83

19.6K 932 25
                                    

Hari berganti malam. Haura sudah tertidur. Adam mengusap kepala haura dengan tersenyum.

"Terima kasih sebab teman aku dekat sini. Seronok sangat dapat bercuti dengan kau. Event sekejab."ujar adam.

Dia mengucup dahi haura, lama. Sebelum menarik selimut menutupi tubuh haura yang kesejukan.

"Esok kita akan balik kl. Aku risaukan mama. Biar aku kemaskan semua barang. Biarlah kau rehat." ujar adam.

Dia pun bangun mengambik beg dan membuka almari ingin mengemas baju.

Anuar menolak kerusi roda menuju ke ruang tamu. Datin faridah sudha kembali pulang ke rumah.

"siti. Tolong buatkan air untuk datin." arah,anuar.

Siti mengangguk kepala dan berlari anaj menuju ke dapur.

"adam masih tak balik ke?" soal faridah.

"nanti dia baliklah tu. Awak tak perlu risau. Dia dah besar." ujar anuar.

"macam maan kalau perempuan tu buat sesuatu dekat adam? Abang tak sayangkan anak kita ke?"

"kenapa awak perlu bersangka buruk pada Haura? Mereka cuma pergi bercuti. Nanti mereka baliklah."

"heh, yang awak tahu cuma pertahankan haura. Mentang-mentang haura tu menantu kesayangan awak."

"ada sebab saya selalu bersangka baik pada haura. Dan perkara tu saya rasa awak sendiri tahu kenapa."

"apa sebabnya? Sebab dia buta? Huh? "

"bukan sebab dia buta. Tapi sebab.. Keluarga kita dah berhutang besar dengan haura." ujar anuar.

Faridah mengerut kening. Apa pula yang mereka hutang pada haura? Adakah anuar sudah lama mengenali haura siapa?

"awak nak kelentong saya pun agak-agaklah. Kita baru aje kenal siapa haura. Then nak kata kita hutang dia? Apa yang kita hutang? Dia tu miskin!"

Anuar menggeleng.

"awak saja buat-buat tak tahu sedangkan awak yang paling tahu awak berhutang apa dengan dia."

"abang boleh tak jangan cakap macam saya ni jahat sangat? Apa yang saya hutang?"

"saya nak awak fikir sendiri."

Anuar terus melangkah pergi ke arah biliknya. Faridah masih kagi tertanya aoa yang dia berhutang pada haura?

"jemput minum datin."

Siti meletakkan secawan air teh ke atas meja dan berlalu pergi.


Adam dan haura sudahpun bertolak ke kuala lumpur. Percutian mereka sudah tamat.

"nak singgah kampung tak?" soal adam.

"nak! Tentulah nak! Alang-alang nak balik kl boleh singgah ke sana kejab." ujar haura.

"itulah.. Aku pun rindu dengan laila."

"laila? Haih.. Bukan awak tak suka dekat amar ke?" tegur haura.

"aku tak suka bapak dia. Anak dia aku suka." jawab adam.

"tapi kenapa awak benci sangat ek dengan abang amar? Sebab dia rampas zulaikha daripada awak ek?" teka haura.

Adam tersenyum mendengar tekaan haura.

"bukan sebab tu."

"habis tu? Sebab apa?"

"adalah. Sibuk aje nak tahu." degus adam.

Haura mencebik mulut. Asyik nak berahsia aje kerjanya. Adam memandang haura dan kembali memandang ke arah jalan.

Tangan haura yang berada di atas paha,di genggam adam dengan tangan sebelahnya.

"apa pegang-pegang ni? Terbabas karang macam mana?" soal haura.

Dia menepis tangan adam.

"aku ada dua tangan,kan? Lagipun aku suami kau! Suka hatilah nak pegang mana pun! Aku berhak atas semua tu." degus adam.

Dia kembali menarik tangan haura dan mengenggam erat. Haura menggeleng kepala, pelik dengan perangai adam.

"suka hati awaklah."balas haura.

