27

22.1K 1.1K 85
                                    

Suasana yang gelap, terdengar tapak kaki melangkah kearahnya. Berdebar rasa, berbaring dengan cahaya yang di suluh ke muka. Terdengar perbualan diantara lelaki berkod putih serta wanita berbaju merah labuh.

"saya tak nak jadi buta! Tolonglah saya, buat sesuatu doktor!"

"saya tak boleh nak buat apa puan, jika puan nak melihat semula. Kita perlukan penderma."

"apa kata awak ambil saja mata orang tu."

"tak boleh puan! Kita tak boleh ambil mata orang sesuka hati tanpa kebenaran."

"saya akan bayar awak. Dan jangan risau. Awak tukar saja mata saya dengan dia. Rahsia ni saya takkan bongkarkan. Bila dia dah sedar.. Awak cakaplah dia buta! "

"tapi.."

"buat sajalah! Kalau tidak, saya akan hancurkan hidup awak!" ugut wanita itu.

"JANGAN AMBIL MATA AKU!!!" jerit haura sekuatny dengan mata yang tertutup. Terkejut adam yang sedang membuat kerja mendengar haura menjerit. Terus dia berlari ke arah haura yang sedang mengigau.

"jangan!! Sakit!! Arghh!!"

"haura! Kau kenapa ni?! Woi bangunlah!! Kau mimpi ni!"

"Saya nak mata saya balik!! Arghh!!"

PANG!!

Terus haura membuka mata pabila terasa pipinya membahang. Puas adam akhirnya, kena tampar baru diam. Adam tersenyum menang.

"kan bagus diam macam ni. Yang kau menjerit tak tentu hala ni kenapa?! Itulah.. Aku suruh baca komik kau tak nak! Lepastu tidur!"

"saya mana boleh baca komik!" degus haura.

Macam mana nak baca kalau tak nampak. Adam menjeling. Dia kembali ke tempat meja kerjanya. Haura bersandar pada sofa, dia mengurut dada. Mujur ia hanya mimpi.

"kau mimpi apa sampai menjerit?"

"saya mimpi.. Ada orang ambil mata saya." jawab haura.

Adam ketawa.

"siapalah yang malang ambil mata kau tu."

"tak kelakarlah! Mata saya ni cantik tau!"

"cantik sangat!" ejek adam dengan membuat anak mata ke atas. Dia sambung menaip papan kekunci.

"awak.." panggil haura dengan suara manja.

"apa?!"

"saya lapar.." rungut haura dengan menyentuh perutnya. Adam mengeluh kecil.

"kau tak nampak ke nasi lemak atas meja depan kau tu?" soal adam.

Haura menggenggam tangannya, memang lelaki ni cari nahas betul! Berapa kali aku nak ulang aku tak nampak pun tak tahu lah.

"dekat mana?" soal haura, dia meraba meja itu. Mencari sesuatu yang berbentuk seperti bungkusan. Namun tidak menjumpanya.

Adam kembali bangun, dia mengambil bungkusan nasi itu dan meletakkan di atas paha haura.

"susah dapat bini buta ni!" sindir adam. Haura mencebik.

Siapa suruh kawin dengan aku! Heh!sinis haura di dalam hati.


Fatimah mencelup pisang ke dalam tepung yang telah di kacau tadi. Cadangnya ingin membuat pisang goreng. Laila melangkah turun daripada tangga menuju ke arah fatimah.

"nek.. Mak bila nak balik?"soal laila, anak kepada zulaikha.

"entahlah laila. Mak kamu tu macam tak tau tanggung jawab dia." sinis fatimah.

Lailai mencebik mulut. Dia melabuh punggung diatas kerusi.

"Assalamualaikum!" salam seorang lelaki terdengar.

"macam kenal. Tengok kejab siapa tu laila."

"baik, nek."

Laila pun melangkah pergi ke ruang tamu membuka pintu. terkejut melihat ayahnya datang setelah berbulan tidak berjumpa.

"papa!" laila terus berlari mendakap ayahnya, amar.

"anak papa sihat?"

"sihat!"

"mama mana?"soal amar. Laila menjongket bahu tanda tidak tahu.

"bekas isteri kamu tu ada dekat kl. Katanya tak nak balik! Amar.. Rasanya anak kamu elok kalau kamu yang jaga. Nak harapkan zulaikha.. Dia abaikan aje. Asyik mengharapkan mak aje. Kalau macam tu baik mak aje kawin dengan kamu!"

degus fatimah yang muncul di depan pintu.

"amar memang nak jaga mak, tapi zulaikha tak bagi."rungut amar.

"heh, ikut sangatlah si zulaikha tu. Yang kamu baru melawat anak.. Selama ni pergi mana?"

"pergi luar negara. Ada kerja sikit dekat sana. Haura tak balik kampung ke?" ujar amar serta bertanyakan soalan.

"bukan setakat balik kampung, bawak suami lagi!"

"huh? Haura dah kawin ke?"

"iye. Dengan ceo dekat kl. " balasnya.

"wau,tak sangka haura pun ada orang minat. Tapi orang macam haura memang jaranglah nak jumpa. Baik, pandai jaga diri, sopan santun. Untung siapa dapat dia." puji amar.

Fatimah mengangguk setuju.

"itulah.. Mak suruh pilih haura. Nak juga zulaikha. Memilih lagi kan dah mendapat!" sindirnya.

Amar mendiam. Memang dahulu masa amar meminang zulaikha sudah diberi tahu awal-awal yang zulaikha tidak sesuai. Namun apakan daya,cinta itu buta.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now