110

27.2K 1K 52
                                    

Matahari sudah terpacak di atas langit, tangan haura menyentuh kain yang di balut pada matanya.

"eh, jangan sentuh!"

Adam menarik tangan haura yang hampir menyentuh kain itu. Haura baru saja selesai membuat pembedahan mata tadi.

"alhamdulillah dah sedar. Daripada semalam aku tunggu kau sedarkan diri. Ingat nak tidur sampai setahun." sindir adam.

"awak ni saya tengah sakit pun nak sindir saya macam tu. Takda hati perut langsung."

"memang pun. Dah lah aku nak pergi tandas kejab. Ambil ni."

Adam menyerahkan patung beruang dan kad board kecil yang di hias dengan manik. Dia terua berlalu pergi daripada situ.

"apa benda ni? Awak?" haura memanggilnya.

Namun tiada yang sahut. Dah keluar mungkin. Haura bangun perlahan-lahan, bersandar pada kepala katil.

"apa pulak mamat ni bagi.. "

Haura meraba patung beruang itu. Dia merasakan seperti ada butang di tangan beruang itu dan menekannya.

"selamat hari jadi, aku tahu hadiah ni tak seberapa tapi ini je yang aku mampu. Haura, aku bukan nak sombong dengan kau tapi aku malu nak luahkan perasaan aku dekat kau. Takut kau gelak pulak nanti. Tapi sampai bila aku nak seksa hati aku? Kan? Haura.. Sebenarnya aku dah lama suka kau. Sejak daripada mama dera kau, aku dah nampak keikhlasan kau jadi isteri aku. Aku minta maaf sebab layanan aku agak kasar dengan kau tapi sejujurnya aku memang sayang kau. Betul! Sumpah! Aku tak tipu. Aku tak pernah cintakan zulaikha sejak kawin dengan kau. Aku tak pernah terniat untuk lepaskan kau sejak aku kenal kau haura. Aku tak berani nak luah depan kau, so biar patung je lah yang jadi bukti untuk aku luahkan perasaan. Kalau kau cintakan mr. Arrogant macam aku. Aku pula cintakan mirs. Blind macam kau."

Rakaman suara terhenti setakat itu. Haura terdiam membisu. Dia meraba pula susunan manik di atas kertas kad board itu.

•   •  •         ••       •      • •             •    •
     •   ••              •           •       •    •
A  K  U       C     I         •         •
                                     N      T           A

•        •        •        •        •
• •                         • •
H.      A.      • •      •
                     U.     R.     A

"aku tahu bagi kau macam benda mengarut tapi aku memang suka kau." adam bersuara.

"tiada paksaan untuk awak cintakan saya?" soal haura.

"takda. Takda siapa paksa aku untuk suka kau. Memang dulu papa ada paksa tapi perasaan ini bukan disebabkan papa yang paksa. Aku betul-betul ikhlas nak jaga kau." ujar adam.

Haura tersenyum.

"zulaikha macam mana?"

"macam yang patung tu kata tadi. Aku tak cintakan dia melainkan kau seorang."

"jadi.. Selama saya takda dengan awak. Awak berkepit dengan zulaikha ke awak rindu saya?" soal haura lagi.

Adam menggaru kepalanya.

"alaa.. Kau ni banyak tanyalah. Aku dah suka tu suka lah! Main tanya soalan pulak."

"saya nak pastikan je. Jawablah.."

"yela aku mengaku aku rindu kau. Puas hati? Aku tak pernah pun terhegeh nak kan zulaikha lepas kawin dengan kau."

"habis tu kenapa awak suka marah saya?"

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now