25

23K 1.1K 10
                                    

Zulaikha ke hulur ke hilir menunggung adam di depan syarikatnya. Namun daripada tadi lagi kelibat adam tidak terlihat. Zulaikha berniat ingin menegur salah seorang pekerja di tempat itu.

"encik.."

"ye, saya?"

"Encik adam tak masuk kerja ke hari ni?" soal zulaikha.

"oh, encik adam? Dia memanng tak masuk kerja hari ni. Isteri dia sakit." jawabnya. Zulaikha mengangguk faham.

"takpa lah kalau macam tu. Terima kasih!" ucap zulaikha. Lelaki itu tersenyum dan berlalu pergi. Dia memeluk tubuh, dan mengangkat kening sebelah.

"sakit? Heh,buat2 lah tu!" sinis zulaikha.

Haura melangkah keluar daripada kereta. Alhamdulillah, dia sudah sihat. Berdebar haura ingin masuk ke dalam rumah. Takut jika dia di apa-apa kan lagi.

"Haura. Jom." adam menarik tangan haura. Namun haura sedikit pun tidak mahu bergenjak daripada tempatnya berdiri. Adam menoleh memandangnya.

"kau kenapa ni?"

"boleh tak hantar saya tidur hotel je."

"banyak cantik muka kau! Masuk je lah!"

"tadi awak yang kata nak protect saya!"

"tu tadi.. Sekarang tak! Cepatlah!" adam terus menarik kasar tangan haura sehingga berjalan mengikutnya.

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Terlihat anuar dan faridah berjalan menuju ke arah mereka berdua.

"ha, Haura. Macam mana? Dah sihat?" tegur anuar.

Haura hanya mengangguk kepala, kedua belah tangannya menggenggam lengan kanan adam.

"Mama ada masakkan untuk haura dengan adam. Jom makan?" pelawa faridah.

"Err.. No, ma. Kami baru lepas makan. Dah kenyang. Jom, sayang kita naik atas."

Adam menolak pelawaan ibunya, dia melangkah pergi ke tingkat atas bersama isterinya. Faridah mengetap gigi. Anuar tidak berkata apa, mungkin adam sudah tahu semuanya.


Adam meletak kunci kereta di atas meja, memimpin haura ke sofa yang kononnya temoat tidur khas. Haura melabuh punggung di atasnya.

Ceh! Nak jadi suami konon. Ingatkan nak bagi aku tidur atas katil. Aku dah agak dah, dia mesti tak nak ceraikan aku sebab dia tak nak zulaikha kena nasib sama macam aku! Omel hati haura.

Adam memandang haura, dia mengecilkan sedikit matanya.

"kau mengumpat apa tu?" tegur adam.

Haura tersentak, macam mana dia tahu? Boleh tahan seram jugak dia ni.

"ma.. Mana ada!"

"heh, ye lah tu. Lain macam aje kau punya termenung." tuduhnya.

Adam pun melabuh punggung disebelah haura, dia bersandar badan pada bahu haura. Sudahlah badan berat, lepastu nak sandar lagi. Tak matinya aku!

"apa ni.. Beratlah!" rungut haura. Dia menolak adam sehingga bergenjak ke tepi.

"berani dah kau sekarang ek? Main tolak2 aku suka-suka hati. Kau kenapa? Aku dah selamatkan kau daripada mama kan? Nak apa? Nak cium pulak? Meh!"

Adam menarik kepala haura, ingin mengucup bibirnya. Namun sempat haura menolaknya terlebih dahulu.

"awak ni gatallah! Ish!"

"gatal dengan isteri sendiri. Tak salah kan?"

"kalau macam tu, tidur sekatil dengan isteri pun tak salah kan?"

Adam tersengih, dia memandang katil sekejab dan memandang haura kembali.

"asal? Tak sabar ke nak tidur.. "

"saya lenguh tidur sini! Jangan mimpilah saya nak semua tu." haura mencelah.

Adam ketawa. Dia bangun daripada sofa.

"so? Kau tak nak lenguh lah ni. Apasal tak cakap awal-awal. Rumah ni ada banyak tilam. Kejab aku ambilkan ek." ujar adam.

Lalu melangkah ke arah almari ingin mengambil tilam. Haura memeluk tubuh dengan mencebik bibir. Baru saja ingin merasa tidur di atas katil.

"nah!" adam mencampakkan tilam itu pada haura.

"tak boleh bagi elok-elok ke?!"

"bagi aku elok. Dah lah, tidur! Aku dah penat. Goodnight isteriku, haura." ucap adam sebelum rebah ke katil.

Tak payah nak Goodnight sangatlah!

Haura pun bangun menghamparkan tilam di atas lantai. Nasib baik tilam ni kainnya sejuk, okaylah tidur atas tilam daripada atas sofa.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now