64

19.8K 1.1K 13
                                    

Haura membuka peti ais, dia meraba apa yang ada di dalamnya. Dia mengambil tomato dan menghidunya.

"terhidu-hidu.. Macam anjing aje aku tengok." tegur adam yang baru pulang.

Haura tersengih, dia meletakkan tomato itu di dalam mangkuk.

"mama macam mana? Dia okay?" soal haura.

"memang sah lah dia okay kalau dapat tau bakal menantu dia mel. Apa punya soalanlah kau ni."

"so? Bila awak bernikah dengan dia?" soal haura.

Dia menarik kerusi yang berdekatan dengan adam,lalu melabuh punggung di situ.

"mama nak cepat. Mungkin minggu depan." balas adam.

Haura mengangguk faham. Adam memandang wajah haura, sikit pun tiada air mata yang menitis.

Dia tak jeles ke aku kawin dengan mel? Heh, mana nak jeles. Dia bukan suka aku pun.omel adam di dalam hati.

Ya Allah, tak lama lagi aku bermadu dengan mel. Kau kuatkanlah aku untuk tempuhi semua ni.bisik hati haura.

"bi.. Bila awak nak beli baju pengantin?" soal haura.

Adam menjongket bahunya, dia sendiri tidak tahu bila.

"tak payahlah bincang pasal dia. Aku tahulah apa nak buat. Yang penting sekarang ni,kau nak masak apa? Aku lapar.."

"laa.. Lapar ke? Ingat dah makan dekat luar?"

"aku suka air tangan kau." ujar adam.

Haura tergamam. Aku salah dengar ke?

"kau tercegat apa lagi? Masaklah!"

"iye,sabarlah."

Haura pun kembali bangun, dia mengambil semua bahan yang berada di dalam peti ais. Adam hanya tersenyum melihat haura.

Faridah melangkah turun daripada anak tangga dengan meratah dua ketul ayam goreng.

"haih? Awak ni sakit ke apa? Makan macam-macam." tegur anuar.

"haih..sampai hati abang nak tengok saya sakit."

"bukannya nak doa. Tapi peliklah, orang selalunya tak lalu makan bila sakit. Tapi awak ni lain macam makan dia." ujar anuar.

"saya lapar nak buat macam mana? Dan kalau abang nak tahu adam bakal kawin dengan mel tak lama lagi."

Datin faridah melabuh punggung di atas sofa setelah tiba di ruang tamu.

"ouhh.. Patutlah gembira semacam."

"of course! Saya dah siap tempah segala barang pernikahan anak kita. Cuma baju aje saya serahkan pada adam dengan mel." ujar faridah.

"wau. Laju betul ek. Macam dah rancang aje?" anuar meneka.

Faridah terdiam. Anuar tersenyum menyenget.

"ikutlah apa awak nak buat. Jangan sampai diri sendiri malu satu hari nanti." ujar anuar memberi nasihat.

Faridah tidak membantah apa. Anuar pun melangkah menuju ke dapur.

"elehh.. Acah-acah tahu segala benda." sinis faridah.


haura mengelap air mata yang menitis jatuh ke atas pipinya. Mereka baru saja selesai makan. Kini haura berada di dalam bilik.

"kau apahal nangis ni?" tegur adam.

Pantas haura mengesat semua air matanya. Dia tidak mahu adam tahu tentang tangisannya.

"takda apa. Saya cuma rindukan mak." bohong haura.

Adam terus menuju ke arah haura. Dagu haura di tarik untuk memandangnya.

"rindu mak ke? Kau nangis sebab aku akan kawin dengan mel?" tanya adam.

Haura menepis tangan adam.

"awak jangan risaulah."

"aku tanya kau, kau nangis sebab pasal kawin tu kan?" tanya adam sekali lagi.

Haura tidak menjawab, dia ingin melangkah keluar daripada bilik namun adam menggenggam kedua lengan haura. Menahan haura daripada keluar.

"jawab soalan aku tadi."

"kalau ye pun kenapa? Isteri mana tak nangis kalau dia tahu akan bermadu tak lama lagi? Sudahlah.. Kita lupakan aje pasal ni. Saya tak kesah pun." ujar haura.

Haura menepis tangan adam yang mengenggam lengannya, lalu berjalan keluar daripada bilik.

Adam terus mengejar langkah haura.

"kalau kau tak kesah apasal kau nangis?!" soal adam.

Membuatkan langkah haura terhenti.

"aku peliklah dengan perangai kau, apasal kau suka berahsia ek? Kau suka rahsiakan perasaan kau. Kau sebenarnya tak setujukan pasal perkahwinan tu?" tanya adam.

Haura mendiam.

"aku tanya jawablah! Jangan jadi macam patunglah!"

" sebab saya.. Cintakan awak.. " ujar haura dengan nada perlahan dan getar.

Adam mengerut kening. Adakah dia salah dengar?

"kau cakap apa?" soal adam, ingin haura mengulangi perkataan itu.

Namun haura enggan mengulanginya. Sakit hatinya apabila ayat itu di luahkan pada orang yang tidak mencintainya.

"kau pekak ke?! Kau cakap apa tadi?!" adam mengulangi soalannya dengan nada tinggi.

"saya cintakan awak..mr. arragont." luah haura.

Puas hatinya apabila di cabar begitu. Haura terus berlari pergi daripada situ setelah mengucapkannya. Adam tersengih apabila haura mengucapkan perkataan itu.

Sebenarnya itulah ayat yang adam nantikan selama ini daripada haura.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now