13

21.5K 1.2K 41
                                    

Zulaikha melabuh punggung di atas katilnya. Dia teringat tentang petang tadi. Pertemuannya dengan kekasih lama.
Zulaikha tersenyum.

"dah kaya rupanya.. Agak2 nya dia kaya mesti sebab nak pikat hati aku balik. Kalau aku takel dia balik, mesti dia akan terima aku semula."ujar zulaikha seorang diri.

"tapi.. Dia dah nak jadi suami haura. Takkan nak jadi perampas? But, muka adam macam tak ikhlas je nak haura. Maybe dia masih sayangkan aku? Hmm.. Kalau aku kawin dengan dia. Mesti dia akan bahagia."

Zulaikha tersenyum bermakna, dia menarik bantalnya lalu membaringkan kepala diatasnya. Wajah adam terngiang ngiang di kepalanya. Tidak sabar ingin mengambil haknya semula.


Kereta diberhentikan sebaik sahaja tiba di tempat perhentian kereta. Hari semakin gelap, lagi beberapa minit saja sudah hendak sampai di kuala lumpur. Adam cuma mahu berehat, penat memandu. Datin dan dato pula sudah terlepas jauh.

"Haura.. Kau ada nak beli makanan tak? Aku berhenti dekat kawasan perhentian ni. Ada gerai sikit. Kalau kau nak.. Pergilah beli." ujar adam.

Namun haura tidak membalas apa. Adam mengerut kening. Dia menjenguk sedikit memandang haura, sudah terlelap rupanya.

"boleh tidur pulak dia ni. Aku penat bawak kereta, dia sedap tidur dalam kereta aku." sindir adam.

Dia menyandar seketika, merehatkan tubuhnya yang lenguh. Keadaan menjadi sunyi. Tiba2 saja dia teringat pada apa yang dibualkan petang tadi bersama haura tentang zulaikha. Kata2 haura seolah olah betul-betul ikhlas ingin berkahwin dengannya tapi tidak pada adam. Dia takut, satu hari nanti haura tidak mahu berpisah.

"Haura.. Apa akan jadi kalau aku tinggalkan kau satu hari nanti?" soal adam sendiri, dia memandang haura di sebelahnya.

Dia bergenjak ke tepi sedikit, ingin memandang wajah haura. Tangan haura yang berada di atas paha, di pandang lama. Adam terasa seperti ingin memegangnya tetapi takut jika haura terjaga.

"I will love you if you can make me love you." ujar adam secara bisikan.

"aku tahu, ini bukan drama yang akan benci sampai bila2. But, kalau kau mampu buat aku jatuh cinta. Aku takkan cintakan siapa2 biarpun orang tu kakak kau sendiri. Kita akan tengok lepas kita nikah. Berapa lama kau boleh tahan hidup dengan orang macam aku tanpa minta cerai."

Ujar adam lalu tersenyum nipis. Dia kembali duduk seperti biasa. Perjalanan disambung kembali.


Pin! Pin!
Hon kereta ditekan sebanyak dua kali, bergegas suraya melangkah keluar daripada rumah menyambut kepulangan haura. Kelihatan adam sedang membuka pintu penumpang.

Suraya melangkah mendekati mereka.

"eh? Haura tidur? Takpa encik adam biar saya kejutkan haura."pinta suraya.

"its okay. Tak perlu. Kesian dia,Penat."

Halang adam apabila suraya ingin mengejutnya. Suraya ditolak lembut ke tepi, haura digendong seperti bayi. mulut suraya yang ternganga di tutup cepat.

Sweet jugak mamat ni. Omel suraya di dalam hati.

"bilik Haura dekat mana?"soal adam.

"de.. Dekat tingkat bawah, yang depan sekali." ujar suraya.

Adam pun melangkah masuk ke dalam rumah itu, menghantar haura ke bilik tidur.

"celah mana yang Haura kata lelaki tu tak suka dia? Tengok macam ikhlas aje. Haura ni pun satu.. Bersangka lah baik sikit dekat bakal suami dia. Kalau aku dapat suami macam tu perghh.. Tak pandang lain dah." bebel suraya seorang diri.

Dia berdiam sebaik sahaja melihat adam keluar semula daripada rumah. Adam melangkah menuju ke arah suraya.

"jangan bagitau dia yang aku angkat dia. Esok dia bebel malas aku nak dengar." ujarnya.

Suraya mengangguk kepala. Adam pun melangkah menuju ke pintu pemandu. Baru sahaja pintu di buka suraya sudah menyoal sesuatu.

"Encik adam betul-betul sayang haura?" soal suraya.

Adam tidak membalas apa-apa. Hanya tersenyum sahaja, dia terus masuk ke dalam kereta dan mengabaikan soalan daripada suraya tadi.

Suraya menggaru kepala, hanya melihat kereta itu semakin lama semakin hilang daripada pandangannya.

"aku tanya dia senyum pulak? Haihh.. Nasib kau lah haura. Aku malas nak masuk campur hal rumah tangga orang."

Suraya pun menuju masuk ke dalam rumah apabila terasa sunyi bersendirian di luar.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now