9

22.9K 1.3K 85
                                    

"Anti!! Betul ke apa yang mel dengar? Adam tak jadi kawin dengan mel?" soal mel dengan nada tidak puas hati.

Faridah tersengih, tangannya sudha menggeletar. Takut untuk menjawab soalan itu.

"Err.. Bu.. Bukan anti tak nak bagitau. Masalahnya, anti pun tak boleh nak buat apa."

"apa yang tak boleh?! Anti nak ke menantukan seorang perempuan buta? Eeii.. Jijiklah!"sinisnya.

"anti tak nak pun perempuan tu! Tapi dato tu yang suruh adam kawin dengan perempuan buta tu. Sebab.. Adam dah sentuh dia."

"WHAT?! mel macam tak percaya adam sentuh perempuan? Dia nak sentuh kuku mel pun tak nak inikan si buta tu?"

"anti pun tal percaya tapi benda tu dah viral! Takkan kamu tak tau?"

"gambar? Gambar apa anti?"

"gambar dia peluk, cium perempuan tu lah!"


Adam dan haura kini berada di mall. Adam mengeluh kecil menunggu haura yang berjalan lambat. Bising pula mendengar bunyi tongkat yang di ketuk pada lantai, orang yang lalu lalang di situ hanya memerhatikan haura. Malu pula rasanya.

"haihh.. Perempuan ni.. "adam kembali menuju ke arah haura yang menjauh ke belakang. Dia terus merampas tongkat itu.

"kau ni jalan lambat lah. Pegang aku!"

"tak nak!"

"hei, kau tak semua orang tengah tengok kau. Aku yang malu bukan kau!"

"padanlah muka. Siapa suruh bawa saya datang sini?"degusnya. Adam menjeling.

"kau ni nasib baik buta je tau aku hormat. Kalau tak.. Memang teruk aku kerjakan!" sindir adam.

Dia menoleh sekilas ke arah pintu masuk yang tidak jauh daripada mereka. Ada beberapa wartawan sedang menuju ke arah mereka berdua. Adam sudah cemas. Pasti mereka mahu menemu ramah.

"lari haura!"
Adam terus menarik tangan haura berlari pergi daripada situ.

"Encik adam!! Tunggu kami!" jerit salah seorang daripada wartawan tersebut. Namun adam tidak mempedulikannya. Dia terus berlari.

"kita nak ke mana ni? Iye pun perlahanlah sikit.."

"kau diamlah. Kita menyorok dekat sini!"

adam terus berlari masuk ke satu tempat. Kedengaran seperti pintu di tutup kuat. Tempat yang sempit, dan ada bunyi pam tandas. Haura mengerut kening.

"kita menyorok dekat mana ni?"soal haura.

"tandas lelaki."

"apa?! Ak.. Awak.. Bawa.. Ish! Saya nak keluarlah!"degus haura. Dia cuba membuka pintu namun adam menariknya semula.

"tak payahlah! Tunggu je lah sini.. Bukan aku nak kencing pun. Kalau aku kencing sekalipun bukan kau nampak!" sindir adam.

"tak kesahlah. Orang nampak nanti macam mana?"

"pandai2 lah aku cover."balas adam.

Haura memeluk tubuh, dia bersandar pada dinding. Tiba2 dia terdengar ketukan pada pintu.

"hello, saya nak cuci tandas. Lama lagi ke nak guna tandas?"tegur suara wanita pencuci tandas itu. Adam sudah kaku seketika.

"awak? Macam mana ni?"soal haura secara berbisik.

Adam memikirkan sesuatu. Dia membuka kod hitam miliknya lalu menutup kepala haura. Cermin mata hitam yang disangkut pada poket di pakaikan pada haura. Wajah haura terlihat seperti lelaki sedikit.

"jom keluar." arahnya. Adam menarik tangan haura keluar daripada situ. Pelik wanita itu melihat dua orang keluar daripada tandas. Tersengih adam memandang wanita itu.

"adik saya.. Dia terencat. So kena bawak masuk sekali." bohong adam. Wanita itu percaya sahaja.

"ouh.. Bagusnya dapat abang macam awak."

"saya memang bagus. Hehe." balas adam.

Setelah mereka keluar daripada tandas itu harus terus menarik kod itu dan menarik cermin mata yang dipakainya lalu diserahkan semula pada adam.

"tahu pula awak nak lari daripada wartawan ek? Masa awak kiss saya dengan peluk takda pula nak takut?"sindir haura.

"aku lari sebab aku malas nak jawab. Aku akan jawab bila kita dah kawin nanti."

"heh, alasan! Cakap ajelah awak takut nak berterus terang."

"kau diam boleh tak? Karang aku cium kau kat sini tak pasal-pasal demam seminggu!"ugutnya.

Haura memeluk tubuhnya dengan mencebik mulut. Lelaki ini memang tidak pernah malu dengan apa yang dia katakan.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now