42

21.2K 1.2K 18
                                    

Haura mengesat air matanya. Siti mengemas pinggan dan nasi yang tertumpah di atas meja.

"haura.. Banyakkan bersabar dengan datin ye. Kak siti tak boleh nak buat apa. Kak siti cuma orang gaji je dekat rumah ni." ujar siti.

Dia terasa sedih dengan apa yang haura kena. Yela, baru balik rumah dah kena dera.

"takpalah kak, saya faham." balas haura.

Adam melangkah turun daripada anak tangga. Dia baru sahaja selesai menyucikan tubuhnya. Dia menuju ke arah haura yang duduk di meja makan.

"ha, encik adam. Nak makan?" tegur siti.

Dengar saja nama adam terus haura menggesat air matanya sehingga hilang. Adam mengerut kening apabila melihat nasi berterabur di atas lantai.

"apa dah jadi dekat dapur ni? Ada perang ke?"soal adam.

"tak. Saya terbagi tumpah nasi. Tak nampak." bohong haura,dia tidak memandang wajah adam. Takut jika adam dapat menekanya nangis.

"kau apasal ni? Suara serak semacam aje. Pandang aku!"

Adam menarik dagu haura, menyuruh haura menatapnya. Wajah haura kelihatan merah seperti baru lepas di tampar.

"kenapa pipi merah ni?"

"takda apalah. Jangan risau. Kak siti tolong saya naik atas."

Baru saja haura ingin bangun melangkah pergi, adam sudah menarik haura.

"cakap dengan aku apasal ni? Siapa buat kau? Mama?"

"ish, takdalah. Lepaslah awak. Saya nak naik atas."

"aku takkan lepaskan kau selagi kau tak cakap dengan aku. Kenapa dengan pipi kau?" ugut adam.

Haura mengeluh kecil. Dia masih enggan tidak mahu memberitahu adam.

"okay. Aku tanya kak siti. Siti, kenapa dengan haura?" soal adam. Dia memandang siti pula.

Siti tersengih, dengan membelek kain buruk di tangan.

"aku tanya kau kenapa dengan haura yang kau tersengih kenapa?! Cakaplah!"

"da..datin faridah.."

"awak takda apalah awak.. Tak payah buat hal lah." haura mencelah.

"kau diam. Kenapa dengan datin faridah?"

"di.. Dia.. Dia sumbat nasi dalam mulut haura banyak-banyak. Le.. Lepas tu dia tampar haura."ujar siti.

Terpaksa menceritakan segalanya. Adam mengangguk faham. Adam terus menarik tangan haura menuju ke arah bilik faridah.

"awak tak payahlah! Dia mama awak! Jangan buat macam ni!"

"buat macam apa?! Kau kena lempang macam ni masih nak tunduk? Huh?!" bentak adam.

Haura menahan kakinya. Dia tidak mahu pergi ke bilik faridah. Adam memberhentikan langkah.

"kau pahal?! Ikut je lah aku!"

"saya tak nak awak gaduh dengan mama awak! Tolonglah.. Jangan disebabkan saya. Awak dengan mama awak bergaduh! Saya tak nak jadi perosak keluarga orang."

"perosak keluarga?! Kau tahu tak mama buat semua tu sebab dia nak kau mintak cerai dekat aku! Aku tak nak nanti.. Kau dah tak tahan dengan mama lepastu kau nak berpisah dengan aku." bentak adam.

"apa beza kita bercerai ataupun tak? Saya rasa sama aje. Awak takda hati dekat saya dan awak pun tak suka saya. Jadi tak perlu nak marah mama awak." degus haura.

"Oo.. Maknanya, kau redha dengan apa yang mama buat sebab kau nak berpisah dengan aku?"

"tak awak. Saya tak kata pun macam tu. Saya cuma.."

"kau ingat aku akan ceraikan kau ke? Kau dengar sini haura. Aku takkan ceraikan kau walau apa pun terjadi. Kau nak aku biarkan kau kan? Okay! Lepasni kalau mama buat lebih teruk dekat kau, memang padan muka kau! Aku takkan tolong kau lagi! Dan masa tu.. Kalau kau merayu dengan aku minta cerai. Jangan harap aku ceraikan kau!" ugut adam.

Dia terus melepaskan tangan haura, adam melangkah pergi daripada situ meninggalkan haura. Bahu haura di langgar kasar, mujur tidak jatuh.

Siti meletakkan haura perlahan lahan duduk di atas sofa. Haura mengesat air matanya yang tidak henti jatuh.

"terima kasih,kak siti." ucap haura.

"sama-sama. Sudahlah haura. jangan menangis macam ni. Kak siti.."

"siti!" panggil adam yang tercegat di depan pintu.

"ye encik adam?"

"keluar!" arah adam, tegas. Siti mengangguk kepala. Dia melangkah keluar daripada bilik adam.

Adam menutup pintu biliknya, dia melangkah ke arah haura. Dia duduk di ruang kosong sebelah haura.

"sorry." ucap adam, ringkas. Haura hanya mengangguk kepala.

"Awak takkan faham. Saya buat semua ni untuk awak. Untuk family awak. Kalau saya biarkan awak marah mama awak. Kemungkinan besar mama awak lagi benci saya. Saya cuma menantu. Menantu yang tiada restu mak awak. Saya tak nak.. Hubungan awak dengan mama putus disebabkan orang buta macam saya." luah haura.

"sejujurnya saya tak nak hidup macam ni. Tapi disebabkan saya dah kawin dengan awak. Saya terima segalanya.saya terima layanan mama awak biarpun..teruk sekali layanan dia. Awak janganlah anggap saya nak berpisah dengan awak. Saya tak terniat pun nak ucap perkataan berpisah dalam hubungan kita. Walaupun kita ni cuma pura-pura. Saya cuma nak cakap yang.. Kalau awak dah puas berlakon. Dah puas segala-galanya. Awak boleh lepaskan saya. Tapi kalau awak tak nak lepaskan.. Saya tak kesah. Saya sanggup bertahan hidup macam ni." ujar haura.

Adam hanya mendengar sahaja aoa yang dikatakan haura. Tanpa sedar dia juga turut menitiskan air mata. Haura bukan seorang pendendam seperti wanita lain. Adam mengesat air matanya.

"yela. Aku faham kau. Jangan nangis macam ni. Aku janji aku takkan biarkan mama dera kau lagi. Dan aku janji takkan marah mama." ujar adam.

Haura tersenyum. Adam mengambil kotak tisu di atas meja, lalu menarik beberapa helai tisu dan mengelap air mata haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now