104

23.4K 866 35
                                    

                "Yang awak tak habis-habis ikut saya ke hulur ke hilir ni kenapa? Rimaslah!" bentak haura apabila adam asyik berkepit sahaja dengannya.

"kenapa tu?" tegur farid.

"adam ni ayah! Saja nak buat haura sakit hati." rungut haura.

"haura.. Adam tu suami kamu. Dia nak kamu baliklah tu. Balik aje lah. Sampai bila kamu nak merajuk macam ni?"

"haura tak nak lah ayah. Pergilah! Awak balik je lah."

Haura menolak adam ke tepi. Farid menggeleng kepala.

"lantak koranglah. Korang dah besar.." ujar farid sebelum melangkah pergi.

"baliklah! Saya takkan balik kl lagi dan saya takkan duduk dengan awak lagi! faham tak?"

"sekarang ni aku suami ke kau suami?" soal adam.

Haura terdiam. Adam menarik tangan haura dengan kasar, pergelangan tangan haura digenggam kuat.

"sakitlah!"

"aku baik-baik dengan kau, kau tak layan aku. Kau nak aku guna cara kasar, aku boleh je!"

"buatlah kalau berani!" cabar haura.

Tanpa berfikir panjang, adam terus mengangkat haura keluar daripada rumah itu.

"mak!! Tolong mak! Adam nak buat benda bukan-bukan!! Lepaslah adam!!"

Haura menembuk dada adam sekuat yang mungkin namun tiada apa-apa respon. Fatimah berlari keluar melihat haura yang terjerit.

"maaf mak! Adam terpaksa buat macam ni. Nak kena heret si dugong ni balik."

"mak tolong haura mak! Haura tak nak balik!"

"ya Allah sampai macam tu sekali haura tak nak balik. Haih.. Kamu ikut je lah adam. Dia suami kamu."

"apa ni mak?! Ish lepaslah!!"

"adam balik dulu ek. Assalamualaikum mak."

Adam memasukkan haura ke dalam kereta. Dia mengunci pintu haura supaya tidak kembali keluar. Haura mengetuk cermin kereta, adam hanya membiarkan saja.

                 
                           Adam memandang haura yang menangis di dalam keretanya. Dia menjeling.

"awak ni jahatlah! Heh!"

"kau yang cabar aku. Aku pujuk kau elok-elok kau layan aku macam sampah, kau ingat aku tak sakit hati? Huh?!"

"sibuk sangat nak saya balik kenapa? Pergilah enjoy dengan perempuan yang awak nak sangat tu!"

"hei, kau ingat aku nak sangat ke bawak kau balik? Kalau kau nak tahu, masa kau takda dekat kl hidup aku bahagia sangat tau. Boleh jalan sana sini, berkepit dengan zulaikha. Tapi mama nak jumpa kau,thats why aku nak kau balik." bohong adam, saja ingin menyakitkan hati haura.

Haura memeluk tubuhnya, dan memaling ke arah lain.

Tadi bukan main kata rindu aku. Lepastu tiba-tiba kata bahagia dengan zulaikha. Dasar tak cukup satu! Omel haura.

"jom makan nak?" ajak adam.

"tak nak! Saya takda mood nak makan." bantah haura.

"apasal? Jeles?"

"takda maknanya saya nak jeles dengan orang macam awak. Kaki perempuan!" sinis haura.

Adam hanya ketawa kecil.

"dah jeles tu cakap aje lah."

"heh, buat apa saya nak jeles? Awak kawinlah berpuluh perempuan sekalipun saya takkan jeles dengan awak. Sikit pun saya tak ambil kesahlah. Buang masa."

"okay. We will see."

                          
                           Siti meletakkan kain basah di atas dahi fairdah lalu melangkah pergi. Tangan anuar digenggam erat, wajahnya pucat kesejukkan.

"abang.. Haura mana bang.."

"adam belum jumpa dia lagi kot. Kejab lagi dia baliklah tu. Awak jangan risau." ujar anuar.

"abang rasa dia terima saya balik tak?"

"Haura tu baik orangnya. Mestilah dia terima awak balik."

"tapi macam mana kalau dia tak terima saya? Saya dah banyak hina dia. Seksa dia habis-habisan sampai dia lari daripada adam. Saya sanggup garamkan susu yang adam minum hanya kerana dia tak tinggalkan adam. Saya tak rasa.. Haura nak maafkan orang macam saya." rungutnya.

"faridah, mungkin haura cuma merajuk sekejab. Awak tak boleh terus anggap yang diri awak hina. Semua orang pernah buat silap dalam dunia ni." ujar anuar.

Faridah hanya mengangguk setuju, dia mengesat air matanya yang menitis jatuh.

                      
                          Mel mengoyak segala kertas akhbar yang memaparkan gambarnya.
"arghh!!" Mel menjerit melepaskan geram.

"anak mama.. Kenapa ni? Ya Allah.." hani datang memeluk mel yang kelihatan kusut. Habis bersepah biliknya di penuhi dengan kertas akhbar yang di koyak.

"Adam tak nak mel. Mel nakkan adam,ma..mel nak adam.."

"sayang.. Terimalah hakikat yang adam dah kawin. Mama tak boleh nak buat apa. Kita tak boleh nak rosakkan rumah tangga diaorang."

"semua orang nak bela perempuan buta tu! Apa kurangnya mel?! Hina sangat ke mel?!"

Mel terus menolak datin hani ke tepi, dia memunggah segala barang di atas meja soleknya. Gunting di atas meja di ambilnya.

"no! Mel,jangan buat macam ni sayang."

Datin hani cuba untuk merampas gunting itu semula.

"kalau mel tak dapat adam. Mel bunuh diri."

"ya Allah. Janganlah macam ni mel. Mel tak sayang mama ke? Bagi mama gunting tu please.." rayu hani.

Mel menggeleng kepala.

"Mama tunaikan permintaan mel. Mel akan tunaikan permintaan mama."

"mama takkan paksa adam. Mama tak nak anak mama hidup dengan kebahagiaan palsu."

"okay, fine! Mama nak tengok sangat mel mati kan?!"

"no, mel.."

"baik mel mati sekarang!!"

Mel mengalihkam bucu tajam gunting itu ingin menikam perutnya. Namun datin hani menarik tangan itu cuba untuk memberhentikan perbuatan mel.

"lepaslah!!"

Secara tidak sengaja, bucu tajam itu tertusuk di dada datin hani. Mel tergamam.

"ma.. Mama?"

"arhh.."

Hani menyentuh dadanya yang tertusuk gunting, lama kelamaan tubuhnya terjatuh ke lantai.

Mel hanya melihat sahaja ibunya yang menutup mata buat kali terakhir. Sikit pun dia tidak merasa sedih. Mel melihat tapak tangannya yang di penuhi darah.

"mati? Haura? Yes. Thank you mama."

Mel tiba-tiba ketawa sendiri. Gunting di dada datin hani di tarik semula. Mel mencium gunting itu.

"sekarang.. Aku akan buat plan aku sendiri. Kalau manusia tak boleh bantu. Kau boleh bantu aku." ujar mel bersendirian.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now