41

22.4K 1.1K 19
                                    

Hari berganti pagi, adam sudah menyalin bajunya kepada t-shirt hitam dan berseluar jeans. Nampaknya dia sudah sihat, cuma bintik merah ada lagi sikit di wajahnya.

"woi! Jom lah, semalam bukan main nak balik!" tegur adam.

Dia menolak kepala haura yang tertidur di kerusi berhadapan dengan kaunter ambil ubat.

"ish awak ni. Kejut elok-elok tak boleh ke?"

"itu je yang paling elok. Cepatlah! Terhegeh-hegeh macam siput." ejek adam.

Panas pula hatinya. Namun haura tetap sabar. Haura pun bangun, dan memegang baju adam ingin mengekori saja ke mana Adam berjalan.

"aku ada tangan kan? Pegang tanganlah!"

"nanti awak kata apa pulak saya pegang tangan awak. Jalan je lah!"

"aku suami kau! Pegang tangan aku!" arah adam, tegas.

Haura tidak membantah, mahu saja doa menumbul adam. Tetapi disebabkan suami. Nasibnya selamat. Haura pun memegang tangan kanan adam, lalu mereka berjalan keluar daripada hospital itu. Tergedek-gedek haura berjalan menahan kakinya yang masih sakit.

"awak nak balik naik apa?"soal haura.

"naik keretalah. Takkan naik lembu pulak!" sindir adam.

"awak datang sini kan dengan ambulans? Mana datangnya kereta?"

Langkah mereka berhenti. Adam kedua belah tangan adam menekap wajah haura.

"puan haura.. Teksi ada kan? Jangan jadi lembab boleh tak?"

Adam menolak jarinya ke kepala haura. Haura menggosok tudungnya. Adam menjeling.

"saya tanya aje. Itu pun nak marah."

"bukannya marah. Tapi soalan kau tak mencabar minda langsung." sindirnya.

Adam memandang teksi yang berada tidka jauh daripada mereka. Dia terus menarik tangan haura menuju ke sana.

"sakitlah!" jerit haura, apabila dia kakinya tersentuh tamah dengan kuat.

"ish,lembablah! Sini!"

Adam terus mengangkat haura,tanpa merasa malu.

"apa awak ni?! Lepaslah!"

Haura menumbuk dada adam, namun tamgan kecil haura tidak bermakna apa. Adam hanya terus berjalan.

"lepaslah adam! Malulah!"

"hei, kau diam boleh tak? Aku baling kau atas jalan raya baru tau! Suka hatilah aku nak angkat kau ke apa? Daripada tunggu kau jalan macam siput! Esok baru balik rumah. " bentak adam.

Haura mendiam.

"encik tolong buka pintu." pinta adam dengan baik.

Lelaki itu mengangguk kepala, dia membuka pintu penumpang belakang. Adam meletakkan haura dahulu sebelum masuk ke dalam kereta.


Pin! Pin!
Hon kereta kedengaran. Faridah menjenguk sedikit melihat siapa yang datang.

"siti!!! Tengok siapa kat luar tu!" arah faridah.

"baik,datin!" siti berlari anak menuju ke pintu.

Dia menarik pintu itu, melihat adam dan haura melangkah menuju ke rumah.

"encik adam dengan puan haura, datin. Diaorang dah balik." ujar siti.

Pantas faridah bangun berlari ke arah pintu. Adam tersenyum melihat faridah yang sedia menyambut kepulangannya.

"assalamualaikum,mama." salam adam.

Dia terus menyalam tangan ibunya. Haura yang menghulur tangan ingin bersalam tidak pula disambut. Haura menjatuhkan tangannya semula.

"kenapa tak bagitau dah boleh keluar hospital? Adam naik apa?" soal faridah.

"naik teksi je ma. Adam tak nak menyusahkan siapa-siapa." ujar adam.

"teksi? Eeiii.. Kenapa naik kereta kotor tu. Nanti sakit lagi macam mana?"

"naik teksi je pun. Bukannya apa." balas adam.

"hmm.. Takpalah. Adam nak naik mandi. Adam masuk dulu. Jom haura." sambung adam.

Dia menarik tangan haura mengikutnya naik ke tingkat atas. Namun faridah pula menghalang.

"takpa. Adam pergilah mandi. Mama nak bercakap dengan haura. Dah lama tak berbual dengan menantu. Lagipun mama ada suruh siti masak. Jom lah makan sama-sama. " ujar faridah.

Haura sudah menelan air liur.

"o.. Okay.." balas adam,gagap.

Haura melepaskan tangan adam perlahan lahan. Faridah tersenyum. Adam pun melangkah naik anak tangga. Meninggalkan haura dan faridah di ruang tamu.

"siti! Bawa dia ke ruang makan!" arah faridah.

"baik, datin! Mari puan haura. Kita ke dapur."

Siti memapah haura menuju ke dapur. Dia menarik kerusi lalu mempelawa haura untuk duduk. Dain faridah pula dudul disebelah haura, dia menceduk nasi ke atas pinggan. Lauk rendang daging di letakkan juga di atas pinggan.

"makanlah." pelawa faridah.

Haura hanya mengangguk perlahan.

"jangan risau. Dalam tu takda racun. Kau jangan ingat aku akan berhenti pisahkan kau dengan anak aku. Aku tak nak anak aku bahagia dengan orang cacat macam kau!" bisik faridah.

Haura tidak membalas apa. Dia hanya memicit nasi itu.

"apasal kau tak makan? Mulut kau sakit? Huh?"

"ta.. Tak datin." balas haura.

"kau nak aku suap? Huh? Meh aku suapkan!"

Faridah menggenggam nasi menggunakan tangan kiri. Dia terus menyumbat nasi itu ke dalam mulut haura.

"telan!!" bentak faridah. Tercekik haura dibuatnya.

PANG!!

Satu tamparan dihadiahkan ke wajah haura. Akibat tidak menelan nasi yang disuap ke dalam mulutnya tadi. Haura menahan perit. Dia tidak mahu menangis di hadapan faridah.

"Selagi kau duduk dalam rumah aku! Selagi tu kau akan kena seksa dengan aku! Bodoh!!" sinis faridah.

Lalu menolak kepala haura. Haura meludahkan makanan itu semula setelah faridah berlalu pergi.

Menitis air mata haura menahan sakit di wajah serta di hatinya. Kenapa dia di uji sebegini?

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now