73

20.6K 1K 3
                                    

"Assalamualaikum!" salam hani, ibu kepada mel. Faridah terus berlari ke arah hani. Mereka berlanggar pipi seketika.

"wau! Datin nampak cantik sangat lepas baru balik daripada london ni." puji faridah.

"of course!"

"eh,jemputlah duduk! Dato mana? Siti!! Buatkan air!! "

Mereka melangkah menuju ke ruang tamu, dan sama-sama melabuh punggung.

"dato macam biasalah. Tak habis-habis dengan projek kerja dia tu. Hani nak tanya sikit.. Kalau mel kawin dengan adam. Perempuan buta tu macam mana?"

"ish,pasal perempuan tu kita tolak tepi dulu. Yang penting anak you dengan anak i bahagia."

"bukannya apa.. I takut, mel kena buli aje. Yela, nak bermadu sekarang ni bukannya senang." ujar hani.

"heh, berani perempuan buta tu nak buli mel. I akan pastikan adam jaga mel 24 jam macam you jaga. You jangan risau."

"jemput minum puan, datin." pelawa siti.

Dia meletakkan dulang di atas meja dengan dua cawan teh. Siti pun berlalu pergi daripada situ.

"I tak sabar nak tunggu esok. Yela,mel dah lama cintakan adam. Dia asyik mengadu dekat i nak adam. Sanggup bermadu. Mel betul-betul ikhlas cintakan dia." ujar hani.

"itulah.. Ini semua salah perempuan tu. I tak hingin pun nak bermenantukan perempuan buta yang cacat tu. Jatuh maruah keluarga i. I dah memang agak yang mel ni ikhlas sukakan adam, tapi entah apa perempuan tu hasut sampai adam tolak mel. Kesian mel."

"i harap anak you akan jaga mel dengan penuh kasih sayang."

"of course, datin. jangan risaulah. Jemputlah minum dulu." pelawa faridah.

Mereka pun mengambil cawan teh itu dan menghirupnya.


Adam membasuh keretanya yang sudah berapa lama tidak di bersihkan. Haura melangkah ke halaman rumah.

"awak buat apa tu?" tegur haura.

"ya Allah kau ni.. Apasal kau keluar bilik?" tanya adam.

"saya bosanlah. Asyik duduk terperap dalam bilik. Alaa.. Demam saya bukannya teruk mana pun." ujar haura.

"degilkan kau ni. Aku simbah air sabun baru tau!" ugut adam.

Haura melabuh punggung di kerusi kayu yang tidak jauh darinya.

"awak tengah buat apa?"

"dah nama pun air sabun,lepastu dekat luar rumah. Aku basuh keretalah. Takkan itu pun tak boleh teka. Takkan aku nak mandi pulak." jawab adam.

"manalah tau awak siram pokok bunga ke?"

"kau ingat bunga minum air sabun ke? Apa punya soalanlah kau ni. Apasal duduk luar? Nanti demam teruk macam mana?"

Bagus juga adam ni. Walaupun orang kaya. Tapi cuci kereta sendiri aje. Tahu pulak berjimat.bisik hati haura.

Haura termenung tanpa menyedari adam memandangnya. Adam mengambil getah air yang berada di lantai,dia menekan air itu sehingga terpancut mengena wajah haura.

"apa ni?! Saya baru lepas mandi!"

"yang kau termenung macam bawang putih menantikan raja kenapa?! Aku tanya kau apasal duduk luar.. Pekak ke?"

"salah ke saya duduk luar? Sekali sekala teman suami. Mana lah tahu.. Ini kali terakhir saya teman awak. Dan ini juga kali terakhir awak tengok saya."

"kurang ajar kan mulut kau ni. Apasal kau cakap macam tu?"

"laa.. Benda betul kan? Esok awak dah nikah dengan mel. Mesti awak akan teman dia punya."

"Teman ek.." adam mengambil baldi yang berisi air sabun itu, dan melangkah ke arah haura.

"ulang balik apa kau cakap tadi."

"saya cakap.."

Belum sempat haura menghabiskan ayatnya adam sudah menuang ke semua air sabun di dalam baldi itu. Adam meletakkan baldi itu di kepala haura.

"aku tak suka kau cakap macam tu. Faham?"

"awak ni jahatlah!" haura membaling baldi itu ke tepi. Habis basah kuyupnya melayan adam.

"padanlah muka. Aku suruh kau duduk dalam,sibuk nak duduk dekat luar."

"menyesal teman! Ish!" haura terus bangun daripada situ.

Kaki adam di pijak kuat,sebelum haura melarikan diri masuk ke dalam rumah. Melompat adam dibuatnya.

"aduhh.. Kurang ajar betul! Berani kau sekarang, kan?! Aku dapat kau nanti,memang kena lah!"

"Padan muka!!" jerit haura daripada dalam rumah.

Adam melabuh punggung di kerusi, dia mengurut kakinya yang dipijak tadi. Adam tersenyum secara tiba-tiba. Comel pula melihat haura membalas dendam.


Hari berganti malam, adam duduk di atas katil. Menangis sambil melihat gambarnya bersama haura semasa majlis pernikahan mereka dahulu. Pernikahan yang simple namun kenangan yang mahal.

"aku tak sanggup nak tinggalkan kau walau sehari haura..." rungut adam.

Dia memeluk gambar itu.

Tok! Tok! Tok! Terdengar ketukan pintu. Pantas adam mengelap air matanya, dan berlagak macho seperti mr. Arrogant yang selalu disebut haura.

"masuk!" arah,adam tegas.

Haura pun melangkah masuk dengan membawa segelas air susu.

"nah! Susu. Nanti tak boleh tidur pulak." ujar haura dengan menghulurkan susu pada adam.

Adam pun mengambilnya.

"terima kasih." ucap adam.

"suara awak macam na.."

"mana ada! Buat apa nak nangis? Takda masa." potong adam,berlagak.

Haura memeluk tubuhnya. dengar suara macam serak, nangis tak nak mengakulah tu.

"hmm.. Ye lah tu. Saya balik ke bilik dulu. Selamat malam." ucap haura.

Baru saja ingin melangkah pergi,adam sudah menarik tangan haura. Adam bangun dan berdiri di hadapan haura.

"malam ni aku teman kau tidur,boleh?" tanya adam.

"teman tidur? Saya bukan budak kecik, nak kena dodoi, nyanyi segala bagai."

"aku tahulah. Tapi just malam ni, macam yang kau kata. Mungkin malam hari ni aje aku boleh tengok muka kau."ujar adam.

"hmm.. Yela. Perkataan senang dia satu je, awak takut awak rindu saya kan?"

"elok sikit, tak hingin aku nak rindu orang macam kau. Salah ke aku nak teman isteri aku yang demam?"

"elehh.. Sombong!"

"ish, pergilah ambil bantal cepat! Nak panjang-panjangkan cerita pulak."

"sabarlah.. Heh! Nak teman tapi tak reti minta elok-elok." ejek haura.

Haura pun melangkah masuk ke bilik ingin mengambil bantal. Adam hanya tercegat menunggu haura.

"kau ambil bantal ke buat bantal? Lamanya!"

"tunggu lah kejab!"

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now