2

38.4K 1.8K 79
                                    

Adam menolak pintu masuk syarikatnya, kelibat wanita berambut perang dan berbaju tidak cukup kain itu sudah membuatkan dia berubah muka menyampah. Iye, itulah Mel. Wanita gedik, yang tidak habis mengganggu hidupnya.

Mel yang duduk di sofa di hadapan kaunter pertanyaan terus bangun menuju ke arah adam yang berjalan menuju ke arah tangga.

"Adam! Adam sayang! Tunggu lah I.. " mel mengejar langkah Adam yang sudah jauh ke depan, lengan Adam di peluk bagi menahan Adam daripada terus berjalan. Namun ditepis kasar.

"apa kau nak ni mel?! Rimaslah. Aku banyak kerja nak kena setelkan. Siapa suruh kau datang sini?"

"mama you yang suruh i datang sini jaga you. Almaklumlah i kan bakal jadi isteri you. So? I kena jaga makan minum you semua."

"hei aku bukan budak keciklah nak jaga makan minum. Kau pergi baliklah.. Karang orang nampak tak pasal2 aku yang kena!"

"alaa.. biarlah. Janji diaorang tahu yang i bakal isteri you. Takdalah i kena tahan lagi dengan assistant you tu."degusnya.

"apahal ni?" tegur satu suara lelaki daripada belakang. Serentak mereka menoleh memandang dato anuar, ayah kepada adam.

"Hai, dato." sapa Mel dengan melambai tangan. Adam pula menjeling dengan perbuatan mel itu.

"mel? Apa kamu buat dekat sini? Kamu tau kan yang Adam banyak kerja. Jadi janganlah ganggu dia." ujar dato anuar.

Mel ketawa kecil.

"sebenarnya datin faridah yang suruh mel datang sini tolong jenguk2 kan Adam." balas mel.

"takpa. Dato, kan ada? Kamu pergi balik. Adam ada banyak kerja."degusnya.

Mel mendiam. Puas hati Adam mendengarnya. Mel mendongak memandang Adam dengan wajah tidak puas hati,namun Ada hanya tersenyum.

"baliklah. Dato dah suruh balik kan?"

"I tahulah!"

Mel terus melangkah kaki beredar daripada situ. adam ketawa puas melihat mel yang berlalu pergi begitu sahaja. Setelah kelibatnya menghilang, anuar menunduk melihat kasut Adam yang kelihatan comot.

"adam . Kenapa dengan kasut kamu tu?" soal anuar.

"kasut? Oh, tadi ada orang buta tu dia terlepas aiskrim. So, terkena kasut adam."

"orang buta? Haih.. Macam-macamlah kamu ni Adam. Pergilah basuh kasut tu. Kita ada meeting. Takkan nak meeting dengan kasut macam tu?"

"baik pa, kejab lagi Adam basuh."

Balasnya. Anuar tidak membalas apa, dia terus melangkah naik ke arah anak tangga. Manakala adam masih tercegat di situ.

Haura mengetuk kerusi dengan tongkatnya bagi mengenal pasti kedudukan kerusi itu sebelum dia melabuh punggung. Kedengaran suraya seperti sibuk mengira duit. Mungkin ingin membayar ganti rugi duit lelaki itu.

"Kak, biarlah haura yang bayar. Haura yang salah. Bukan akak."

"takpalah haura, nak buat macam mana? Lagipun, orang yang haura langgar tu sebenarnya anak dato! Patutlah sombong macam tu sekali."

Ujar suraya. Haura menggeleng kepala, tidak sangka dia bermasalah dengan anak dato.

"akak.. Kalau boleh Haura nak ke surau malam ni. Akak teman haura ek?"

"boleh je. Akak takda masalah. Sudahlah, akak nak masak jab. Haura tunggu sini ek."

Ujar suraya lalu bangun melangkah ke dapur meninggalkan haura di meja makan. Tangan kanan haura meraba duit yang berada diatas meja, deria sentuhan sahaja haura dapat meneka berapa banyak duit yang dikeluarkan. Terasa bersalah pula menyusahkan orang yang tidak bersalah.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now