88

19.7K 977 33
                                    

"anti, mel pergi ambil air untuk anti ye." pinta mel, dia pun berjalan pergi ke dapur. Haura pula masuk ke dalam bilik, faridah sudah menjeling.

"assalamualaikum, datin." sapa haura, dia menghulur tangan ingin bersalam. Namun faridah mengabaikannya.

"sorry. Tangan aku tak boleh nak pegang orang jijik macam kau! Dah lah buta, kotor! Miskin pulak tu." sinis faridah.

Haura menjatuhkan tangannya,dia tersenyum menyenget.

"datin.. Saya ada bawakan makanan untuk datin. Kek coklat. Adam pernah cakap dekat saya yang datin suka kek coklat yang haura masak." ujar haura.

Haura menghulur bekas plastik pada faridah,namum di tepis kasar sehingga tertumpah ke lantai.

"bila masa aku suka masakan orang buta?! Hei, aku jadi macam ni semua di sebabkan orang macam kau! Anak aku tinggalkan aku, sanggup malukan keluarga dia sendiri disebabkan perempuan macam kau! Kau dah hancurkan masa depan anak aku dan kau didik dia jadi kurang ajar dengan mak dia sendiri. Kau memang tak tahu malu ek?!"

"apa salah orang buta macam saya datin? kenapa mel buat banyak kesalahan datin boleh maafkan. Sedangkan saya tak pernah sakitkan datin." rungut haura.

"mel tu menantu pilihan aku! Dia cantik, kaya! Tak cacat macam kau. Sesuai untuk jadi isteri adam. Bukannya kau.. Buat malu aku je dapat menantu buta."sinisnya.

Haura mengangguk faham.

"apa yang boleh buatkan datin terima saya?"

"takda apa yang boleh buatkan aku terima kau! Kecuali kau mati! Lagi bahagia hidup aku. Takdalah tanggung malu."

"kalaulah itu yang jadi masa kemalangan dulu.. " ujar haura.

Faridah mengerut kening. Dia memandang haura yang tersenyum sinis.

"datin.. " haura menyentuh tangan faridah, namun faridah menolaknya sehingga jatuh ke lantai.

"jangan sentuh aku lah! Heh! Bodoh punya perempuan buta! Kau lebih baik keluar daripada bilik aku!" bentak faridah.

"kenapa ni anti?" tegur mel, dia menuju ke arah faridah dengan membawa segelas air suam.

"mel, tolong sedarkan sikit perempuan tu. Dia tak layak jadi menantu anti. Perasan diri dia tu bagus sangat!" sindir faridah.

"hei, haura. I dah cakap yang datin faridah takkan terima orang cacag macam you. Apasal you ni tak sedar diri ek? I rasa.. You ni bukan setakat buta. Tapi pekak pun ada. Baik you pergilah daripada keluarga ni. Buat menyemak aje, kan anti?"

"iye betul tu. Lagi bagus kalau kau tinggalkan anak aku! Kau ingat anak akh suka kau? Huh? Dia pun takda test lah nak suka dengan perempuan buta. Dasar isteri plastik!" sinis faridah.

Haura mengelap air matanya.dia bangun daripada terduduk di atas lantai.

"yes. Betul tu anti. Dia bukan isteri betul adam pun. Entah-entah perempuan murahan je! Barang murah biasalah! Hahaha." sinis mel.

Terguris hatinya apabila mendengar ketawa mereka. Haura mengenggam kedua belah tangannya menahan sabar.

"Puan haura.. Saya dah siapkan air. Mari kita ke ruang tamu." pelawa siti. Dia kesian melihat haura yang di hina dariapada tadi.

"apa yang saya dah buat pada datin sampai datin anggap saya ni jijik sangat? Orang macam saya memang tak layak ke jadi menantu datin? Kenapa? Sebab malu?"

"hei perempuan kau pekak ke?! Kau tu miskin! Hodoh! Buta pulak tu. Memang mimpilah kalau nak jadi isteri adam. Kau ingat adam tu tergila ke dekat perempuan cacat macam kau? Dia bawa kau lari pun sebab terpaksa aje. Bukan sayang kau pun. Kau je yang perasan semua tu!" sindir mel.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now