93

20.9K 857 32
                                    


Adam mengambil kalendar di atas meja. Melihat tarikh pada esok hari. Jarinya menunjuk ke arah nombor 27 julai yang menandakan hari jadinya.

"awak buat apa tu? Senyap aje." tegur haura yang baru saja selesai menelan ubat.

"kau tahu esok hari apa?" soal adam.

"Hari rabu." balas haura.

"salah."

"hari raya?"

"lagilah salah."

"hari ulang tahun perkahwinan kita?"

"tak sampai setahun lagi."

"err.. Hari jadi saya?"

"hari jadi kau 30 julai!"

"hari jadi awak?" teka haura lagi. Adam mengangguk kepala.

"yup! Esok merupakan hari jadi aku yang ke 25. So? Mana hadiah kau?"

"awak ni saya tengah sakit pun nak hadiah lagi."

"hei, tak pernah dalam sejarah hari jadi aku, orang tak bagi hadiah. Event hadiah tu murah sekalipun. Aku tetap terima." ujarnya.

"saya kan duduk hospital. Mana nak dapatkan hadiah? Takkan saya nak hadiahkan awak hospital ni kot?"

"Pandai-pandailah kau fikir. Yang penting esok aku nak tengok hadiah aku."

"mengada lah awak ni! Macam budak kecik tak pernah sambut hari jadi."

"suka hati aku lah! Dah lifestyle aku macam tu nak buat macam mana?"

"iyelah encik adam. Saya akan cari apa yang patut untuk dijadikan hadiah."

"good! Ini baru isteri aku."

"eh? Bukan awak kata semalam saya bukan isteri awak ke?" tegur haura. Saja mengungkit apa yang adam katakan padanya.

"apa dia? Ulang balik!"

Adam menarik telinga kiri haura.

"argh! Sakit!"

"kalau kau bukan isteri aku, kau isteri siapa? jangan nak berangan nak kawin lain!"

"bila masa pulak saya nak kawin lain? Awak ingat saya lelaki yang boleh kawin 4?"

"heh, kau ni bukan boleh harap sangat. Perangai pun dah ada macam lelaki sikit." sindir adam.

"mana ada! Lepaslah.. Sakitlah!"

"Cakap dulu siapa suami kau?"

"haih.. Adam!"

"adam apa?! Dalam dunia ni banyak nama adam. Adam lee, adam mahmud!"

"ish! Yang berhormat,Adam mikail bin dato Anuar! Puas hati?!"

"yup. Memang puas! Nama yang kau sebut tadi lah yang akan bersama dengan kau sampai hujang hayat dia nanti." ujar adam.

Dia melepaskan telinga haura, dan memeluk bahu isterinya.

"maksud awak?" soal haura.

"maksud aku. Aku akan jaga kau sampai aku mati nanti. Aku takkan lepaskan kau, atau biarkan kau hidup dalam kesusahan. Aku akan jadi suami yang di idami oleh setiap wanita!"

"eleh. Poyonya!"

"aku cakap benda betullah. Beratur perempuan nak lelaki macam aku tau? Walaupun seorang yang arrogant tapi always care tentang isteri dia. So sweet kan?"

"eeiii..Menyampah dengar!"

"eleh.. Menyampah konon. Padahal suka."




Mel baru sahaja selesai membeli belah, tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Mel memusing memandang lelaki itu.

"zack? Apa you buat dekat sini?" soal mel.

"Mel, i ada nak bincang sesuatu dengan you."

"okay. Cakaplah. I dah lambat nak jumpa datin faridah."

"tak boleh dekat sini. Please..ikut i." pintanya.

"yela. Jom!"

Mel pun melangkah pergi bersama lelaki itu.

Mereka kini berada di sebuah restaurant. Mel meletakkan jus oren diatas meja.

"ada apa you nak jumpa i?"

"you buang bayi tu dekat mana? You tahu tak yang pihak polis dah jumpa bayi yang you gugurkan tu dekat tong sampah!" ujarnya.

Mel tergamam seketika.

"betul ke you? Apa yang i kena buat ni?"

"its okay. I boleh tolong you tapi macam biasalah. You kena bagi i benda tu." ujarnya.

"you ni.. Tak habis-habis pasal dadah. Dah lah mahal! Yela. Nanti i jumpa you i bagi benda tu." degus mel.

Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Dia memandang zack dengan senyuman bermakna.

"zack.. Kalau you tolong i lagi satu benda, boleh? I akan bagi you lagi banyak dadah tu."

"apa dia?"

Mel mengeluarkan talefonnya dan menunjukkan gambar haura dan adam yang terpapar di skirn talefonnya.

"i nak you rogol perempuan tu." arah mel.

"perempuan ni? Apa nama dia?"

"nama dia haura. Kalau boleh you pastikan dia mengandung. I nak suami dia ceraikan dia. Sekarang dia ada dekat hospital. Pastikan kerja you tu tak kantoi dengan suami dia." ujar mel.

Lelaki itu mengangguk setuju.

"and.. Perempuan tu buta."

"baguslah. Senang lagi kerja i nak buat semua tu. Nanti apa-apa i akan call you."

"okay. Good! I pergi dulu. Bye."

Mel pun bangun lalu mengangkat kaki pergi daripada situ. Dia tersenyum jahat tidak sabar menantikan apa yang akan menimpa haura tak lama lagi.

Faridah cuba untuk bangun daripada duduk di kerusi roda. Dia memegang sofa untuk bantunya berdiri namun gagal.

"mama!" tegur adam yang baru tiba. Dia terus berlari anak ke arah ibunya.

"adam..haura macam mana? Dah sihat?" tegur faridah.

"dia okay sikit. Still muntah darah lagi. Adam balik pun sebab nak suruh siti masakkan bubur untuk haura." ujar adam.

Faridah mengangguk faham.

"dengar cerita haura termakan racun kan? Ish, dia cuba bunuh diri kot adam?"

"tak. Adam tak percaya haura akan buat semua tu. Adam kenal haura macam mana." ujar adam.

Faridah tidak membalas apa.

"Err.. Adam. Esok hari jadi adam kan?" tegur faridah.

Adam mengangguk kepalanya. Faridah menyentuh tangan adam.

"esok keluar jalan-jalan dengan mel." pinta faridah.

Terus mati senyuman adam. nampaknya faridah masih belum putus asa untuk menyatukan mereka.

"mama.. Mama fahamkan adam ada isteri.."

"alaa.. Keluar jalan-jalan aje pun. Lagipun ini permintaan mama. Mesti haura akan faham punya."

"tapi adam dah janji dengan haura. Adam nak luangkan masa dengan dia dekat hospital." rungut adam.

"tolonglah adam.. Takkan adam tak sayang mama, dah? Syurga adam pada mama. Bukan perempuan tu."

"adam tahu tapi.."

"please.. Keluar dengan mel. Kesian dia, dah berapa hari tunggu adam. Tapi adam tak datang rumah mama pun. Kali ni aje. Please.. "pujuk faridah.

Adam mengeluh kecil. Kalau melawan karang merajuk. Terpaksa juga setuju.

"okaylah. Adam keluar dengan mel esok. Sudahlah, adam nak cepat. Kesian haura tunggu adam,lama."

"okay. Terima kasih anak mama sebab tunaikan impian mama." ucapnya.

Adam hanya membalas dengan senyuman. Dia pun melangkah ke dapur pergi mencari siti.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin