81

21.2K 1K 47
                                    

Suraya melangkah menuju ke arah keretanya. Namun, secara tiba-tiba ada dua orang wanita menghalang jalannya iaitu mel dan zulaikha.

"Rasanya jalan ni luas kot? Tak perlu nak halang macam ni." tegur suraya.

"jalan ni bukan bapak kau punya pun. Kau kawan haura kan? So mesti kau tahu Haura dengan adam lari ke mana? Right?" soal mel.

"aku kawan dia. Bukannya mak dia. Manalah tahu diaorang pergi mana. Yang korang sibuk nak tahu kenapa?"

"perempuan buta tu dah banyak menyusahkan hidup orang. Kau nasihat sikit dekat perempuan tu supaya Hati-hati lepas ni. Jangan ingat dia akan dapat adam sampai bila-bila." ujar mel.

Suraya memeluk tubuhnya.

"aku rasa aku kenallah korang berdua ni. Sebab, perempuan gedik macam ni ada seorang je. Iaitu mel. Cukup-cukuplah kacau rumah tangga orang. Dah adam suka haura,kau tak boleh lawan ketentuan Allah."

"kau tak payah nak berlagak alim sangatlah, menyampah aku dengar!"

"kau pun tak payahlah berlagak setan sangat, panas aku bila dekat dengan kau." sinis suraya.

Dia menolak mel ke tepi dan menyambung melangkah pergi. Namun langkah terhenti sejenak, dia menoleh memandang zulaikha.

"kau kakak dia kan? Kau tak sepatutnya join minah gedik tu. Sedar sikit adik kau dah banyak berkorban dekat kau. Dia dah jaga laila, dah tanggung nafkah untuk anak kau. Sepatutnya suami kau yang buat semua tu but.. Entahlah nak cakap macam mana. Harap sangat kau berubah sebelum terlambat."

"rasanya orang macam kau tak layak tegur aku." degus zulaikha.

"sedangkan teguran daripada seorang pelacur pun harus kita ambil inikan pulak aku." degus suraya dan menyambung melangkah pergi.

Zulaikha terdiam mendengar sindiran suraya.

Adam dan haura berjalan kaki di tepi tasik. Pokok-pokok yang besar di bahu jalan melindung mereka daripada terkena sinaran matahari.

"puan haura nak naik basikal?" soal adam.

"tak nampak."

"nak main belon?"

"saya bukan budak kecik."

"nak main layang-layang? "

"tak reti."

"hmm.. Nak masuk zoo?"

"busuk."

"nak jogging?"

"Penat."

"habis kau nak apa? Baik duduk hotel aje. Tak payah nak susah-susah datang sini." soal adam seperti tidak puas hati setelah haura menolak banyak pelawaannya.

"manalah saya tahu. Awak yang bawak saya datang sini. Bukan saya yang mintak."

"betul jugak,kan? Kalau macam tu. Kita naik basikal. Jom!"

"awak ni Agak-agaklah. Ke awak saja nak mengejek saya? Saya buta kan? Tumbuk karang apa tak dapat!"

"aku bukan mengejek kau lah. Kau duduklah belakang biar aku kayuh!"

"buatnya awak penat kayuh Lepastu saya pulak jadi mangsa."

"takda lah. Jom lah!"

Adam terus menarik tangan haura ke arah kedai untuk menyewa basikal. Belum sempat apa-apa lagi, dia sudah terserempak dengar amar.

"kau lagi? Memang tak serik lagi ek makan penumbuk aku." degus adam dengan berbisik.

"Comel betul haura.." puji amar juga secara berbisik, dia mahu saja menyentuh dagu haura. Namun adam sudah menamparnya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz