89

19.6K 920 41
                                    

"Anti, kalau setakat ugut haura minta cerai tapi adam tak nak ceraikan dia macam mana?" soal mel.

Faridah memeluk tubuhnya, memikirkan sebentar.

"kalau dia tak ceraikan haura. Nanti dia lari macam haritu macam mana? Buat malu mel aje."

"dah takda cara lain kita boleh pisahkan haura dan adam. Melainkan.. Mati. Tapi anti tak nak jadi pembunuh." ujar faridah.

"alaa..kita janganlah bunuh macam pembunuh tu. Kita bagilah haura sakit ke apa ke? Kalau tak.. Takkan anti nak biar nel jadi anak dara tua."

"ish, apa cakap macam tu? Jangan risau. Anti akan suruh adam kawin dengan mel. Cuma kita kena fikirkan jalan lain juga untuk buatkan adam jauh daripada haura."
Ujar faridah.

Mel mengangguk setuju. Mereka memikirkan jalan lain untuk membuatkan haura meninggalkan adam.

Adam memakai kod hitamnya, dia bersiap ingin ke tempat kerja. Sempat lagi jika dia ingin ke sana.

"awak.." haura menghulur tangannya ingin bersalam dengan suaminya.

"tak payah, kot?" degus adam.

adam menjeling, dia mengambil beg bimbitnya dan melangkah pergi. Bahu haura di langgar kasar.

Langkah adam terhenti seketika.

"selagi kau nak minta cerai daripada aku atau masih berniat macam tu, selagi tu kau bukan isteri aku. Isteri aku takkan minta cerai kalau dia sayang aku." ujar adam.

Dan sambung melangkah kaki. Haura terdiam tidak membalas apa.

"awak takkan faham betapa sakitnya jadi seorang isteri yang tiada restu daripada mak mertua. Awak di kira bertuah adam sebab mak ayah saya suka awak. Tapi malang sekali, saya tak disambut macam tu. " ujar haura seorang diri.



Adam memandu keretanya, wajahnya jelas kelihatan tidak puas hati.

"Argh!!" Adam menghentak tangannya pada stereng keretanya. Dia memberhentikan kereta pada bahu jalan.

"apasal huh?! Apasal kau bodoh sangat haura?! Aku dah berkorban macam-macamlah supaya kau jadi isteri aku tapi kenapa kau balas macam ni?! Tak boleh ke kau korbankan untuk aku sama? Kau sebagai isteri kau patut pertahankan hak kau bukan mengalah macam tu aje! Kau memang tak gunalah! Baik aku mati aje daripada tanggung semua ni!" bentaknya.

Naik turun dadanya menahan amarah. Dia memicit dahinya.

"aku sayang kau tahu tak?! Aku cintakan kau, Sebab tu aku buat semua ni. Tapi apa kau buat? Kau cuma nak puaskan hati mama aku tanpa fikir perasaan aku." degusnya.

"pleaselah haura.. Jangan jadi lembab sangat?! Kau isteri aku, dan kau ada hak nak halang semua tu. Demi rumah tangga kita." ujarnya.

Adam mengeluh kecil. Dia menarik nafas dan menghembusnya.

"rilex adam,Sabar. Ini ujian untuk orang macam kau. Kau tak boleh marah haura. Dia cuma nak kau hormat mama je. Okay, now. Better aku balik.. Maafkan dia. Yes! That's good idea!"

ujar adam pada dirinya sendiri. Cuba untuk menenangkan dirinya.

Dia kembali memandu, ingin berpatah balik ke rumah.


Haura meletakkan pinggan hang digunakannya tadi ke dalam sinki. Dia baru sahaja selesai menjamu nasi goreng yang di masak oleh siti.

"eh? Puan haura! Ini kerja saya. Biar saya aje yang basuhkan."tegur siti.

"takpa siti. Basuh pinggan aje pun."

"tak boleh puan haura. Nanti kalau encik adam nampak dia marahkan saya pulak." ujarnya.

Siti pun membasuh pinggan itu, haura pula hanya tercegat di situ.

"kenapa dia nak marah siti? Basuh pinggan je kot?"

"bagi puan haura memang basuh pinggan je. Tapi bagi encik adam bukan macam tu. Dia sayangkan puan haura lebih daripada segalanya. So saya takut jugalah."ujar siti.

Haura tersenyum.

"takdalah. Itu semua cuma lakonan kami."ujar haura.

"lakonan? Maksud puan haura?"

"maksud saya.." haura menyentuh tekaknya. Dia terasa sesuatu pedih di tekak.

"puan haura? Kenapa ni?" soal siti, risau.

"saya sakit tekak,mungkin."

"saya ambilkan air untuk puan haura, ye." pinta siti.

Dia pun melangkah menuju ke rak cawan mengambil gelas kaca. Air suam di tuang ke dalam gelas itu.

"nah, puan haura." siti menyerahkan gelas itu pada haura.

"terima kasih si.. Uhuk!!"

Tersembur darah keluar daripada mulut haura secara tiba-tiba. Terbeliak mata siti melihatnya.

"Ya Allah, puan haura!! Kenapa ni?!"

Haura terus terjatuh ke lantai, darah sudah menitis ke lantai.

"Mak!!" laila berlari ke arah haura.

"apa aku nak buat ni?! Datuk takda dekat rumah." cemas siti memikirkannya.

Dia berlari ke arah ruang tamu ingin mengambil talefon rumah, namun dia sudah nampak kelibat adam menuju ke pintu.

"syukur adam dah balik! Encik adam!" pantas siti meluru ke arah adam.

"kau dah kenapa?"

"puan haura, encik adam!"

"kenapa dengan haura?"

"sa.. Saya tak tahu kenapa tapi encik adam kena tengok sendiri. Dekat dapur!" ujar fatimah.

Tanpa berfikir panjang, adam terus berlari ke dapur. Terbeliak matanya melihat haura tidak sedarkan diri dengan darah yang mengalir keluar daripada mulutnya.

"ayah.. Mak sakit.." rungut laila.

"Apa dah jadi ni?! Laila ikut ayah, kita pergi hospital!"

"baik ayah!"

Adam mengendong haura, membawa dia keluar daripada rumah itu. Laila hanya mengikut adam menuju ke kereta.

"Harap-harap haura tak apa-apa." ucap siti dengan nada cemas.

Mel dan datin faridah melihat adam daripada bilik menembusi jendela. Mereka ketawa saat melihat haura seperti terkena santau.

"biar padan muka perempuan tu! Hebatkan idea mel? Just letakkan racun terus sakit."

"bagus! Biar mati terus pun takpa. Lagi senang hidup anti."

"now, kita just kena letakkan botol ni dekat bilik siti. Takdalah kita kena tangkap."

"cepat sikit sebelum datuk balik!"

"okay, anti!" mel bergegas lari masuk ke bilik siti.

Faridah pula tersenyum puas. Dia memeluk tubuhnya.

"kan senang kalau aku racunkan kau daripada kau mula kawin dengan adam. Biar puas hati aku!" sinisnya.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now