34

21.3K 1.1K 31
                                    

"anti! Anti!" jerit mel, berlari anak kearah datin faridah dan anuar yang berada di hadapan bilik rawatan adam. Wajah mereka terlihat risau.

"apa dah jadi dengan adam?"soal mel.

"dia termakan alahan. Yela, takkan mel tak tahu yang adam alah dengan cili merah."ujar faridah.

"anti, mel takut adam tinggalkan mel!" rungut mel dengan nada manjanya.

Anuar menggeleng kepala, menyampah betul dengan perangai mel yang gedik. Haura pula duduk di kerusi, hanya menunggu kedatangan doktor.

"haura? Haura okay?" soal anuar, dia melabuh punggung di sebelah haura.

"saya okay pa. Kenapa dengan adam? Tiba-tiba pengsan?"soal haura pula.

"adam sebenarnya alah dengan cili merah. Entah macam mana boleh ada cili dalam tu."

"kalau dia makan apa akan jadi?"

"wajah dia akan tumbuh bintik-bintik merah lepastu badan panas. Dia akan jadi lemah dalam masa seminggu." ujar anuar.

Haura mengangguk faham. Pintu di tolak oleh lelaki berkod putih itu, pantas semua menghampirinya. Anuar memapah haura menuju ke sana.

"macam mana dengan bakal suami saya doktor?" soal mel.

Eh? Menyibuk pulak perempuan ni!

"err.. Encik adam demam panas. Dan macam biasalah, bila terkena alahan muka dia jadi merah dan maybe dia perlukan rehat and lagi satu dalam masa ni jangan buat stress sebab takut dia melenting. Maksud saya jadi pemarah. So bagi kerjasama pada ada. Kejab lagi saya datang balik bagi dia ubat." ujarnya.

"boleh kami melawat?" soal faridah.

"ye. Boleh. Silakan.. Tapi dibenarkan tiga orang saja." ujarnya.

Pantas faridah menarik tangan mel masuk ke dalam bilik itu. Aku pula tak tahu nak masuk atau biar anuar saja yang masuk.

"Haura nak melawat adam dulu ke?" soal anuar.

"takpalah.. Papa masuklah dulu. Haura melawat dia kejab lagi."ujar ku.

Anuar mengangguk. Dia pun melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Haura mencari tempat duduknya tadi. Dia meraba kerusi disebelah sebelum melabuh punggung.

"dia tukar roti tu sebab dia tahu ada cili ke ek?" soal haura pada dirinya.

Sayu faridah melihat anaknya terbaring diatas katil dengan keadaan lemah. Wajah adam nampak sangat pucat. Adam membuka matanya perlahan lahan.

"pa.."

"ye, adam? Kenapa? Adam nak air ke? Kejab papa ambilkan." pinta anuar seketika. Dia ingin menuang air suam yang berada tidak jauh darinya. Namun adam menggeleng kepala dengan menghalang anuar untuk menuang air.

"habis tu adam nak apa?"

"Haura mana pa?"soal adam.

Mel dan faridah saling berpandangan. Tidak habis dengan nama haura.

"haura dekat luar. Doktor cuma benarkan tiga orang saja masuk."ujar anuar.

"Adam nak haura seorang aje jaga adam.. Tolong suruh perempuan tu keluar." ujar adam.

Dia menunding jari ke arah mel. Tanda mahu mel keluar daripada biliknya menggantikan haura.

"No. Apa you ni.. I penat datang sini sebab dengar you kena alahan tau. I risau tau!"

"betul tu adam. Biarlah mel jaga adam. Haura biar mama dengan papa yang jaga kan." cadang faridah.

Adam menggeleng kepala.

"nak haura..adam cuma nak haura aje dalam bilik ni. Please.." rayu adam.

"sudahlah, kesiankan adam. Marilah kita keluar." ajak anuar.

"tapi kita penat bawa dia ke sini. Haura bukan kesah pun pasal dia. Abang tengoklah dia tadi.. Duduk je. Takda rasa sedih langsung!" sinis faridah.

"kamu bukan tahu isi hati haura. Keluar je lah sebelum adam mengamuk. Kamu bukan tahu yang adam kalau terkena alahan senang mengamuk. "

"tapi perempuan tu.."

"AKU NAK HAURA KORANG FAHAM TAK?!" bentak adam secara tiba-tiba. Tersentak mereka di buat. Bising mendengar perbalahan anuar dan faridah.

"baik adam. Kami keluar.." balas anuar. Dia menolak faridah dan mel keluar daripada bilik itu.

"abang saya nak melawat anak saya!"

"lepas sihat awak melawatlah dia puas2. Adam tengah sakitkan?"

Pintu di tutup rapat. Haura terus bangun apabila mendengar bunyi tapak kaki menuju ke arahnya.

"haura.. Adam nak jumpa kamu seorang." ujar anuar.

"saya seorang?"

"iye."

"baik, pa." haura pun melangkah ke arah pintu masuk. Belum apa-apa lengan haura sudah di genggam oleh faridah.

"kau jangan ingat aku akan berdiam. Disebabkan kau anak aku sakit!"bisik faridah.

Selepas itu dia melepaskan lengan haura. Haura tidak membalas apa, dia terus melangkah masuk ke dalam bilik tanpa mengambil kesah apa yang dikatakan faridah.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now