65

20.6K 1K 21
                                    

Amar berjalan dengan memimpin tangan anaknya, laila. Waktu malam yang begitu sunyi malam ni. Mereka baru saja pulang daripada membeli belah.

"laila nak beli apa lagi? Papa belanja."

"laila nak balik.. Laila mengantuk nak tidur." rungut laila.

Amar tersenyum.

"okay sayang,kita balik ek."

Langkah amar terhenti apabila tiga orang lelaki berbadan tegap berdiri menghalang jalan mereka.

Amar sudah menelan air liur.

"haih? Bawak anak jalan-jalan ke?" tegur ah long berbaju hitam yang berada si tengah.

"ah long.. Bukan sekarang.. "

"bukan sekarang apa?!" ah long terus menarik rambut amar.

Amar melepaskan tangan laila. Dua orang lelaki memegang laila, memastikan laila tidak melarikan diri.

"kau dah pinjam nak dekat 15000, amar. Bila nak bayar? Aku ni bukan jenis sabar. Kalau kau tak mampu, baik kau jual aje anak kau dekat aku!"

"ah long aku bukan takda duit. Duit aku cuma tak cukup aje. Kau faham-faham aje lah aku dah berhenti kerja. Kau jangan seksa aku depan anak aku.." rayu amar.

"habis? Kau nak aku seksa anak kau? Kau jangan sampai aku suruh budak-budak aku rogol anak kau yang baru lima tahun ni. Kau ingat ek.. Aku bagi kau lagi seminggu. Kalau kau tak bayar, anak kau jadi mangsa!" ugutnya.

Amar di lepaskan. Begitu juga dengan laila. Terus amar mendakap laila.

"ingat! Lagi seminggu aku bagi peluang. Kalau kau sayang anak kau, kau bayar. Kalau tak, jangan menangis kalau anak kau dah hilang dara." ugut ah long.

Mereka akhirnya berlalu pergi daripada situ.

"papa..rogol tu apa?"soal laila yang tidak tahu tentang apa-apa.

"tak.. Takda apa sayang. Jom kita balik."

Adam melangkah ke arah haura yang duduk di ruang tamu. dia terus duduk bersebelahan dengan haura tanpa sebarang arahan.

"aku tak sangka kau suka orang macam aku? Boleh tak kalau aku nak kau ulang ayat tu sekali lagi."

"jangan nak mengadalah! Tumbuk karang!"

Ugut haura, Acah-acah seperti mahu menumbuk adam.

"Amboi, bukan main ek nak tumbuk aku. Dah pandai sekarang.."

"saya belajar pun daripada awak jugak. Yang awak ni kenapa tak tidur lagi? Dah malam kan? Tak kerja ke esok?"

"aku tak kerja. Sebab.. Beli baju pengantin. Mama suruh." ujar adam.

Haura mengangguk faham. Adam dapat melihat perubahan riak wajah haura. Nampak seperti sedih.

"haura.. "

Adam mencapai tangan haura. Dia menggenggamnya.

"kalau kau tak sanggup. Aku boleh batalkan semua ni."

"ish, jangan nak merepeklah. Elok mama okay, karang terkena hard attack siapa susah?" degus haura.

Adam mendiam. Betul jugak apa yang dikatakan Haura tadi.

"sudahlah.. Saya nak tidur." haura bangun daripada sofa.

Namun adam menarik haura, sehingga kembali terduduk di tempat asal.

"apalagi?"

"aku nak kau teman aku tengok tv. Aku bosanlah."

"saya bukan boleh tengok pun."

"tapi kau boleh dengarkan? Temanlah.."

pujuk adam dengan membuat suara manja.haura mengeluh kecil.

"kalau kau tak nak aku cium kau!" ugut adam.

Baru saja dia ingin mencium haura, haura sudah menampar pipinya.

"aduhh.. Sampai hati kau tampar suami."

"pandan muka! Mengada sangat! Nak teman pun tak payahlah ugut macam tu,heh!" degus haura.

Terpaksa juga dia menemani adam. Adam tersenyum. Dia mencapai rimut tv dan membuka rancangan hollywood.

Adam meletakkan kepalanya bersandar pada bahu haura. Namun, haura menolak kepalanya.

"rimaslah! Nak tengok, tengok je lah! Nak berkepit macam ni kenapa?"

"hek eleh.. Jual mahal!"

"bukan jual mahal. Masalahnya sakit bahu. Kepala berat macam batu."

"baiklah puan Haura ku sayang.. Encik adam takkan bersandar di bahu anda lagi."sindir adam.

Haura memeluk tubuhnya.

Subuh kembali menjelang, haura membuka matanya perlahan-lahan. Dia dapat merasakan dirinya di selimut dan berbantalkan paha seseorang.

"dah bangun? Puas tidur semalam?" tegur adam.

Terus haura duduk seperti biasa. Tidak sedar pula tertidur semalam.

"awak selimutkan saya ke?" soal haura.

"takdalah. Aku kafankan kau." sindir adam.

Haura membuat muka tidak puas hati. Orang tanya elok-elok dia jawab main-main.

"terima kasih." ucap haura.

"sama-sama puan haura. Jom masuk bilik." ajak adam.

Haura mengerut kening.

"masuk bilik? Buat apa?" soal haura, dengan nada risau.

Dia terus menarik selimut menutup tubuhnya.

"solat subuhlah! Kau ingat apa? Aku bagi penampar karang tak pasal-pasal sewel! Fikir bukan-bukan."

"manalah saya tahu. Kadang-kadang awak ni bukan boleh percaya sangat.."

"banyaklah kau! Bangunlah, solat subuh!"

Adam terus menarik tangan haura untuk bangun. Mereka sama-sama melangkah menuju ke bilik air ingin mengambil air wudhuk.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Där berättelser lever. Upptäck nu