50

22.5K 1.1K 26
                                    

Semua kerja sudah selesai,adam bersandar pada kerusi pejabatnya. Dia membelek talefon canggih.

"nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak?"tanya adam pada diri sendiri.

Dia melihat talefon yang sedia ada di tangan. Hanya menunggu untuk mendail nombor talefon rumah di kampung.

"Call je lah awak. Saya tunggu." satu suara mencelah.

Adam mendongak melihat ke arah sofa, dia melihat haura yang sedang menongkat dagu.

"hei kau nak apa?! Jangan ganggu aku boleh tak?"

"bila masa papa ganggu adam?" tanya anuar.

Adam tersentap apabila anuar yang duduk di sofa. Dia menggosok matanya dan melihat sekali lagi. Memang anuar.

"bila papa masuk?"

"laa.. Dah lama papa ada dalam bilik adam. Kamu dah kenapa?"

"takda apa pa. Banyak penunggu betul dalan fikiran adam" ujar adam. Dia mengetuk kepalanya.

Anuar ketawa. Dia menggeleng kepala, majalah harian di letakkan ke atas meja. Dia melangkah ke arah adam.

"itu bukan penunggu. Itu mabuk rindu." ujar anuar.

Adam terdiam. Tidak mungkin dia rindu.

"kalau dah rindu. Call aje lah. Nak malu kenapa? Dia bukannya siapa-siapa. Isteri kamu juga."

"tapi baru sehari pa. Takkanlah adam rindu dia."

"Rindu tak kenal masa,adam. Kalau dah sayang, Lepastu berjauhan memang sakit."ujar anuar.

"haura bukan rindu adam pun. Dia lagi seronok duduk kampung ada lah."

"mana kamu tahu yang dia tak rindu? Kamu nujum pak belalang ke, adam? Bukan, kan? Call aje. Haura mesti tunggu kamu call dia. Jangan jadi sombong sangat pada hati kamu sendiri." ujar anuar.

Adam memandang talefonnya. Mungkin betul apa yang anuar katakan. Dia patut menelefon haura.


Talefon rumah berdering kuat, kelam kabut fatimah berlari ke ruang tamu ingin mengangkat panggilan itu.

"siapa ni?" tanya fatimah.

"Assalamualaikum, mak. Ni adam."

"walaikumsalam,laa... Adam rupanya. Ingat siapa tadi. Ada apa call?"

"haura ada?"

"ada. Kejab,mak panggil. Haura!! Ni suami kamu call ni." panggil fatimah.

Haura melangkah keluar daripada bilik, dia baru saja selesai mengurut. Terhegeh-hegeh haura berjalan menuju ke sana.

Fatimah menyerahkan talefon pada haura dan berlalu pergi. Kerusi di tarik lalu haura melabuh punggung di situ.

"assalamualaikum. Ada apa call? Rindulah tu."

"waalaikumsalam. Takda maknanya. Aku call kau sebab nak tanya dah okay ke belum je? Jangan haraplah nak call kau sebab rindu. Termuntah aku!" sindir adam.

"eleh.. Ye lah tu. Ada aje alasan awak."

"betullah. Buat apa aku nak rindu kau? Buang masa aje. Kau dah makan belum?"

"belum. Takda seleralah." rungut haura.

"hei kau jangan macam-macam. Aku hantar kau kat sana supaya kau cepat sihat. Kalau kau tak makan. Nanti sakit siapa susah? Aku jugak!" bentak adam.

Tahu pulak kau nak risau dekat aku. Tapi sombong! Berlagak! Bisik hati haura.

"yela encik adam mikail bin Dato anuar. Saya.."

"haura."

Belum sempat haura menghabiskan kata, amar sudah mencelah. Adam yang mendengar suara amar sudah mula panas.

"abang ada beli nasi ayam. Nak makan sama-sama tak?"

"err.. Takpa lah kot. Nanti je lah haura makan."

"alaa.. Jom lah makan sekali. Nanti sejuk tak sedap. Kejab lagi sambunglah call." pujuk amar.

"okay. Err.. Awak. Abang amar ajak saya makan. Saya makan kejab ek." ujar haura. Meminta izin suaminya terlebih dahulu.

"aku tak izinkan kau makan dengan dia." degus adam.

Haura mengerut kening.

"dah kenapa pulak? Tadi beria suruh orang makan."

"Aku cakap tak boleh. So tak bolehlah, apasal kau degil sangat?!"

"Arh.. Apa-apa je lah. Bye!"

Haura terus menutup panggilan. Saja mahu mengenakan adam.

Tak rindu ek. Kita tengok siapa call siapa. Heh!omel haura.



"Hello? Haura! Woi! Buta! Ish, geram betullah aku. Kau tunggu." adam terus bangun daripada tempat duduknya.

Dia berlari keluar daripada bilik kerjanya. Entah ke mana adam ingin pergi.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now