37

21.8K 1.2K 87
                                    

Haura meraba apa yang ada di atas meja, dia terasa seperti ada plastik yang di isi beberapa biji seperti berbetuk bujur. Dia mengambilnya dan menghidu. Ubat rupanya.

"awak dah makan ubat belum?"soal haura.

"aku paling benci makan ubat."

"laa.. Awak tak makan daripada semalam ke?" soal haura.

"tak." balasnya ringkas.

Haura terus membuka plastik itu dan mengambil sebiji ubat yang berbetuk pill. Lalu di hulurkan pada adam.

"makan!" arah haura.

Adam menutup mulutnya serta menggeleng kepala. Tanda tidak mahu.

"aku tak nak!"

"saya kata makan! Makanlah! Awak nak cepat keluar ke tak?"

"aku kata tak nak! Berdosa kalau kau lawan cakap suami kau tau tak?!"

"kesah apa saya?! Makan!"

Haura terus menarik kepala adam dan memaksa adam membuka mulut. Malah adam boleh pula melawan. Dia menepis tangan haura yang cuba menyuap ubat, namun haura tetap tidak mengalah.

"saya kata makan je kan? Bukan nak racun awak pun!"bentak haura.

Adam terus melompat turun daripada katil dan berlari menyorok di belakang langsir.

"ish, dia ni main sorok-sorok pulak! Cepatlah awak! Telan je bukannya mati pun!"bentak haura.

Mentang-mentang aku buta dia main teka teki dekat aku pulak! Apa? Dia ingat aku nujum pak belalang boleh teka dia dekat mana?!

Pintu di ketuk beberapa kali, lalu seorang wanita berbaju putih menolak pintu itu dan melangkah masuk dengan membawa dulang berisikan sepinggan nasi berlaukkan sayur serta ikan goreng dan semangkuk sup.

"eh? Encik adam kenapa menyorok dekat.."

Baru sahaja wanita itu ingin menghabiskan kata-kata adam sudah membuat isyarat diam. Tangan di mulut.

"ha, nurse! Suami saya dekat mana ek?"soal haura.

"suami akak dekat.."

Wanita itu memandang adam, adam menjegilkan matanya dan menarik tangan mengelilingi leher tanda amaran. Kalau kau bagitau aku kelar leher kau! wanita itu menelan air liur.

"err.. Saya keluar dululah. Ini makanan untuk encik adam." degus wanita itu.

Dia meletakkan makanan dan terus beredar.

"eh? Nurse! Suami saya dekat mana?! Ish, awak ni sajakan? Susah betullah dapat lelaki poyo macam awak ni. Awak yang sempurna ni lagi susah nak jaga daripada orang buta macam saya!" bebel haura.

Adam melangkah keluar daripada langsir itu, dia berjalan senyap-senyap seperti seorang pencuri. Menuju ke meja makan khas yang disediakan.

"awak ni kalah budak-budak tau! Dah besar panjang pun takut nak makan ubat. Silap-silap nak mati dulu kot baru makan!"

Sedang haura membebel tentang dirinya, adam pula sedap menjamah makanan yang dihantar oleg wanita tadi.

"hei awak dengar tak apa saya cakap?! Ke awak dah keluar? Awak?! Woi!" jerit haura.

Adam tidak menyahut. Malah meneruskan makan. Dia mahu ketawa tapi di tahan.

"okay, fine! Lantak awak lah." haura meletakkan semula ubat itu ke tempat asal.

Dia memeluk tubuh dan melabuh punggung diatas katil adam. Haura mencebik mulut.

"merajuk lah tu.."bisik adam.

Dia mengangkat pinggannya menuju ke arah haura. Dia menceduk nasi berserta isi ikan lalu di suarkan pada haura.

"dengar kau membebel.. Kenyang aku." ujar adam.

Haura menepis tangan adam yang menyuarkan makanan dengan lembut.

"eh? Merajuk pulak budak ni. Alaa.. Ubat tu nantilah aku makan. Aku bukannya sakit teruk mana pun." ujar adam.

Adam melabuh punggung di sebelah haura. Dia merapatkan sedikit jaraknya dengan isterinya.

"aku janji.. Kalau kau makan. Aku pun akan makan ubat."

"tipulah.. Orang macam awak bukan boleh percaya sangat."

"Betullah. Nah, makan sikit. Aku suap kan.. Kita sama-sama sakit. So kena bertolak ansur." ujar adam.

Tahu pulak kau bertolak ansur. Yang dia lari tadi kenapa? Nasib aku buta je adam. Kalau tak memang kena kau ni.omel haura di dalam hati.

"cepatlah, termenung apa pulak? Buka mulut!" arah adam.

Haura pun mengangakan mulutnya, adam terus menyuap nasi itu ke dalam mulut haura. Eh kejab? Lain macam rasa nasi ni.. Belum kunyah dah lembik.

"sedap tak bekas makanan dalam mulut aku?" sindir adam.

Tergamam haura mendengarnya. Aku dah telan baru kau cakap?! Adam ketawa besar.

"pengotor lah awak ni! Eeii!! Benci tau!!" bentak haura dengan memekul lengan adam berkali kali. Namun sikit pun tak terasa.

"aku dah sehari tak gosok gigi kau apa tau?"

"apa?!!"

Haura terus melompat turun daripada katil. Dia terus berlari ke arah tandas ingin menuntahkan semula makanan. Ketawa adam melihat gelagat isterinya.

"baru kau tahu penangan air mulut suami." ejek adam.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now