24

24.1K 1.2K 53
                                    

Adam menolak pintu bilik dengan perlahan, haura sudah terjaga daripada tidur. Dia sedang duduk memakan buah epal yang sudah siap di potong. Adam tersenyum.

"awak pergi mana?" tegur haura. Baru bunyi pintu dia sudah tahu siapa datang. Adam meletakkan buah tangan di atas meja.

"sana sikit." pinta adam, haura bergenjak sedikit memberi ruang untuk adam duduk disebelahnya.

"kau betul-betul nak aku ceraikan kau?"soal adam.

Haura mengangguk. Adam memeluk bahu haura, dia memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada orang.

"aku takkan ceraikan kau." bisik adam pada telinga haura.

Haura mengerut kening.

"tapi kenapa? Bukan ke ini yang awak nak?" soal haura.

Adam tersenyum. Memang itu yang dia mahukan dahulu. Tapi bukan sekarang.

"apa pun alasan kau. Aku takkan ceraikan kau. Faham?"

Haura menolak adam ke tepi. Sikit lagi adam mahu jatuh, mujur dia tinggi. Sempat mencecah lantai.

"kau ni pahal tolak-tolak? Aku tolang kau karang sampai esok tak bangun baru tau!" ugut adam.

"awak dah gila ek? Kalau awak tak ceraikan saya. Awak takkan boleh kawin dengan zulaikha. Sebab saya darah daging yang sama!" degus haura.

"haihh.. Susah betul dapat isteri lurus Bendul macam kau. Dah lah buta, bendul pulak tu! Kalau aku dah kata tak nak ceraikan kau.. Dah Confirm lah aku tak nak dekat zulaikha." ujar adam.

Haura tergamam mendengarnya.

"ke.. Kenapa? Zulaikha buat apa dekat awak sampai awak jadi hilang ingatan ni?"

"sejak bila pulak aku hilang ingatan? Aku normallah! Salah ke aku nak cintakan isteri aku? Aku nak protect kau. Aku tak nak kau sakit."

"apa maksud awak? Saya bukannya ada musuh pun."

"heh? Takda musuh? Iye ke? Bukan berlambak ke musuh kau kat luar sana?" teka adam.

Haura terdiam. Dia menunduk kepala. Adam tersenyum menyenget.

"kau nak cerai dengan aku pun sebab mama dengan mel kan?" teka adam lagi.

"ma.. Mana ada. Saya minta sebab.."

"tak payah tipu diri kau lah haura. Kau sebenarnya takut kan? Takut dengan mak mertua yang hampir bunuh menantu sendiri. Kau jangan risaulah, aku baru lepas tampar mel tadi dekat mall. Nak harapkan kau cerita. Memang sampai kiamat kau takkan bagitau. Sebab kau penakut!" ujar adam.

Haura tidak membalas apa. Hanya bermain dengan jari jemari. Adam merapatkan sedikit jarak mereka. Tangan haura digenggamnya, adam menunduk sedikit wajahnya melihat haura.

"Aku janji akan jaga kau. Aku nak tebus balik silap aku. Izinkan aku jadi suami kau." ucap adam.

"buat masa ni memang kau akan anggap aku main-main. Tapi, insyaallah. Kau akan lupakan semua tu." sambungnya lagi.

Mamat ni kejab baik kejab garang, aku pelik betullah. Dulu beria suka dekat zulaikha, lepastu tak nak pulak. Takut zulaikha kena pukullah tu. Omel hati haura.

"Anti!!" mel berlari anak ke arah faridah yang sedang memberi makan ikan. Tergedek-gedek jalan maca itik. Menyampah!

"kenapa mel?"

"anti tengok apa adam buat dekat mel? Sakit tau!" rungut mel, menunjukkan kesan merah pada pipinya.

"ya Allah. Adam ni memang melampaulah! Apalah perempuan tu hasut sampai dia sanggup tampar mel."

"tu lah anti. Mel tak sangguplah lama-lama macam ni. Bila nak pisahkan diaorang?"

"ish, asyik idea anti aje. Kamu pun fikirlah sikit!"

mel mula berfikir rancangan. Lama pulak tu. Faridah mengeluh kecil.

"lembablah kamu ni mel, cepatlah si.."

"daripada kamu rancang untuk runtuhkan rumah tangga orang, baik rancang untuk hidup sendiri" anuar mencelah.

Dia melangkah ke arah mereka berdua. Masing2 merapatkan diri dan menunduk kepala.

"sanggupkan? Buat macam tu pada menantu? Sedar tak apa yang kamu buat?"

"buat apa? Sa.. Saya tak buat apa pun dekat dia."

"jangan menipu, yang. Awak kena terima hakikat yang haura tu menantu awak! Jodoh anak kita. Tak baik buat macam tu pada haura. Awak sanggup tengok anak awak lari rumah satu hari nanti sebab perangai awak?"

"adam takkan lari sebab saya yang besarkan dia! Haura tu bukan menantu pilihan. Ni! Mel ni pilihan saya!" degus faridah.

Anuar menggeleng kepala. Mel hanya tersengih nampak gigi. Tidak sangka faridah akan membelanya.

"dan mel bukan pilihan saya.." balas anuar dan terus melangkah pergi. Ternganga mel mendengarnya. Berani orang tua tu kata aku macam tu? Dasar tak sedar diri!

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now