71

20.8K 1K 6
                                    

"Adam..awak nak bawa saya pergi mana ni?" soal haura dengan nada getar.

Dia mula kesejukan.

"pergi hospital lah! Takkan urut batin pulak."

"tak payahlah awak. Saya okay je. Bawa saya balik rumah aje.." rungut haura.

"apa pulak? Nanti kau sakit macam mana?"

"tak payah.. Bawa saya balik rumah. Saya tak nak pergi hospital." rungut haura lagi.

Adam mengeluh kecil. Dia memandang haura yang kesejukan. Kod hitam di bukanya, lalu di selimutkan pada tubuh haura yang kesejukan.

"betul ni kau nak balik?" soal adam.

Haura mengangguk perlahan. Adam hanya mengikut sahaja permintaan haura, dia memandu terus menuju ke rumah. Membatalkan niat ingin ke hospital.


Faridah menarik mel menuju ke dapur. Ada sesuatu yang ingin di soalkan.

"apa kamu dah buat?" soal faridah.

"perempuan tu lah,gedik nak mampus! Mel geram.. Mel tolak je lah!" balas mel.

"kamu jangan buat hal lah mel. Elok rancangan kita dah berjaya karang adam batalkan macam mana? Mel sabarlah dulu.. Terima perangai perempuan buta tu. Lepas kawin barulah kita buat apa yang patut." ujar faridah.

Mel hanya mendiam dan berpeluk tubuh. Tanpa sedar anuar sudah mendengar segalanya, dia hanya menyorok di sebalik dinding mendengar perbualan mel dan faridah.

"jadi anti? Kita kena berlakon baik dengan perempuan buta tu ke?"

"yup! Supaya adam boleh terima mel lebih lagi. Nanti lepas mel dah dapat aje,kita terus buatkan adam buang perempuan tu."

"okay, anti. Mel hanya ikut apa yang anti cakap."


Haura di baringkan ke atas katil. Selimut di tarik menutupi sehingga ke paras dada. Tudung yang masih melekat di kepala, di tarik adam.

"Awak.. Terima kasih. Sebab selamatkan saya." ucap haura.

Adam melabuh punggung di sebelah haura.

"takda apalah. Benda kecik aje. Kau rehat dulu. Aku nak mandi kejab." pinta adam.

Haura mengangguk perlahan. Adam pun melangkah pergi daripada situ.

Selesai menyucikan badan dan memakai pakaian, adam masuk kedalam bilik haura dengan membawa segelas air suam.

"haura.. Bangun kejab. Minum sikit air ni. Bagi panas sikit badan kau." arah adam.

Dia membantu haura untuk duduk bersandar pada kepala katil. Haura pun menogak air itu perlahan-lahan.

"macam mana kau boleh jatuh dalam kolam?" soal adam.

"takda apalah. Saya yang cuai. Tak perasan dekat depan saya kolam." bohong haura.

"betul ke ni? Ke.. Kau sorokkan something daripada aku?"

"ish,takda lah. Saya okay. Awak jangan risaulah." balas haura.

Adam menyentuh dahi haura, panas.

"kau demam ni. Kejab, aku tahu nak buat apa."

Adam mengambil kain tuala kecil, dan melangakah masuk ke dalam bilik air untuk membasahkannya.

Dia memang tak seperti yang aku cakap selama ni. Kau sememangnya baik adam. Walaupun kau tak suka aku, kau tetap layan aku seperti seorang isteri yang kau cinta. Terima kasih, sebab kau layan aku dengan baik dan terima segala keburukan aku.walaupun aku tahu aku takkan dapat kau, tapi cukup hanya dengan layanan kau yang aku akan ingat sampai bila-bila.bisik haura di dalam hati.

Adam melangkah kembali ke arah haura. Dia membaringkan haura semula, tuala basah di letakkan pada dahi haura.

"nanti okaylah tu. Ini aje yang aku belajar bila ada orang demam. Kalau kau nak ubat, aku boleh belikan."

"takpa. Tak perlu." bantah haura.

Adam mengangguk kepala.

"aku pergi masuk bilik dulu ek. Aku nak kau rehat banyak-banyak. Nanti kalau kau nak apa-apa. Jerit aje nama aku." ujar adam.

Haura mengangguk. Adam pun bangun ingin melangkah pergi, belum sempat melangkah setapak, haura sudah bangun memeluk adam.

Air mata haura menitis jatuh.

"kau kenapa ni? Apasal kau nangis?" soal adam.

"maafkan saya sebab selalu mengata buruk pasal awak. Awak memang baik. Awak tak sombong.. Saya tak tahu apa yang akan jadi kalau awak tak ada tadi. Maafkan saya adam.." rayu haura.

Adam tersenyum.

"its okay. Aku tak ambil hati pun. Sudahlah. Kau tak perlu menangis macam ni."

"saya minta maaf.." rayu haura lagi.

Adam menyentuh wajah haura, dia mengesat air mata dengan menggunakan ibu jarinya.

"aku maafkan kau. Jangan risau, aku akan ada setiap masa dengan kau. Aku takkan biarkan kau seorang lagi. And now, kau kena banyak rehat. Macam mana aku nak nikah,kalau kau sakit?"

"saya doakan awak kuat hadapi semua ni."

"bukan doakan untuk aku. Tapi untuk kita. Sudahlah.. Aku nak kau rehat. Aku jaga kau malam ni." ujar adam.

Haura mengangguk perlahan. Dia kembali baring di katil. tuala basah yang jatuh kembali di letakkan di atas kepala.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now