26

22.8K 1.1K 23
                                    

Hari pun berganti pagi, adam siap memakai kod hitamnya. Bersedia ingin ke tempat kerja. Haura pelik mengapa dia pun harus bersiap juga. Takkan nak bawa ke tempat kerja?

"awak nak bawa saya pergi mana?" soal haura.

Adam ketawa saat memandang haura. Soalan haura tadi tidak di jawab. Yela, macam mana nak jawab kalau haura memandang ke arah yang salah.

"aku dekat belakang kau lah! Depan tu pasu bunga." tegur adam.

Cepat-cepat haura memusing badan memandang adam. Tersengih haura sambil menggaru tudung.

"sorry, tak perasan."

"dah memang kau daripada dulu tak perasan. Aku akan bawa kau pergi tempat kerja aku. Kau duduk sana, duduk diam-diam. Jangan nak terloncat sana sini macam beruk!" ujar adam serta menyindir haura.

"saya nak buat apa pergi sana?"soal haura lagi. Masih tidak faham. Adam mengeluh kecil.

Kedua belah tangan adam menyentuh wajah haura. Dia berdehem seketika.

"isteriku haura, aku tak nak kau kena pukul dengan mama lagi. Fahammmmm!"

Adam menekankan ayat faham panjang, serta menekap wajah isterinya sehingga penyet wajah haura. Haura terus menepis tangan adam. Tergelak adam melihat wajah kelakar haura tadi.

"sakitlah!"

"Sikit-sikit sakit! Sudah,nanti lambat pulak aku sampai pergi tempat kerja."



Setelah tiba di syarikat, adam dan haura melangkah menuju ke sana. Adam terhenti begitu juga haura apabila terlihat zulaikha tercegat di hadapan pintu masuk.

"aduh.. Macam mana ni?"

"kenapa awak?" soal haura.

Adam menggaru kepala, zulaikha tersenyum apabila terlihat adam sudah sampai. Dia terus berlari ke arahnya. Namun, senyumannya mati melihat haura di sebelah.

"haih? Bawak isteri datang tempat kerja jugak ke?" tegur zulaikha.

Haura memeluk tubuh, dia sudah dapat meneka siapa.

"kak zulaikha rupanya,patutlah adam macam nampak hantu dekat sini. Rupa-rupanya ada bidadari depan mata." sindir haura.

Adam tersengih nampak gigi memandang zulaikha, tangan yang merangkul pinggang isterinya terus mencubit pinggang haura.

"aduh! Sakitlah!" jerit haura secara membisik.

"Zulaikha, saya ada banyak kerja nak buat hari ni. Kalau nak layan awak memang takda masa. Saya harap awak faham." adam bersuara.

"ouhh.. Dengan kak zulaikha bukan main awak ek. Cakap lembut-lembut. Dengan saya aku kau je kan?" bisik haura.

"kau diamlah!" balas adam juga secara berbisik.

Zulaikha sudah mengerut kening. Entah mengapa adam dan haura seperti bercakap perlahan daripada tadi. Terasa macam kena kutuk pun ada.

"Hmm.. Nampaknya saya ni macam tunggul je lah kan dekat sini? Buat penat aje saya tunggu."rungut zulaikha.

"kalau macam tu takpalah, teman adam dalam pejabat. Biar haura pulak pergi jalan2 ke apa ke?" ujar haura.

"sedar diri sikit buta. Kau nak pergi mana? Jangan merepeklah! Err.. Zulaikha. Saya tak boleh teman awak. Saya tak suruh pun awak tunggu. Nanti kalau ada masa, saya cakap. Tapi sekarang memang saya sibuk sangat." balas adam.

Zulaikha mengangguk perlahan.

"yela, siapalah saya kan? Cuma bekas ex girlfriend je."

"siapa suruh tinggal adam dulu!"

haura bersuara. Terus adam menekap mulut haura yang terlepas cakap itu. Boleh tahan masin juga. Adam terus membawa haura masuk ke dalam syarikatnya. Jika tidak, makin banyaklah yang dibual nanti.

Zulaikha mengecilkan matanya. Dia mencekak pinggang.

Kurang ajar punya si buta! Mentang-mentanglah kau dapat adam kan?! Kau tunggu.. Adam akan berbalik pada aku semula. Omel zulaikha.


Adam melepaskan haura setelah masuk ke dalam pejabatnya. Dia menolak haura kasar, sikit lagi mahu jatuh.

"hei,mulut kau memang takda insurans ek?! Apasal kau cakap macam tu dekat zulaikha? Tak boleh ke kau zip je mulut kau yang murai tu!" bentak adam.

Haura tersenyum sinis, dia mencekak pinggang.

"kenapa? Awak marah saya sebab sakitkan hati yang kononnya cinta hati awak tu? Ouh come on lah! Saya suruh awak ceraikan saya.. Awak tak nak. Lepastu, bila saya cakap macam tu dekat zulaikha. Tahu pulak nak sakit hati? Nampak sangatlah awak nak mainkan saya!" tuduh haura.

Haura memeluk tubuhnya. Adam menggeleng kepala. Dia melangkah mendekati haura sedikit.

"kau tak kenal aku so.."

"jangan tuduh macam-macam? Saya dah bosan dengar ayat awak! Dah suka tu mengaku je lah? Nak tunjuk ego depan saya kenapa?"

"ish! Cakap dengan orang buta macam kau boleh buat aku jadi gila! Tau tak gila! Semaklah macam ni!" degus adam.

Dia terus berjalan ke tempat duduknya. Sakit hati melayan karenah haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now