46

21.3K 1K 38
                                    

Adam sudah menarik kolar baju amar, mahu saja dia menumbuk wajah lelaki itu. Adam lebih tinggi sedikit daripada lelaki itu.

"Kau dengan bekas bini kau sama aje! Perosak! Perampas!"

"hei, zulaikha pergi dekat aku sebab perangai kau yang lurus bendul. Bukan salah aku." degus amar.

Adam melepaskan kolar amar apabika haura sudah sampai ke ruang tamu dengan segelas air kosong.

"nah, air." haura menghulur air itu pada adam.

"terima kasih." ucap adam, dia tidak mahu haura tahu tentang pergaduhan mereka. Amar hanya tersenyum menyenget, adam pula masih lagi tidak puas hati.

"awak, mak ada masak. Nak makan tak?" tanya haura.

"jom lah. Abang pun lapar. Duduk sini panas. Ada syaitan." sinis adam.

Haura mengerut kening.

"syaitan? Bila masa pulak mak bela jin? Ada-ada aje. Jom lah. Mak ajak makan. Abang amar pun jom lah sekali makan." pelawa haura.

Amar hanya mengangguk. Dia melangkah terlebih dahulu ke dapur. Baru saja haura ingin melangkah adam sudah menarik tangannya.

"awak ni kenapa? Jom lah, tadi kata lapar."

"jalan dengan aku."

"hmm.. Yela. Dah macam jalan raya nak kena pimpin bagai."

"kau diamlah. Heh!" adam menarik tangan haura melangkah bersama menuju ke dapur.

Apasal suami aku ni? Macam panas baran aje. Gaduh dengan amar kot? Yela.. Amar kan dah rampas cinta hati dia dulu. Mesti jeles punya. Apa-apa je lah! Omel haura.

Banyak lauk yang di hidangkan, ada ikan goreng, ayam masak merah serta sambal belacan. pelik fatimah memandang dua orang jejaka di hadapannya yang tidak habis bertentang mata seperti tidak puas hati antara satu sama lain.

"yang korang berdua ni kenapa? Ada masalah mata ke? Macam bergaduh aje." tegur fatimah.

Terus mereka mengalihkan perhatian pada fatimah. Adam tersenyum dan menggeleng.

"kami main lawan mata. Siapa tutup mata dia kalah." bohong adam.

"ish,kejab lagilah main. Makan dulu."

"baik, mak." balas serentak mereka berdua.

Adam menarik sedikit kerusi mendekatkan jaraknya dengan haura. Haura mengerut kening. Dah kenapa pulak dekat ni?

"awak dah kenapa dekat macam ni?"soal haura secara berbisik.

"aku suami kau kan? Suka hatilah."

"peliklah awak ni. Tadi okay je. Datang abang amar terus berubah. Awak jeles ek."

"elok sikit. Takda makna aku nak jeles dengan abang ipar kau tu."

"Mr. Arrogant macam awak kan susah nak mengaku. Dah kena tinggal nanti baru menyesal." balas haura.

Terus adam mencubit paha haura.

"Argh!" haura terjerit kecil. Tersentak fatimah dibuatnya.

"kenapa pulak haura?!" soal fatimah, risau.

Haura menggosok pahanya yang di cubit. Macam ketam pedih dia! Haura tersengih.

"Bak kata abang adam.. Ada syaitan mak."

"syaitan? Syaitan mana pulak?"

"entahlah. Aduhh.."

"macam-macamlah kamu berdua ni. Haihhh.." fatimah menggeleng kepala.

Adam menahan tawa. Padan muka! Siapa suruh sakitkan hatinya.

Ke hulur ke hilir faridah memikirkan tentang anaknya. Daripada pagi tidak pulang ke rumah. Risau dibuatnya.

"anti!" sapa mel, lalu menuju ke arah faridah.

Mel mengerut kening, pelik melihat faridah yang seolah olah merisaukan seseorang.

"anti ni kenapa? Adam mana adam? Mel dengar dah keluar hospital."

"adam keluar. Daripada tadi tak balik. Sejak dia kawin dengan perempuan buta tu! Dia dah mula kurang ajar dengan anti. Itu yang anti benci perempuan tu." ujar faridah.

"right? Harap aje buta tapi penghasut! And.. Macam mana dengan barang yang mel bagi tu?"

"barang tu dah kena buang. Dato yang buang. Semua tu disebabkan siti! Dia tuduh kita nak racun adam." degus faridah.

Mel ternganga mulut.

"what? No! Kita just nak pulihkan adam. Perempuan tu memang nak kena lah! Adam tu i rasa dah kena guna dengan perempuan buta tu. Sebab tu lah i guna cara yang sama."

"nak buat macam mana? Terpaksa fikir cara lain."

"anti nak buat apa?" soal mel.

Faridah tersenyum bermakna. Dia memeluk tubuh. Mel pula memandang pelik, entah apa rancangan faridah.

Mencintaimu Mr. Arrogant (Dalam Proses Mengedit Semula)Where stories live. Discover now