45

22.4K 1.1K 38
                                    

Setibanya mereka di kampung, adam membuka pintu penumpang membantu Haura keluar daripada kereta.

"assalamualaikum!" salam serentak haura dan adam.

"Waalaikumsalam! Laa.. Adam! Haura! Kenapa datang tak bagitau. Kalau tak mak boleh siapkan makanan." ujar fatimah.

Pantas melangkah turun anak tangga rumah. Dia menuju ke arah mereka berdua. Kaki haura di pandangnya.

"kenapa dengan kaki tu?"

"jatuh, mak. Yela, rumah abang adam besar. Haura tak biasa." bohong haura.

"ayah mana, mak?"soal adam.

"ayah kamu tu macam biasalah pergi ke menangkap ikan. Pagi-pagi lagi dah bertolak ke sana." ujar fatimah.

Adam memandang sekeliling nya. Rumah yang di kelilingi bendang yang luas. Cantik, indah mata memandang. Dia menoleh ke arah orang-orang yang tercegat di tengah bendang.

"fuyoo.. Apa benda tu." adam melangkah menuju ke sana.

Tertarik pula dia pada orang-orang itu. Wajah yang diperbuat daripada kelapa yang di ukir berbentuk mata, hidung, dan mulut. Berbaju melayu, dan berseluar pendek. Kelakar apabila melihat.

"adam pergi mana mak?" soal haura apabila menyedari adam tiada di sampingnya.

"Dekat tengah bendang. Layan orang-orang. Sudahlah, jom masuk. Adam!! Kamu pun marilah masuk, kejab lagi selfie lah." ujar fatimah.

Adam hanya tersengih dan membuat isyarat 'okay'.



Haura duduk di atas sofa sementara menunggu ibunya fatimah menghubungi Tukang urut tradisional. Terasa berat pula di bahu, adam sudah tertidur bersandarkan bahu haura.

"Sedap dia aje letak kepala atas bahu aku. Dah lah kepala macam batu. Berat! Lenguh aku." sinis haura perlahan.

"kau jangan ingat aku tak dengar apa yang kau cakap." adam mencelah.

Sememangnya mata tertutup namun dia masih belum tidur. Dia hanya bersandar pada haura kerana kepenatan.

"sorry. Hihi."

"masa kau tidur atas bahu aku takda pulak aku cakap kau berat. Tak kenang budi betul"

"alaa.. Sikit-sikit nak terasa. Poyo lah!"ejek haura.

Adam hanya tersenyum.

"laa.. Adam. Kamu mengantuk ke?" tegur fatimah. Pantas adam mengangkat kepalanya dan tersengih.

"takda lah mak, adam saja je."

"ish, kalau mengantuk Tidurlah dekat bilik lama haura. Yela, kamu penat memandu daripada tadi. Rehatlah dulu." ujar fatimah.

Adam mengangguk.

"terima kasih, mak." ucap adam.

"meh,ikut mak tunjuk bilik."

"okay." adam pun bangun, tangan haura di tarik sekali.

"eh? Yang awak tarik saya kenapa?" soal haura.

"jom lah tidur sekali."

"takda maknanya! Pergi je lah. Mengada!" sindir haura.

Adam menjeling. Dia melepaskan tangan haura dan melangkah masuk ke bilik yang fatimah tunjukkan.

"assalamualaikum."salam amar, lalu melangkah masuk bersama laila yang berumur lima tahun.

"waalaikumsalam."balas haura. Adam menghentikan kakinya, dia menoleh ke belakang melihat siapa yang datang.

"eh? Haura. Bila sampai sini?" soal amar.

"baru aje."

"datang dengan siapa?" tanya amar lagi.

"dengan.."

Baru saja haura ingin memberitahu, adam sudah kembali ke ruang tamu. Dia melabuh punggung disebelah haura. Tadi bukan main mengantuk. Dah kenapa pulak?

"siapa ni?" soal adam.

"saya amar." ujar amar memperkenalkan diri, dia menghulur tangan ingin bersalam.

Adam melihat daripada ibu jari kaki hingga ke hujung rambut. Ini rupanya lelaki yang berjaya merampas kekasih adam selama ini. Adam pun menyambut hulurannya.

"tadi bukan awak nak tidur ke?" soal haira secara berbisik.

"tadi. Sekarang tak."

"awak jeles ek. Ke..awak takut kalau amar dapat curi hati saya?"

"jangan haraplah aku nak jeles. Buang masa!" sindir adam.

Haura ketawa kecil.

"abang duduk sini pulak ke? Kenapa tak duduk rumah lama abang?" tegur haura.

"haah. Jaga laila. Kalau bawak balik laila dekat rumah lama abang takut nanti zulaika marah. Kata culik anak dia pulak." ujar amar.

"by the way, haura nampak lain sekarang. Makin cantik. Rugi pulak rasanya sebab tak pilih haura dulu." sambung amar.

Adam sudah panas hati.

Kau nak takel, takel lah zulaikha. Kau takel bini aku memang nahas kau aku kerjakan. Abang ipar tak abang ipar.bisik hati adam.

"takdalah bang. Biasa aje."

"kalaulah dulu abang ikut cakap mak. Mesti abang takkan.."

"Err.. Haura. Abang dahagalah. Tolong ambilkan air." pinta adam. Mencelah secara tiba-tiba.

"okay. Tunggu sini kejab." haura pun bangun menuju ke dapur. Dia sudah tahu selok belok kawasan rumah ini jadi tak perlu menggunakan tongkat.

Setelah kelibat haura menghilang, adam memandang amar dengan pandangan tajam.

"apasal kau pandang aku macam tu?" tegur amar.

"aku tak suka kau tegur isteri aku macam tu." ujar adam.

Amar tersenyum sinis.

"papa.. Laila nak pergi tengok nenek."

"okay sayang. Hati-hati." ucap amar. Laila pun berlari pergi daripada situ. Meninggalkan adam dan amar sahaja di ruang tamu.

"untuk pengetahuan kau, haura tu adik ipar aku. So tak salah kalau aku nak tegur dia. And lagipun.. Dia tu bekas calon isteri aku. Cuma aku terlepas pandang."

"tak kesah lah kau dah terlepas pandang ke? Apa ke? Kau tak payah nak tegur haura macam tu. Aku ni suami dia. Aku berhak halang apa yang patut." ujar adam.

"apasal? Kau takut bini kau pergi dekat aku ke?" soal amar.

Menaikkan lagi kemarahan dalam diri adam. Dia menggenggam buku lima. Menahan sabar.

"Oh,aku lupa pulak. Kau bekas cinta zulaikha, kan? Patutlah takut dengan aku. Takut bini kena rampas rupanya. Setakat orang macam kau, petik jari aje nak dapatkan haura."

"kurang ajar!"

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now