99

22K 907 25
                                    

Hari berganti malam, adam hanya duduk di halaman rumahnya yang di penuhi dengan pokok bunga dan kolam ikan.

Gambar haura di dalam bingkai, dia peluknya.

"adam. Kenapa duduk luar?" tegur anuar.

Dia melabuh punggung di kerusi sebelah adam. Adam hanya tersenyum.

"saja,pa. Nak ambil angin malam." ujar adam.

Anuar mengangguk kepala, faham. Adam mendongak memandang langit.

"pa.. Baru sekarang adam sedar kenapa papa tak bagi adam ceraikan haura. Memang tepat sekali, haura adalah perempuan yang paling baik yang adam pernah kenal. Nasib baik papa dah tegur adam, kalau tak. Mesti adam akan terlepas orang yang paling penting dalam hidup adam." ujar adam.

Anuar tersenyum mendengarnya.

"alhamdulillah, kalau itu yang adam katakan sekarang. Memang itu yang papa harapkan selama ni."

"tapi adam ni bodoh kan, pa? Adam tak fikir pun dulu yang haura tu isteri adam. Sibuk nak kejar zulaikha Sedangkan dia dah tinggalkan adam. Haura depan mata adam buat macam sampah je."

"tak baik cakap macam tu adam. Adam tak boleh hina diri adam sendiri. Papa cadangkan lebih elok adam pergi solat dan berdoa kepada Allah supaya jumpa haura." ujar anuar.

Adam mengangguk setuju. Dia meletakkan gambar itu diatas meja bulat, lalu bangun melangkah masuk ke dalam rumah.

Hari pun berganti pagi, faridah menonton rancangan yang dimainkan di tv.

"Anti!!" sapa mel, dengan nada gembira. Dia melangkah ke ruang tamu.

"mel? Rindu betul anti dekat mel."

"mel pun rindu,anti."

Mereka berlanggar pipi seketika, mel melabuh punggung di sofa. Faridah memandang kotak kek yang di pegang mel.

"wau, untuk adam ke tu?"

"yup! Dia tak sempat suapkan mel, so sebagai ganti dia kena suapkan mel makan hari ni. Perempuan buta tu punya pasal majlis hari jadi adam terpaksa di batalkan."

"haha. Biarlah dibatalkan pun asalkan perempuan tu dah tinggalkan adam jauh daripada sini." ujar faridah.

Mel mengerut kening.

"tinggalkan adam?"

"yes. Haura dah larikan diri. So kita tak boleh sia-siakan masa ni. Mel kena pikat adam."

"what? Are you serious, anti? Adam ada tak? Mel tak sabar dah ni!"

"ada dekat dapur, tengah sarapan. Pergilah."

"okay anti. I pergi sekarang. im so excited!!"

"go, mel! Go! Good luck!" sokong faridah.

Tergedik mel bangun berlari menuju ke dapur ingin mencari adam. Tersenyum puas faridah apabila apa yang dia minta semalam ini terjadi juga.

Mel melangkah ke arah adam yang sedang menjamu roti coklat bersendirian. Dia menuju ke arah adam, dan malabuh punggung di sebelah kerusi adam.

"hai you. Semalam you sampai hati tinggal i. Sayang you tau tak i risau sangat semalam sebab you nampak gelisah je." ujarnya.

Mel meletakkan kotak kek itu di atas meja, tangan mengurut bahu adam. Namun di tepis.

"kau nak apa lagi mel? Apa yang belum cukup bagi kau? Kau faham tak aku tak nak kau. Jadi sila terima kenyataan yang aku takkan terima kau sampai bila-bila." degus adam.

Mel menjeling.

"what ever, i ada belikan something untuk you. Kek coklat. Yela, kalau isteri sendiri tak boleh belilan kek, biar i aje yang belikan."

Mel membuka kotak kek coklat itu, kek yang sudah siap di potong di tolak ke arah adam.

"sayang.. Semalam you tak sempat pun suap i." rungut mel dengan nada manja.

"sorry, aku dah lambat."

Adam mengambil kod baju berwarma birunya yang di sangkut di kerusi, dia terus bangun ingin pergi namun mel sudah menarik tangannya.

"sayang, pleaselah. Kenapa you tak pernah nak layan baik pada i? Apa salah i? Sayang... I sayang you sangat-sangat."

Adam menghembus nafasnya. Dia kembali mengundur ke belakang. Kek coklat di ambil satu, mel sudah siap mengangakan mulutnya.

Adam tersenyum jahat,dia terus menyumbat kek itu penuh ke dalam mulut mel. Habis comot bibir mel terkena coklat cair. Mujur tak tercekik.

"aku tak pernah mintak pun kau sayang aku daripada dulu sampai sekarang. Kau punca haura lari daripada aku! Kau jangan ingat dia dah jauh daripada hidup aku,kau boleh takel aku. No way, itu semua cuma mimpi. Sedar sikit kau tu cuma betina gatal yang mata duitan. Kau kalau nak orang kaya sangat, kau pergi dekat pak arab dekat dubai."

Sindir adam dan terus menyambung langkah pergi. Mel meludahkan kek itu ke lantai, dia mengelap mulutnya yang comot. Hatinya sudah panas.

Mel terus mengejar adam.

"hei, adam! You ingat haura tu bagus sangat ke?! Dia tu pun sama je lah dengan i. Dia nak kawin dengan you pun sebab harta. Setakat perempuan cacat tu berlambak dekat pusat O.K.U! Dasar perempuan buta plastik, plus dengan murahan!"

PAP!!

wajah mel di tampar kuat oleh adam. Merah habis pipi kanannya. Adam sudah lama menahan geram apabila mel menghina haura begitu teruk sekali.

"Ya Allah, adam! Kenapa tampar mel?! Adam nak jadi dayus ke? Huh?!" tegur faridah.

Dia menolak roda menuju ke arah mereka.

"perempuan macam ni memang patut bagi penampar. Kalau ikutkan aku nak bunuh aje betina gedik tak sedar diri macam kau. Haura bukan perempuan murahan, kau tu yang perempuan murahan! Plastik! Kalau kau nak tahu,kau lah perempuan paling hodoh aku pernah jumpa." sinis adam.

"sampai hati you naik tangan dekat i hanya disebabkan perempuan buta yang entah dari mana muncul dalam hidup you. You kawin dengan dia pun sebab terpaksa, perempuan upahan yang you dah bayar untuk berlakon sebagai isteri. Entah-entah dia lari sekarang ni pun sebab dah ada lelaki lain yang dah upah dia untuk berlakon jadi isteri diaorang jugak."

"kau memang mulut kurang ajar, kan?!"

Adam mahu saja naik tanga ingin menampar mel, namun dia sabar sahaja.

"aku tak hamaklah nak perempuan macam kau. Daripada sempurna luaran tapi dalam hati tu dah cacat baik aku terima yang kurang luaran tapi hati dia sihat dan suci. Hati kau tu dah jijik! Hitam!" sinis adam.

"adam!" tegas faridah.

Adam menjeling matanya, dia terus melangkah pergi daripada situ. Meninggalkan faridah dan mel.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora