54

21.7K 1.1K 71
                                    

Adam menjamah lauk pauk yang telah di hidangkan di atas meja. Hanya dia seorang saja makan, langsung tidak menunggu haura. Mungkin lapar sangat agaknya.

"mana adam ni? Awak!" jerit haura, mencari adam di dapur.

Adam memandang haura yang mencarinya, hanya jarak lima tapak aje.

"aku kat sini lah." balas adam, dengan keadaan nasi penuh di dalam mulut.

"laa.. Dah melantak awal rupanya. Baru nak ajak makan."

"nak tunggu kau mandi. Esok lusa baru aku makan." sinis adam.

Haura mencebik. Dia menarik kerusi yang berdekatan dengan adam, lalu melabuh punggung di situ.

"kau tak makan ke?" tanya adam.

"kejab lagi saya makan. Awak makanlah dulu." ujar haura.

"kau jangan nak mengada. Kau tunggu amar kan?" tuduh adam.

Haura mengeluh kecil.

"sejak bila pulak saya tunggu dia? Dia bukan ada dekat rumah pun hari ni. Dia pergi kerja. Haihh.."

"ye ke? Tak kesahlah. Aku nak kau makan. Nanti perut kosong siapa susah? Aku jugak." degus adam.

Haura pun bangun ingin mengambil pinggan, namun adam sudah menarik tanganya dan kembali duduk.

"dah kenapa awak ni? Tadi suruh makan."

"yup! Tapi aku nak kita kongsi. Nampak sweet sikit."

"banyaklah awak punya sweet. Menyampah ada lah! Entah-entah awak nak buat macam dekat hospital haritu. Awak jangan ingat saya dah lupa."

"ish,tak lah. Aku tak buat macam tu dah. Berkat tau kongsi makanan dengan suami."

"yela, yela! Janji ek tak buat macam tu."

"iye aku janji."

Fatimah melangkah ingin ke dapur. Namun langkah terhenti apabila melihat sepasang suami isteri yang mesra. Tersenyum fatimah melihat adam menyuapkan haura makanan.

"awak jenguk apa?" tegur farid membuatkan fatimah tersentak.

"ish, terkejut saya! Saya tengok tu ha! Bahagia betul anak kita tu kan bang? Kenapalah zulaikha tolak cinta dia dulu?"

"benda lama tak payahlah nak ungkit. Dah memang jodoh haura dengan adam."

"tapi abang rasa.. Adam ada perasaan lagi tak dekat zulaikha?"

"kalau dah macam tu layanan adam dengan haura. Maknanya dia dah lupakan kah tu memori dia dengan zulaikha." ujar farid.

"tapi.."

"tak payah nak tapi-tapi sangat, mana kunci motor saya?"

"ish, awak ni.. Kunci motor pun tanya saya."

Fatimah pun melangkah pergi mencari kunci motor untuk farid. Sementara itu, farid pula yang memerhatikan haura dan adam.

"teringat pulak aku dekat ex lama dulu. Macam tu lah sweet dia. Manisnya.."

"ABANG!!"

"Ish, iye! Sabar kejab!"


Faridah menuju ke arah anuar yang duduk di tepi kolam renang. Pelik apabila adam tidak pulang ke rumah sejak semalam lagi.

"abang. Adam mana? Dah dua kali dia keluar tak bagi tau saya! Semalam dia oergi kerja langsung tak balik rumah. Risaulah saya."

"nak risau buat apanya? Anak awak balik kampung. Dia kata nak temankan haura. Biasalah, dia rindukan isteri dia." ujar anuar.

"rindu? Biar betul? Baru sehari berpisah nak jumpa balik?"

"itulah namanya sayang. Dia risau dekat haura. Anak kita tu dah besar. Tabylah dia jaga diri."

"tapi kenapa dia tak bagi tau saya dia balik kampung?"tanya faridah.

"sebab dia nak cepat. Saya tengok semalam dia kelam kabut nak balik kampung. Kenapa? Awak dah janji dengan mel nak bagi anak kita keluar dengan dia? Mentang-mentang haura takda.. Awak nak satukan adam dengan mel. Macam tu?"

"ish,takkanlah saya nak buat macam tu. Awak ni pun.. "

"heh, awak kan sanggup buat apa saja demi mel." sindir anuar.

Dia bangun lalu melangkah pergi. Faridah mengetap bibir, terasa dengan kata-kata anuar tadi. Memang betul pun dia nak satukan adam dengan mel.


Haura menampar lengannya yang di gigit nyamuk. Adam melangkah ke arah haura yang duduk di tangga rumah.

"apasal kau suka duduk sini? Bukannya kau nampak pun pemandangan dekat luar ni."

"siapa kata? Saya boleh rasa melalui sini."

Haura menunjukkan pada hatinya. Adam tersengih.

"hek eleh. poyo lebih kau ni."

"betullah. Saya boleh bayangkan apa yang ada depan saya melalui hati. Orang macam saya ada satu sifat iaitu boleh meneka dengan tepat. Kalau tak.. Takdalah wujudkan pelukis buta dalam dunia ni." ujar haura.

Adam mengangguk setuju.

"maknanya kau boleh teka suami kau rupa macam mana? Kau Agak-agak aku ni handsome tak?"

"mana lah saya tau. Saya tak pernah sentuh muka awak. Jadi saya tak dapat teka. Kalau boleh saya nak sangat tengok muka awak. Tapi tak boleh. Semua tu cuma mimpi aje." ujar haura.

Adam terdiam mendengar kata-kata haura.

"kau series ke nak tahu muka suami kau macam mana?" tanya adam.

Haura mengangguk kepala. Adam tersenyum. Dia mendekatkan jaraknya dengan haura. Kedua belah tangan haura di capainya lalu dia meletakkan pada wajahnya.

"teka lah rupa aku."

Haura tersengih apabila adam mempelawanya untuk meneka wajah suaminya. Haura menyentuh wajah adam dengan lembut, menghayati setiap sentuhannya. Adam memejamkan matanya, dia rasa tenang dengan sentuhan haura. Haura menarik kembali tangannya setelah puas meneka.

"so? Apa yang kau dapat teka?"

"awak memang handsome." ringkas jawab haura.

"itu je?"

"rupa awak memang betul-betul handsome. Beribu perempuan nak kan lelaki macam awak. Saya dapat tahu yang awak berkulit putih, bibir awak merah elok. Muka pun bersih, kening awak pun teratur.." ujar haura.

Adam tergamam seketika. Memang tepat tekaan haura. Sememangnya adam memang berkulit putih dan menjadi idaman wanita lain. Tapi macam mana haura boleh tahu setiap perkara itu hanya dengan sentuhan?

"hebat betul kau ni."

"haha. Takda lah. Saya dah belajar, jadi saya tahu nak teka." jawabnya.

Adam mengangguk faham dan tersenyum. Dia mencuit sedikit hidung haura. Membuatkan haura ketawa kecil.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now