Adam tersenyum gembira.

"thank you, my sweet heart!" ucap adam.

Haura tergamam.

Dia kata aku sweet heart? Lain macam dah ni. Dia suka aku ke tak sebenarnya? Bila tanya mengelak. Ishh.. Karang kena friend zone tak pasal-pasal.omel haura.


Laila menerap diatas lantai sambil mewarnakan lukisan yang di lukisnya. Farid dan fatimah sama-sama melangkah ke ruang tamu dan duduk di situ.

"kesian saya tengok laila. Amar kerja apa pun saya tak tahu. Lama betul dia menghilangkan diri. Zulaikha lagilah.. Daripada bulan lepas tak nak balik rumah." ujar fatimah.

"elok kita bagi aje laila pada adam dan haura. Biar diaorang jaga lebih baik. Saya tengok adam tu rapat aje dengan laila."cadang farid.

"kita tak boleh bagi anak orang sesuka hati. Kena tanya mak ayah dia dulu. Lagipun, saya tak nak juga menyusahkan diaorang. Haura kan buta? Adam tu kena jaga haura lagi."ujar fatimah.

Farid mendiam. Tidak tahu ingin mencadangkan apa lagi. Betul juga apa yang dikatakan fatimah tadi.

"Nenek! Atok! Rogol tu apa?" soal laila secara tiba-tiba.

Fatimah dan farid memandang sesama sendiri.

"hei,apa tanya soalan macam tu? Papa kamu ajar ek?! Huh?"

"mana ada. Haritu ada pak cik cina tu cakap. Kalau papa tak bayar duit, pak cik tu nak rogol laila."

"Astaghfirullah hal azim.." menguncap fatimah adan farid apabila mendengarnya.

"pak cik mana nak rogol laila? Apa anak kita dah buat sebenarnya?" soal fatimah, risau.

"Ya Allah..betul ke apa yang laila cakap? Atau laila main-main aje?"

"mana pulak laila main-main? Dia kecik lagi bang. Tak tahu apa-apa. Abang saya takut kalau apa-apa jadi dekat laila. Entah-entah anak kita pinjam along."

"bukan ke amar tu kaya?"

"tapi takkan laila nak tipu?!"

Tok! Tok! Tok!

Pintu di ketuk kuat. Tersentak fatimah di buatnya. Dia bangun dan menuju ke arah pintu dan membukanya.

Tiga orang lelaki memegang parang sedang berdiri di hadapan nya.

"ini rumah amar kan?"soalnya.

"kenapa korang cari anak aku?"

"you punya anak dah hutang sama wa 15000 tahu? Sekarang bunga dah tambah jadi 20 ribu. Wa nak duit tu sekarang. Kalau tak.. Budak tu wa angkat." uajr ah long.

"apa kau merepek ni? Yang hutang tu ayah dia. Bukan dia! Budak tu kecik lagi."

"wa mahu jual ma. Dapat untung lebih!"

Ah long terus menolak faridah sehingga terjatuh ke lantai. Mereka terus masuk ke dalam rumah.

"hei! Kau jangan buat hal dalam rumah aku!"

Farid baru sahaja ingin menghalang mereka,namun dia sudah di cekup kuat.

"ATOK!! nenek!!" teriak laila apabila dia di angkat oleh salah seorang kuncunya.

Ahlong menjilat bibirnya. Laila sudah menangis ketakutan.

"jangan sentuh cucu aku!!" bentak fatimah.

Dia menolak lelaki itu ke tepi. Pasu kaca yang berada di situ di ambil ah long dan di baling tepat terkena pada kepala fatimah.

"Argh!"

Fatimah kembali jatuh dengan menyentuh kepalanya yang berdarah.

"lu mau cucu lu mati ke? Huh?! Mau tengok wa pancung kepala cucu lu ni?! Lu tunggu."

Ah long mengambil parangnya, dia mengangkat parang itu bersedia untuk memancung kepala laila.

"TUNGGU!" satu suara mencelah.



Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now