Akhir

41.2K 1.6K 199
                                    

8 bulan berlalu...

Adam dan haura berjalan menuju ke rumah. Haura memandang sawah yang berada si kiri dan kanan jalan. Sungguh indah sekali.

"sayang tengok apa?" tegur adam.

"tak tengok apa. Cuma teringat tentang dulu."

"tentang dulu? Tentang apa?"

"awak ingat lagi tak? Masa tu saya sakit kaki, di mana waktu tu awak jeles saya dengan abang amar. Awak sanggup datang daripada kl sampai kampung semata-mata nak jemput saya balik." ujar haura.

Adam ketawa apabila teringat tentang itu.

"yup. Sebab masa tu abang takut isteri Abang di rampas oleh abang ipar dia sendiri."

"sekarang awak masih risau ke kalau saya dengan abang amar?" soal haura.

Adam menggeleng.

"kenapa?"

"sebab dia kan dah nak kawin dengan zulaikha semula. So? Abang rasa dia takkan rampas haura daripada abang."

"lelaki kan boleh kawin empat?"

"berani dia nak rampas. Sekali dia dekat, abang pancung kepala dia sampai ke Amerika Syarikat."

"jauhnya. Haha."

"abang sayang haura tau. Jadi siapa yang dekat akan kena warning awal-awal."ujar adam.

Haura mengangguk kepalanya.

"mama pun tak lama lagi nak dapat mata baru dah kan?" tanya haura.

Mengubah topik perbualan.

"mata baru? Abang tak tahu pun."

"semalam papa call haura. Dia kata ada penderma yang nak dermakan mata dekat mama. Bolehlah nanti mama tengok cucu dia." ujar haura.

"alhamdulillah. Mulia betul orang yang derma tu. Semoga dia diberikan rezeki yang belipat ganda."

"amin."

Haura mengaminkan segala yang adam doakan pada orang tersebut. Haura terfikir sesuatu, dia memandang suaminya.

"kenapa pandang abang macam tu? Macam nak makan abang je."

"mana pergi mr. Arrogant yang dulu ek?"

"yang mana?"

"yang Sikit-sikit nak tumbuk tu."

"ouhh.. Mr. Arrogant tu dah berubah dah. Kenapa? Haura nak abang jadi macam dulu ke?"

"takdalah seratus peratus nak adam yang dulu tapi, rindu sikitlah dekat mr. Arrogant yang garang tu. Cer buat sikit." pinta haura.

Langkah mereka berhenti.

"betul? Tak menyesal ek?"

Haura menggeleng. Adam memeluk tubuhnya.

"Hei, haura.."

"ye saya"

"aku nak buat something dekat kau."

"ap.. Apa dia?"

"buat ni!"

Adam mencucuk pinggang haura, sehingga termelatah kecil. Adam terus melarikan diri daripada haura.

"ish! Awak ni.."

"kejarlah!! Hahaha!"

"saya mana boleh lari.. " rungut haura.

"cepatlah! Lembablah!"

"hei,apa main lari-lari tu! Karang terberanak dekat tengah jalan macam mana?!" tegur fatimah yang melihat mereka di jendela.

Tiba-tiba haura terasa sakit di perutnya. Dia berhenti mengejar adam. Adam menoleh ke belakang.

"ad..aduh.."

"ha, kan dah cakap! Dah mulalah tu!" pantas fatimah keluar daripada rumah.

Adam berlari ke arah haura semula.

"aduh sakit!"

"kenapa ni? Mak haura kenapa mak?"

"dia nak beranak lah tu!"

"adam nak kena buat apa ni?"

"panggilan bidan! Cepat!"arah fatimah.

"sakit sangat ni mak! Aduh!"

"siapa bidan? Adam mana tahu? Takpalah biar adam yang jadi bidan."

"hei,pergi cari bidan kat hujung kampung sana tu! Cepat!"

"BIDAN!! SIAPA BIDAN TOLONG MENGAKU! ISTERI SAYA NAK BERSALIN!!" jerit adam sambil berlari pergi mencari bidan kampung.

Fatimah memapah haura masuk ke dalam rumah.

Itulah cerita aku. Cerita seorang perempuan buta yang jatuh cinta dengan mr. Arrogant. Haih..sampai sekarang perangai dia tetap sama. Tapi aku bahagia. Kerana dia lah suami yang terbaik yang pernah aku jumpa.
Terima kasih ya Allah kerana menemukan aku dengan seorang jejaka yang mulia hatinya menerima aku yang tidak seberapa sempurna dahulu.

Saya cintakan awak mr. Arrogant sehingga hujung hayat saya dan syurga nanti.

..TAMAT..

Terima kasih kerana membaca!
Jangan lupa vote 😘 thank you! Bye!
Assalamualaikum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now