97

22K 991 38
                                    

Haura dan amar kini sudah sampai di hadapan hospital. Langkah mereka terhenti apabila terlihat adam berdiri di hadapan pintu masuk.

"kenapa kita berhenti?" soal haura.

"abang rasa kita patut guna pintu lain kot." degusnya.

"Haura!" tegur adam.

Dia terus berlari ke arah haura.

"Haura, apa dah jadi? Jom kita masuk bilik. Kita rawat luka tu." cadang adam.

Dia baru sahaja ingin menarik tangan haura, amar sudah menarik haura ke belakangnya.

"kau apahal?"

"patutnya aku tanya kau apahal. Yang kau sibuk pasal haura kenapa?" soal amar seperti tidak puas hati.

"aku suami dia."

"kau? Suami dia? Heh, suami apa keluar dengan betina lain and tinggal isteri dia yang sakit dekat hospital sorang-sorang?!" bentak amar.

"abang amar cukup.." haura cuba untuk menenangkan keadaan.

"tak. Haura tak boleh bela sangat lelaki tak guna ni! Mentang-mentang haura buta, dia pergunakan haura dia curang belakang haura. Bukan main lagi shopping sakan dengan betina tak cukup kain tu. Abang amar tak boleh biarkan mamat berlagak ni buat haura macam binatang!" sindirnya.

Adam mengenggam buku limanya. Panas betul dengan tuduhan amar.

"baik kau cerai je lah haura daripada kau seksa dia macam ni. Kau tak layak di panggil suami lah adam!" sinisnya.

Adam terus menarik kolar amar, tangan haura terlepas daripada amar. Dia menghentak badan amar ke dinding.

"Kau tak tahu pasal rumah tangga aku. Kau tuduh aku macam-macam depan bini aku?! Kau ingat aku ni jenis lelaki macam kau?! Huh? Ada sebab aku keluar dengan betina yang kau nampak tadi dan haura pun tahu."

"heh, keluar bersebablah kononnya. Kau tahu tak isteri kau hampir kena rogol? Kalau aku takda tadi.. Dah lama isteri kau lahir anak orang lain disebabkan dapat lelaki tak guna macam kau!"

"kurang ajar!"

Buk!!

Adam terus menumbuk wajah amar. Amar menolak adam sehingga ke belakang, dan mulanya pergaduhan mereka buat kali ke dua.

"sudahlah! Ya Allah!"

Haura cuba untuk menghalang mereka, namun dia tidak tahu bagaimana.

Adam kini sudah jatuh ke tanah, amar berada di atasnya dan menumbuk wajah adam berkali-kali. Adam tidak membiarkan begitu sahaja, dia membalas tumbukan itu terkena tepat pada pipi kiri amar.

Amar pula berada di posisi di atas tanah. Giliran adam untuk membalas dendam. Baru sahaja dia ingin menumbuk wajah amar, haura sudah menariknya kebelakang.

"Cukuplah! Jangan jadi macam budak-budak lah nak bergaduh macam ni!" bentak haura.

"apa yang korang nak gaduhkan sangat? Saya bukannya emas pun nak direbutkan macam tu!" bentaknya.

"haura.. Sampai bila awak kena seksa dengan dia?! Lelaki ego macam dia takkan pernah kesah pasal perasaan orang macam awak. Haura kena ingat tu." ujar amar.

"hei, kalau aku tak kesah pasal bini aku dah lama aku buang dia. Kau tak tahu apa yang aku lalui dengan haura. So kau jangan pandai-pandai buat cerita. Macamlah kau tu bagus sangat? Anak dia sendiri pun tak tahu nak jaga."

"hei kau memang.."

"Sudah! Cukup abang amar. Memang betul apa yang adam cakap tadi. Haura yang izinkan dia keluar dengan perempuan tu. Haura sakit, hari ni hari jadi dia. Haura tak boleh nak teman. Jadi tak salah kalau haura nak orang lain temankan suami haura." ujar haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now