22

22.9K 1.2K 35
                                    

Tubuh haura di selimutkan, dia nampak seperti keletihan. Adam hanya tercegat melihat haura, menunggu lelaki berkod putih itu merawat haura,takut juga kalau terjadi sesuatu yang teruk.

"macam mana dengan isteri saya?"

"alhamdulillah, dia okay. Cuma dia sesak nafas disebabkan kurang oksigen tadi. Nasib baik encik cepat bawa dia ke hospital. Kalau tidak, isteri encik boleh meninggal." ujar lelaki itu.

Mujur adam sempat menemukan haura. Jika tidak, pasti hari ini hari terakhir mereka berjumpa. Sudahlah baru saja kawin!

"macam mana puan haura boleh sesak nafas ye? Masa saya chek dia takda asma pun."

"saya jumpa dia dalam store. Dan store tu terkunci. Saya tak tahu apa yang jadi. Tengok2 dia dah baring atas lantai." ujar adam.

Lelaki itu hanya mengangguk faham.

"kalau macam tu takpa lah, bagi puan haura berehat buat masa ni. Saya minta diri dulu." pinta lelaki itu.

Adam melangkah ke tepi, memberi laluan untuk lelaki itu berjalan keluar darupada bilik. Datin faridah dan dato anuar belum sampai lagi, entah mengapa lama sangat.

"macam mana kau boleh ada dalam store sedangkan kau tak tahu selok belok rumah aku? Mesti ada something yang kau rahsiakan dekat aku.." ujar adam seorang diri.

Adam menarik kerusi yang berada berdekatan dengannya. Dia melabuh punggung di situ. Wajah haura di tenung lama.

"aku kena tanya siti. Mesti dia tahu. Ish, kau ni buta-buta pun menyusahkan aku lagikan haura? Tak boleh ke kau bahagiakan aku? Aku baru aje nak happy sikit. Tengok2 dah terbaring dalam store." bebel adam.

"aku ni nampak aje macam tak sayang kau, tapi aku risau tentang kau. Kau tu isteri aku. Faham tak? I-S-T-E-R-I, isteri! Kalau kau faham angguk."

Tiada apa-apa respon daripada haura. Mana boleh balas, tengah pengsan.
macam gila pula adam bercakap seorang diri. Isteri sedang sakit pun mahu membebel lagi.

"nasib baik kau tak sedarkan diri. Kalau tak.. Aku bebel daripada sekarang sampai bulan depan tak habis."

Setelag beberapa minit, faridah dan anuar akhirnya tiba di hospital. Mereka masuk ke dalam bilik melawat haura. Namun haura masih belum sedarkan diri.

"macam mana dengan haura?" soal faridah, berlakon sedih.

"dia okay, cuma rehat kejab. Doktor kata dia sesak nafas. Kalau lambat sikit tadi, memang habislah.." jawab adam.

Apasal tak mati aje! Menyusahkan aku betul perempuan ni! Bisik hati faridah.

"haihh.. Macam mana dia boleh sesat dalam store tu?"

"itulah, adam pun pelik. Berkunci daripada luar pulak tu!"

"takpalah, malam ni adam jagalah haura. Esok tak payah kerja. Tunggu sampai haura sihat." ujar anuar.

"eh? Takpa ke kalau papa kerja seorang?"

"takpa, isteri kamu lebih penting daripada kerja. Sudahlah, mari kita balik. Tinggalkan adam saja.. Dia tahu jaga isteri dia."

"hmm.. Yela. Adam kalau nak apa2 call mama ye." ujar faridah.

Adam mengangguk. Mereka pun melangkah pergi daripada situ. Setelah kelibat mereka menghilang, adam kembali melabuh duduk di kerusi.

Perlahan lahan haura membuka kelopak mata, adam spontan berdiri. Tersentak haura mendengar bunyi kerusi jatuh.

"ad.. Adam?"

"ye, aku kat sini." sahut adam. Haura mencari tangan adam, dia mahu menyentuh tangan suaminya. Adam menarik tangan kanan haura yang melilau mencarinya, terus haura menggenggam tangannya.

"kau kenapa ni? Macam takut aje? Macam mana kau boleh sesat dalam store tu?" bertubi tubi soalan adam tanya.

"aw.. Awak.. Kawin dengan zulaikha. Ceraikan saya.." rayu haura.

Adam mengerut kening.

"apa kau merepek ni? Apasal tiba2 cakap macam ni? Kita baru 2 hari kawin tau? Cuba cerita dekat aku.."

"takpalah, lagi cepat kita cerai lagi cepat awak boleh bahagia. Saya tak boleh tahan dengan semua ni. Saya bukan perempuan yang kuat awak. Tolonglah.. Faham saya. Saya tak kesah kalau awak ceraikan saya sekarang. Tolonglah kawin dengan zulaikha.. Saya.."

"hei, syhhh.. Kau penat ni. Rehat dulu."

"tak nak.."

"aku kata rehat, rehat je lah! Karang aku tambah sakit baru tau! Aku tak suka kau merepek macam ni! Rehat je lah. Esok kau cerita apa yang jadi."

"saya tak merepek awak.."

"aku kata rehat kan? So rehat je lah! Tidur!" bentak adam.

Haura mendiam. Dia tidak bersuara lagi apabila di marahi adam. Adam mengeluh kecil.

"haura, aku minta maaf. Kau tidur dulu. Rehatkan badan. Esok aku nak dengar daripada A sampai Z apa yang jadi dekat rumah. Okay?"

Haura mengangguk kepala.

"good! Sekarang kau rehat. Aku teman kau malam ni." ujar adam sambil mengusap kepala haura. Haura memejamkan matanya, cuba untuk kembali tidur. Tidak smapai beberapa minit haura terlelap. Agaknya memang penat.

"dah terjaga minta cerai pulak? Haritu bukan main lagi kau ceramah aku?" sindir adam. Dia menggeleng kepala.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora