap fatimah, memberi nasihat pada adam.

Adam melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia mengejut haura yang tidur. Haura membuka mata, bangun dan bersandar pada kepala katil.

"aku nak balik dah. Kau jaga diri. Nanti dah sihat aku ambil kau balik." ujar adam.

Haura mencebik mulut. Sayu pula mahu berpisah walaupun tiga hari.

"kalau awak rindu saya jangan lupa call tau. Nanti jadi gila pulak"

"takda maknanya aku nak rindu kau. Baik aku rindu orang-orang daripada aku rindu kau. Heh! Dah lah,nanti lambat pulak."

sindir adam dan menghulur tangannya.

Haura pun menyalam tangan suaminya sebelum adam melangkah pergi.


Di dalam perjalanan pulang, suasana terasa amat sunyi apabila tiada haura disebelah. Bosan lah pulak. Kalau tidak, waktu begini dia sedang mengacau haura.

"awak.." panggil haura dengan panggilan manja. Adam menoleh sekilas ke sebelah.

"awak rindu saya ek? Saya laaaaaaaagi rindu awak. Hihi!" ucap haura.

Adam tersenyum malu.

"kau ni mengada kan?" baru saja adam ingin mencubit pipi haura, bayangan haura terus menghilang.

Adam tergamam. Baru sekejab saja dia meninggal kan haura sudah terbayang bukan-bukan.

"Masya-Allah.. Apa aku ni? Ish! Tengah-tengah memandu boleh pulak kau terbayang dia. Come on lah?"

Hari berganti malam, adam baru sahaja pulang daripada kampung. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Faridah terus berlari meluru ke arah anaknya.

"Adam! Adam pergi mana? Kenapa tinggal mama?" tegur faridah.

"adam dah bagitau papa lah. Adam pergi balik kampung hantar haura. Dia kan sakit." balas adam.

"haura.. Balik kampung?"

"haah. Kenapa?"

"bolehlah kamu keluar dengan mel." ujar faridah dengan nada perlahan.

"apa dia?"

"ta.. Takda apa. Pergilah masuk mandi. Nanti kita makan sama-sama ye." cadang faridah.

Adam mengangguk setuju. Dia pun melangkah ke tingkat atas. Faridah tersenyum puas, tiada lagi wanita buta yang akan mengahalangnya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now