109

25.1K 889 29
                                    

"Pihak atasan dah bersetuju untuk jalankan pembedahan mata. Tapi betul ke puan nak buat pertukaran mata? Sebab.. Untuk jalani hidup dengan mata yang buta bukannya senang." ujar lelaki itu.

Faridah mengangguk kepala, tetap dengan keputusannya.

"saya tetap nak buat pertukaran ni. sepatutnya saya memang dah lama buta. Tapi saya guna cara yang salah untuk saya lihat dunia tanpa saya ingat yang syurga itu lebih indah." balas faridah.

"saya hanya sokong apa saja yang awak buat. Kalau awak buta sekalipun, tak jadi masalah pada saya untuk jaga awak." sokong anuar.

"kalau macam tu bila dato dan datin ingin buat pembedahan?" soalnya.

"kalau boleh secepat yang mungkin."

"boleh kalau nak cepat tapi harga dia agak mahal sikit lah."

"its okay. Tak jadi masalah bagi saya. Demi menantu saya. Demi kebahagiaan anak saya. Saya sanggup." ujar faridah.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"baiklah kalau macam tu. Saya doakan yang terbaik untuk keluarga datin." balas lelaki itu.




Adam meletakkan kunci keretanta di atas meja, dia menarik selimut haura menutup tubuh haura.

"haura.. Tak lama lagi kau boleh tengok aku. Aku pun tak sabar nak kau senyum tengok wajah suami kau, wajah anak kita nanti." ujar adam.

Dia menyelak sedikit rambut haura.

"aku janji aku takkan sakitkan hati kau lagi Lepas kau dah sedar. Esok hari jadi kau, kan? Aku akan teman kau 24 jam. Sebagai tanda minta maaf aku tak jaga kau masa kau sakit." ujarnya lagi.

Adam mengenggam tangan haura, dia menciumnya.

"aku sayang kau.. " ucapnya dengan tersenyum manis.

"adam.." sapa datin faridah. Adam menoleh memandangnya.

Adam melangkah ke arah datin faridah, menolak kerusi roda menuju kearah haura.

"adam.. Tak lama lagi mama buta. Adam terima mama ke?" soal faridah.

"mama. Walau macam mana cacat pun mama. Mama tetap mama adam. Adam takkan pernah bencikan mama. Malah kasih sayang adam sama macam adam jaga haura selama ni." ujar adam.

Datin faridah tersenyum. Dia menyentuh tangan anaknya.

"jaga Haura elok-elok ye. Jangan sakitkan dia, jangan susahkan dia. Haura sekarang dah berbadan dua. Adam kena kerja keras sikit."

"iye, ma. Adam akan jaga haura betul-betul. Dah takda gelaran isteri plastik lagi lepasni." ujar adam.

Faridah mencium pipi anaknya. Tersengih adam.

"anak mama memang baik. Patutlah haura sayang. Haha."

"of course. Anak mama biasalah." sakat adam. Datin faridah ketawa kecil.


Zulaikha melabuh punggung di atas kerusi, mel di bawa keluar daripada lokap. Ganggang talefon di angkat oleh zulaikha begitu juga mel yang ingin berbicara.

"macam mana dengan haura? Dia dah mati ke?"

"mel.. Sudahlah mel. Apasal kau jadi macam ni?"

"aku jadi macam ni sebab perempuan buta tu! Baru padan dengan muka dia. Mesti dia tengah sakitkan? Hahaha."

Zulaikha mendiam. Mel terlihat seperti gila. Wajahnya yang pucat, dengan lingkaran bawah mata yang gelap dan kurus kering.
Tidak nampak seperti mel yang dahulu.

"Yang you diam kenapa? You rasa bersalah ke,huh? Biar perempuan tu mampus je. Baru kita berdua boleh ambil adam."

"mel, haura tak mati lagi. Tapi engkau yang akan kena semua tu. Kau dah bunuh mak ayah kau. Kau kena hukuman gantung mel. Ya Allah.. Lupakan je lah pasal adam mel. Cukuplah."

"aku kena hukuman gantung?"

"ya. Takkan kau sendiri tak tahu mel? Kau lupakan je lah pasal adam. Fikir tentang hidup kau mel."

Mel tergamam. Dia mengetap bibir. Ganggan terus di hempas ke atas meja.

"kenapa aku kena hukhman gantung?! Aku tak salah!! Perempuan buta tu yang buat aku macam ni!"bentak mel.

Dia mengetuk cermin yang menghalang mereka.

"cukup mel jangan buat macam ni." rayu zulaikha.

"aku benci kau!! Aku benci semua orang! Korang memang tak faham aku! Korang semua patut mampus!!" bentaknya.

"hei, berhenti!!"

Dua orang polis menahan mel berbuat begitu, tangannya di silang ke belakang dan di heret kembali masuk ke dalam lokap.

"aku akan pastikan keluarga kau mati! Lebih-lebih lagi perempuan buta tu!" ugut mel.

"hei, cukup! Berhenti melawan!!" jerkah polis itu apabila mel tidak mahu bergenjak daripada situ.

"kau dengar sini.. Kalau aku mati sekalipun, ada orang lain yang akan berdendam dengan haura. Kau jangan ingat hidup diaorang akan aman. Sampai Bila-bila aku akan pastikan perempuan tu terseksa!!"

"cukuplah..mel, bawa mengucap.. " pujuk zulaikha.

"kalau aku tak boleh dapat adam, takda siapa bakal dapat adam!"bentaknya.

Buk!!

Wajah mel di tumbuk oleh polis itu. Berdarah bibirnya.

"bawa dia masuk dalam!" arah polis itu, tegas.

Mel kembali di heret masuk ke dalam lokap. Zulaikha menggeleng kepala. Tidak sangka sampai gila jadinya mel mahukan adam.

"aku harap kau sempat bertaubat mel."

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Där berättelser lever. Upptäck nu