61

20.9K 1K 26
                                    

"What?!! Adam nak pindah? Ish,apa pulak perempuan tu hasut adam. Macam mana mel nak pikat dia nanti?"

Mel melabuh punggung di atas kerusi, kaunter. Wajahnya jelas kelihatan tidak puas hati.

Faridah memeluk tubuhnya.

"anti ada plan. Mel janganlah risau. Adam akan jadi milik mel juga." ujar faridah.

"tapi anti..dah banyak plan kita buat tapi semua tak menjadi. Mel fedap lah kalau macam ni."

"ish, sabarlah. Kali ni kita buat something yang boleh buat adam melutut dekat anti." cadang faridah.

Mel mengerut kening.

"macam mana nak buat adam melutut?" soal mel.

Faridah tersenyum jahat. Adakah rancangan mereka yang seterusnya bakal terjadi?



Adam dan haura kini berada di rumah baharu. Suraya juga turut berada untuk membantu haura mengemas barang.

"cantik betul rumah ni. Untunglah dapat suami kaya." puji suraya.

Haura tersengih.

"takdalah. Beli cantik-cantik pun bukannya aku boleh nampak semua tu."

"kau kata dia tak sayang kau? Tapi.. Dia sanggup beli semua ni. Itu maknanya, dia sayang." ujar suraya.

Suraya meletakkan kotak kosong di luar bilik. Selesai sudah mengemas. Haura melabuh punggung di atas katil.

"dia mana sayang haura. Dia beli semua ni sebab haura yang mengadu."

"alaa.. Dia kan mr. Arrogant. Takkan nak mengaku sayang depan kau? Jatuhlah maruah arrogant dia tu." ujar suraya.

Dia melangkah menuju ke arah haura.

"tapi kan.. Aku tak nampak pun barang adam dalam bilik ni? Korang tidur asing ke?" soal suraya.

Haura terdiam.

"sebenarnya.."

"Lama lagi ke korang nak bergosip pasal aku?" tegur adam yang tiba2 muncul di hadapan bilik haura.

"mana ada gosip." bantah suraya.

"ye lah tu. Aku bukan pekak lagi. Dah siap tolong kan? Baliklah."

"ish, berlagak nak mampus! Bukannya nak cakap terima kasih?! Sudahlah haura, akak balik dulu. Duduk sini lagi bertambah dosa."sindir suraya.

Haura menyalam tangan suraya sebelum suraya berlalu pergi. Adam menjeling mata.

"awak ni.. Tak baik cakap macam tu dekat kak suraya. Dia tolong saya kemas barang tau."

"kemas baranglah sangat! Korang gosip pasal aku adalah." degus adam.

Haura menggeleng kepala, malas hendak melayan karenah suaminya yang sombong.

"haura. Aku lapar Nak makan. Pergi masak."
Arah adam.

"eh? Sejak bila awak suka air tangan perempuan buta ni?" soal haura serta menyindirnya.

Adam mula panas hati.

"suka hati kau lah!" adam terus melangkah masuk ke dalam Bilik.

Haura tersentak mendengar pintu di hempas kuat.

"haih? Merajuk ke? Aku gurau je tadi. Hati tisu betul." ejek haura.


Tok! Tok! Tok!
Pintu di ketuk beberapa kali. Adam pun menarik tombol pintu, terlihat haura berdiri dengan memegang sepinggan nasi berlaukkan ayam masak kicap.

"apasal kau masak? Aku mana layak nak makan masakan kau."

"poyo lah awak ni! Saya gurau je tadi. Tak payahlah ambil hati sangat. Saya dah masakkan untuk awak kan? Makanlah.." pujuk haura.

Haura menghulurkan pinggan itu pada adam. Namun adam tidak mahu mengambilnya, dia memeluk tubuh.

"kau makan je lah. Aku dah kenyang!" bentak adam.

Tiba-tiba terdengar perutnya berbunyi menandakan dia lapar. Haura menahan tawa.

"ish, semua salah kau lah ni! Tengok, tak pasal-pasal aku lapar balik!" marah adam.

Adam pun mengambil makanan yang di bawa haura itu, lalu menutup pintu dengan kuat.

Haura terkaku.

"elehh.. Dah lapar tu cakap je lah lapar. Salah aku pulak. Dah lah merajuk mengalahkan perempuan."

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now