94

19.9K 824 27
                                    

Adam menyuap bubur ke dalam mulut haura. Dia menunduk kepala, wajahnya muram sahaja.

"awak okay tak tu? Daripada tadi diam. Ada benda yang saya tak tahu ke?" soal haura.

Adam mengeluh kecil.

"haura. Esok aku mungkin seharian aku tak jaga kau."

"awak pergi mana?"

"mama nak aku bawa mel jalan-jalan." ujar adam.

Haura mengangguk kepala, dia cuba menyembunyikan perasaan kecewa.

"aku minta maaf." rayu adam.

"its okay. Saya tak kesah pun. Saya bukannya siapa-siapa nak halang awak. Lagipun esok hari jadi awak. Memang patut awak bergembira bukan duduk jaga saya dekat hospital."ujar haura.

"tapi aku risau kalau kau sakit. Nanti siapa nak jaga kau?"

"saya boleh call kak suraya. Insyaallah dia boleh jaga saya."ujarnya.

Adam tidak nembalas apa. Dia hanya mengacau bubur yang berada di dalam mangkuk.

Tanpa sedar air matanya menitis jatuh ke dalam bubur.

Maafkan aku haura sebab kecewakan kau. Maafkan aku sebab tak dapat jadi seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isteri dia. Aku terpaksa sambut hari jadi dengan orang yang bukan aku cinta.omel adam di dalam hatinya.

"adam... Awak okay?" tegur haura, menyentuh bahu adam.

Dia mengesat air matanya.

"yes. Im okay. Nak bubur lagi?"

"nak!"

Adam pun menyuap bubur itu ke dalam mulut haura.


               Faridah melambai tangan ke arah mel yang baru saja ingin pulang ke rumah. Anuar hanya menggeleng kepala.

"tak habis-habis layan bakal menantu pilihan awak tu. Bila saya ajak melawat haura dekat hospital tak nak pulak!"

"kan saya dah kata. Haura tu bukan menantu saya. Awak je lah pergi melawat dia. Bukannya saya!" degus faridah.

Anuar tidak membalas apa, dia mengambil rimut dan membuka rancangan tv.

"awak tahu kan esok hari jadi anak kita?" tegur anuar.

"of course! Sebab tu.. Saya dah aturkan semua. Saya buat dinner khas mel dan adam. Diaorang akan 24 jam bersama esok." ujar faridah.

"habis haura macam mana? Siapa nak jaga dia dekat hospital nanti? Awak tolonglah fikir tentang isteri dia jugak."

"Arh! Pandai-pandailah haura jaga diri. Lagipun sehari aje."

"astaghfirullah hal azim.. Awak, esok hari jadi dia. Dia mesti nak luangkan masa dengan haura. Nak sambut sama-sama dengan isteri dia. Awak tak terfikir benda tu? Ya Allah.. Awak dah seksa hati menantu awak tahu tak?"

"heh, memang patut dia rasa semua tu. Siapa suruh dia kawin dengan adam? Awak sendiri kata tak nak sibuk hal saya kan? So? Diam aje lah!" bentak faridah.

Dia terus menolak roda itu menuju ke dapur.

"faridah!"

"apa lagi?!"

"Cukup-cukuplah awak sakitkan haura. Jangan seksa hati dia lagi dengan permainan awak. Jangan sampai satu hari nanti awak menyesal terima mel."

"saya takkan pernah menyesal! Saya tahu apa yang terbaik untuk anak saya!" degusnya.

Faridah masih lagi berkeras tidak mahu mendengar nasihat suaminya. Anuar tidak apa pilihan lain lagi selain membiarkan sahaja apa yang isterinya mahukan.




                  Hari berganti pagi, Adam menyelimutkan tubuh haura sebelum melangkah ke arah suraya.

"tolong jagakan haura untuk hari ni. Aku bayar kau nanti." ujar adam.

"ish, tak payahlah sampai nak bayar. Haura tu kawan aku. Aku tak perlu pun duit tu." bantahnya.

Adam hanya tersenyum. Dia mengalih memandang haura.

"kau sebenarnya sayang ke tak dekat haura? Pelik betullah lelaki macam kau ni." tegur suraya.

"biarlah rahsia."

"alaa.. Aku je kot? Bagitau je lah. Aku takkan bagitau haura. Kalau aku bagitau pun bukan dia percaya sangat. Dia selalu kata kau suka dekat zulaikha." ujar suraya.

Adam hanya berdiam.

"adam.. Jangan jadi sombong sangat untuk luahkan perasaan. Aku tahu, kau takut nak luahkan perasaan sebab tak nak haura tinggalkan kau macam zulaikha buat kan?" teka suraya.

"haura bukan macam tu. Aku kenal dia lebih daripada kau kenal. Daripada dia kaya sampai jadi orang biasa. Perangai dia tetap sama. Kau patut bersyukur sebab dapat haura." sambung suraya lagi.

Adam tersenyum.

"aku dah lama tahu semua tu. Tapi biarlah haura jadi orang pertama yang tahu tentang perasaan aku." ujar adam.

"bila kau nak bagitau dia?"

"bila hari jadi dia nanti."

"okay! Aku pegang kata-kata kau. Sudahlah, nanti minah gedik tu meroyan pulak tunggu kau. jangan risau pasal haura.. Aku akan jaga dia macam kau jaga." ujar suraya.

Adam mengangguk kepalanya, dia pun melangkah pergi daripada situ. Suraya memeluk tubuh memandang haura.

"aku dah cakap adam sayang kau tapi tak percaya! Haihh.." degusnya seorang diri.



             "sayang!!"
mel berlari ke arah adam dan memeluk lengannya. Adam terus menolaknya ke tepi.

"good morning, sayang! I ada belikan you hadiah. Happy birthday!"

Mel menyerahkan kotak jam tangan mahal kepada adam.

"kau simpan je lah untuk kau, berkudis tangan aku pakai nanti." sinis adam.
Dia menolak pemberian mel.

Mel mengetap bibirnya, faridah menolak roda menuju ke arah mereka berdua.

"laa..kenapa tolak hadiah yang mel bagi? Kesian dia dah habiskan duit beli jam tangan untuk adam."

"siapa suruh habiskan? Adam tak minta pun dia beli semua tu." degusnya.

"takpalah anti. Maybe adam just terima hadiah daripada isteri dia je. Mel ni siapalah bagi dia." mel mencelah, buat-buat seperti kecewa.

"bagus pun kau sedar diri! Tak payah aku nak cakap banyak-banyak."

"Adam!" faridah membentak kuat.

Adam hanya menjeling mata dan mengangkat kaki menuju ke keretanya.

"dah pandai kurang ajar sejak kawin dengan perempuan buta tu!"

"alaa.. Biar je lah anti. Mel nak enjoy dengan adam sehari ni. Jumpa lagi! Bye!"

Mel berlanggar pipi dengan faridah beberapa kali sebelum berlari terhegeh-hegeh menuju ke kereta.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now